Follow Us @soratemplates

Jul 28, 2017

First Time Publish Video Blog Di Youtube

FIRST TIME PUBLISH VIDEO DI YOUTUBE | To be honest, ini pertama kalinya aku rekod, edit dan publish video ni dalam Youtube. Biasa rekod dan edit buat koleksi je. Mana tau nak disimpan buat kenangan kan. Lagi-lagi bila minat hiking ni tak syok kalau tengok gambar je, lagi best kalau dapat tengok balik cebisan-cebisan memori bila mendaki satu-satu gunung or bukit tu. Ohsem!

So far, aku tak pernah lah naik banyak tempat. Tapi wishlist masih lagi banyak dan dengan harapan dapat tunaikan impian aku nak hiking semua dalam wishlist aku tu dalam tahun 2017. In Shaa Allah.




Mahap lah iya, aku kan editor yang sangat amatur, newbie dan beginner level kan, jadi kekurangan dan kelemahan tu teramatlah terserlah. Biasalah budak akaun otak dia tahu kira-kira je, mana reti pening-pening edit video yang rumit ni. Tapi, alhamdulillah siap juga. Dan ada lagi 1 video akan menyusul.

Pasang angan-angan siap, nanti hiking lagi kena rekod video saja. Gambar kurangkan sebab boleh jimat space untuk simpan video saja. Haaa, gitew!

Dan impian yang dah lama aku idamkan selama ni, aku nak travel ke luar negara. Just suka-suka travel ke sana dan aku sangat berminat untuk belajar sesuatu yang baru dari sana. Tapi, tak apalah dulu. Kita travel ke luar negeri dulu saja ya buat masa ni. Kena kumpul duit banyak-banyak dulu baru boleh terbang bebas macam burung! Yieehaa!

Korang pun suka berjalan juga ke? Korang dah berjalan sampai mana dah sekarang? Mai lah share pengalaman korang backpack ke negeri atau negara orang. Aku suka baca entri-entri yang relate macam ni. Kasi bertambah inspired nak teruskan minat dalam hiking ni.


Masih terus berharap pada keajaiban. Anyone nak ajak hiking Bukit Tabur, please?


2 comments:

  1. wahhh set2 rajin hiking nih.. *thumbs up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Newbie lagi kak una. Banyak benda kena belajar. :)

      Delete

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,