PERSEDIAAN SEBELUM PULANG KE KAMPUNG - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Jun 23, 2017

PERSEDIAAN SEBELUM PULANG KE KAMPUNG

PERSEDIAAN SEBELUM PULANG KE KAMPUNG | Beberapa hari lagi Syawal akan menjelang. Tapi, jangan teruja sangat nak pulang ke kampung sampai lupa nak buat persediaan awal-awal. Kalau bujang lagi mungkin mudah je, zap zap zap siap! Tapi, aku yakin ramai readers aku yang dah berkeluarga, betul?

Persediaan ni penting supaya sebelum terjadinya hal yang bukan-bukan yang di luar jangkaan kita, kita dah boleh get ready apa-apa yang perlu. Orang kata, berhati-hati. So, kita kena well-prepared so that kita boleh pulang ke kampung halaman dengan selamat dan berhari raya dengan gembira. Mesti tak sabar, kan? Memandangkan cuti raya kali ni taklah lama sangat tapi aku rasa ramai je yang ambil cuti sampai seminggu lebih. Jangan tipu lah. Haha


SEBELUM TINGGALKAN RUMAH

1. Pastikan rumah dikemas serapinya.
2. Baju kotor dicuci bersih tanpa tinggalkan sebarang baju kotor lain.
3. Kemas rumah supaya balik nanti sedaplah mata memandang rumah yang tersusun cantik.
4. Cabut kepala tong gas untuk mengelakkan apa-apa yang tak diingini berlaku.
5. Kepala air ditutup supaya tak ada air mengalir saat kita tiada di rumah.
6. Plug dicabut untuk menjimatkan elektrik.
7. Simpan barang-barang berharga anda di tempat yang selamat dan kunci.
8. Pesan pada jirang tetangga yang tidak pulang ke kampung bila kita balik ke kampung dan bila kita balik ke rumah semula.
9. Maklumkan pada penjaga kawasan perumahan atau guard untuk tengok-tengokkan rumah kita.
10. Pasang lampu luar rumah supaya guard boleh nampak kalau apa-apa yang pelik terjadi pada waktu malam

SEPANJANG PERJALANAN

1. Sebelum mulakan perjalanan, dapatkan tidur yang secukupnya.
2. Pastikan isi minyak penuh sebelum memulakan perjalanan. 
3. Topup Touch & Go secukupnya.
4. Bawa makanan atau kudap-kudapan untuk anak-anak makan di tengah perjalanan.
5. Bawa First Aid or ubat-ubatan untuk kegunaan sepanjang perjalanan.


Kita sendiri tahu kan, musim-musim perayaan macam ni biasanya memang akan ada kesesakan lalulintaslah, OPS Raya lah macam-macam lah. So, siapa yang balik kampung jauh tu kena buat preparation awal lah. Jangan last-last minit baru nak get ready all the things, so memang kelam kabut lah jadinya. Gitew!


So, di kesempatan ini, aku nak wish "Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan Batin."


Hati-hati balik kampung naa!

Jangan lupa bawa Biobax Cool Theraphy okay. Jauh perjalanan tu, mana taw cik abang sakit pinggang. So, sakit-sakit boleh spray and sembuh!


Biobax Cool Theraphy | Spray, Sapu & Sembuh! Order /Dropship : Whatsapp +60142366915

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,