Dah kerja tapi berminat nak sambung belajar lagi?
Nak tahu proses dan langkah-langkah untuk memohon?
Pada tarikh aku publish entry ni aku baru selesai final exam Semester 6 Bachelor In Accountancy di UiTM Shah Alam yang mana subjek yang masih tinggal ada lagi berbaki 5 subjek. In Shaa Allah tak lama lagi akan selesai perjuangan selama hampir 3 tahun ni. Alhamdulillah, dengan pengalaman yang tak seberapa ni juga dapat bantu kawan-kawan dan junior yang berminat nak apply part-time study di UiTM ni.
Buat korang yang berminat dengan mode study part time ni, salah satu perkara korang patut tahu adalah tempoh pembelajaran ex-student UiTM dengan non-UiTM student ada perbezaan tau. Lebih kurang beza 1 tahun. Lagi-lagi sekarang study plan pun dah ada batch baru. Means batch aku adalah batch yang terakhir guna pelan lama yang hanya 3 tahun setengah je tempohnya. Mean while, batch lepas aku tempoh belajar hampir 4 tahun dengan syllabus dan subjek yang baru.
Sebelum aku proceed dengan cara permohonan, korang boleh semak dulu kursus yang korang inginkan, sesuai atau tidak dengan kelayakan yang korang ada.
Sini aku nak share sikit cara nak mohon pengajian Sarjana Muda separuh masa di UiTM.
1. Semak intake terdekat untuk merancang waktu permohonan dan penghantaran dokumen.
2. Semak Kad Pengenalan untuk Permohonan Kemasukan (Semak status permohonan).
3. Isi maklumat yang diperlukan.
Akan ada 4 bahagian utama yang perlu korang isikan dalam borang permohonan :
- A : Maklumat Perbadi
- B : Kelayakan Akademik
- C : Pilihan Program
- D : Wang Proses (Buat pembayaran)
PANDUAN PERMOHONAN SECARA ONLINE
- -Sediakan WANG PROSES sebanyak RM15 untuk setiap permohonan (Tidak akan dikembalikan). Buat bayaran secara online melalui Sistem Pengambilan Pelajar iNED.
- -Semak Syarat Kemasukan dan Syarat Kelayakan sebelum mengisi borang permohonan.
- -Pastikan maklumat diisi dengan BETUL dan TEPAT di dalam borang permohonan.
- -Semak maklumat yang diisi. Pastikan anda menekan butang SAH dan HANTAR bagi menghantar borang permohonan. Cetak borang permohonan sebagai bukti penghantaran.
- -Semak borang permohonan yang telah diisi. Pihak UiTM berhak menolak permohonan jika maklumat yang diisi didapati tidak benar.
Kalau masa aku mula-mula daftar dulu tahun 2014, aku kena submit borang permohonan dan wang proses by hand. Sekarang ni je dah senang, just submit borang permohonan secara online, bayar wang pos pun online. Senang sangat dah kan sekarang.
Untuk yuran pembelajaran dan jumlah sebenar sepanjang pengajian pula, korang boleh tengok link :
Sebarang permasalahan, korang boleh terus hubungi :-
Bahagian Pengambilan Pelajar :
03-5544 8182 / 03-5544 8164 / 03-5544 8340
Bantuan Teknikal :
03-5544 8174
Sebarang pertanyaan, boleh komen di bawah.
Aku akan jawab sepantas mungkin :) In Shaa Allah.
Aku akan jawab sepantas mungkin :) In Shaa Allah.
Spray Ajaib Melegakan Sakit Belakang Anda! Pertanyaan/Order/Dropship : Whatsapp 014-2366915
Salam,
ReplyDeleteMohon untuk share post ini di page kami
Wa'alaikumussalam. Silakan share.
DeleteJangan lupa utk tag saya ya :)
salam,
ReplyDeleteselepas buat permohonan ni perlu ke hantar Document hardcopy kepada mereka
Wa'alaikumussalam. Tak perlu. Sekarang semua kena submit thru online sahaja..
Deletesalam sis, actually apa beza kalau beli no bsn (rm12) with apply through ined je ( wang proses rm15) ?? kalau dah apply kat ined then perlu apply kat uitm tak?
ReplyDeleteWa'alaikumussalam. Dah apply di ined takperlu dah apply uitm. sbb ined tu still under program uitm cuma skrg dah own standing. Tak guna nama uitm dah.. Once dah apply, tggu je keputusan keluar dari website ined tu :)
Deleteassalamualaikum sis, kalau kite apply through ined still kene beli no pin dekat bsn ke?
Deletekat mne nk belajar tnpa SPM..lebih brminat kos teknikal..susah nyer nk jmpa
ReplyDeleteAda je kolej yg tawarkan program teknikal atau kemahiran. Jika tiada SPM tapi berminat utk belajar kemahiran. Boleh apply mana2 kolej kemahiran atau GiatMara. Tapi kalau nak lebih serius cth macam automotif, better masuk kolej kemahiran. Adik saya ambil kursus kemahiran automotif di Chedang, Negeri Sembilan.. Swasta, pinjaman PTPK (kos agak mahal).
DeleteTapi boleh cuba cari mana2 kolej kemahiran yg berdekatan dan tak terlalu mahal yurannya.
Hi. Kalau part time kelas akan diadakan bila ia??
ReplyDeletePart time student akan start class biasanya sebulan lepas budak degree full time masuk belajar. Boleh semak pengambilan di website www.ined.uitm.edu.my
DeleteHi nak tanya berapa ribu ye setiap sem awk spend? So how u survive guna kwsp ke or ptptn ke mcm mana ye?
ReplyDeleteHi. Saya guna duit gaji @ simpanan je.. Tapi awak ada choice utk guna KWSP.
DeleteSaya bg contoh kat bawah :
1. Subjek minimum : better ambil lebih dari 2 subjek. jangan ambil 1. sebab tak berbaloi nak bayar kos berulang byk pulak nanti every sem.
2. Pengiraan dia :
1 subjek x 3 hrs x RM120/subject = RM360/subject
kalau ambil 3 subject 1 sem = RM1,080
Then plus yuran berulang RM120 (Fixed Fees)
Total utk 3 subjek = RM1200.. Beza dia berapa byk subjek awk ambil 1 semester tu je. Then plus dgn yuran berulang. That's it. Itulah yuran awak 1 semester.
Semoga membantu.
Sekarang ni semua kos 4/5 taun ye?
ReplyDeleteMostly. Sebab dah tukar pelan baru. Tapi boleh update dgn KP kursus yg awak minat. Boleh cek Ketua kursus di website INED UiTM.
Deletesalam.klau ambk bnyk sbjek 1 sem,means akan lbih awal hbis pgjian n high cost skit?
ReplyDeleteWa'alaikumussalam. Betul. Bayar extra lah. Kalau tak kerja bolehlah ambil banyak. Kalau kerja, nak fikir kerja lagi, assignment lagi.
Deletenk tnya.klau ambk paper lbih,means mkin cpat lah hbis pgjian kan?
ReplyDeleteBetul. Bayar extra lah. Cepat habis.
DeleteSalam nk tanya, saya baru je apply kt ined and mcm mana nk tahu permohonan kita diterima?
ReplyDeleteWa'alaikumussalam. Tengok tarikh tutup permohonan. Kemudian awak masuk website yg sama tu dalam 2 minggu kemudian :) In shaa Allah surat tawaran dah keluar.. Paling tak dlm sebulan lah sebab student baru tgh tggu result lagi ni.. Belum masuk hat baru :)
DeleteHi saya baru lepas apply di ined. Mcm mana nk tahu permohonan kita diterima ye?
ReplyDeleteAround 2 weeks after. Boleh masuk search semakan permohonan ined. Ataupun masuk balik website ined yg awak mula buat permohonan haritu :) Goodluck.
DeleteWa'alaikumussalam. Tengok tarikh tutup permohonan. Kemudian awak masuk website yg sama tu dalam 2 minggu kemudian :) In shaa Allah surat tawaran dah keluar.. Paling tak dlm sebulan lah sebab student baru tgh tggu result lagi ni.. Belum masuk hat baru :)
ReplyDeleteSalam sis, nak tanya saya bru grad, tpi saya brcadang nk smbng part time tpi saya still mcam samar2 jadi saya nak tanya sis jika sis tidak keberatan.
ReplyDelete1)Saya nak tanya, nak apply ni kita mmg kna ada pnglaman krja atau sedng bekerja ke? Ke tengok pada syarat kos yg kita apply sndri?
2)memang kena ada muet ke? Ke diberi peluang untuk ambil muet before grad?
3)biasanya kls stiap hri apa ya? Penginapan sndri ya bgi part time?
4)saya ada tngok bhgian syarat tu, ada yg font download merah dn black, wrna black tu bermaksud kos tu da penuh ke tiada pengambilan?
Maaf banyak sangat soaln, thank you for sharing dan jwpn dri sis.
Saya mempunyai kelulusan sampai spm..kalau sy nk smbung ijazah terus secara part time boleh ke?
ReplyDeleteTakboleh. Kena sambung diploma dulu secara part time/fulltime.
DeleteKalau mau sambung part time degree...kena ada ambil muet dulu ka?
ReplyDeletePart time or full time, kalau degree kena amik MUET dulu :)
Deletecos akaun better ambik PLK or PJJ ?
ReplyDeleteUtk acc memang ada PLK je. PJJ xde akaun.. PJJ subject selain acc dan law.
Deletehai nak tanya. kalau skrg tengah full time degree sem 3 nk masuk sem 4. start sem 4 tu boleh tak tukar nk buat partime?
ReplyDeleteBoleh. Pergi proses dekat HEA. Dapatkan detail rate semua dulu before convert. Kos part time agak costly tapi so far the cheapest lah dalam Malaysia for part time mode. hihi
DeleteSalam.. nak tnya semua kos ad ke utk part time ?
ReplyDeleteTak semua course ada. Dan tak semua tempat offer part time mode. Kalau takde kat area berdekatan, kena travel jauh sikit.
Deletehttps://ined.uitm.edu.my/index.php/admission/degree-list-of-programmes-offered
Salam.. boleh saya tahu cara untuk pelajar lepasan Diploma Vokasional Malaysia untuk mengisi apply form bahagian Keputusan Matapelajaran Asas? untuk SPMV hanya BM (ada gred) dan Sejarah (hanya gred lulus/tidak lulus) setara.
ReplyDeletesalam. boleh dapatkan email cik? ade beberapa soalan nk tanya pasal part time degree. tq
ReplyDeletewaalaikumussalam. boleh email di mawarassufi@gmail.com.
Deleteboleh ke nk sambung part time study lain course dgn diploma?
ReplyDeletedip.perhotelan sambung buat multimedia?
Kalau degree tak silap saya kena bidang yg sama. Tp boleh cuba contact KP sis utk confirmation :)
Deletegrad from dip.perhotelan boleh ke sambung multimedia?
ReplyDeleteKalau degree tak silap saya kena bidang yg sama. Tp boleh cuba contact KP sis utk confirmation :)
DeleteAssalamualaikum sis, saya lepasan stam sijil tinggi agama malaysia , mcm mana saya nk apply untuk pjj ni ye
ReplyDeleteHi. Boleh cari iNED @ iCEPS uitm.. Boleh register situ. Goodluck.
DeleteAssalamualaikum, saya nak tanye saya sekarang baru habis diploma accountancy ACC110 di uitm dgn Cgpa 3.00. Boleh ke saya sambung degree in ACC 220 di uitm?.
ReplyDeleteBoleh awak.. Inshaa Allah. Kak doakan awak dipermudahkan urusan utk sambung belajar. inshaa Allah.
Delete