Follow Us @soratemplates

Jun 27, 2017

KEMPEN BANTUAN KECEMASAN PALESTIN OLEH ASRAMA HALUAN PENYAYANG

KEMPEN KESEDARAN DAN BANTUAN RAKYAT PALESTIN | Assalamualaikum dan Alhamdulillah masih di bulan Ramadhan. Anak-anak yatim dan miskin adalah dua golongan yang wajib disantuni dan dibantu, terutama bagi kita yang dilimpahi Allah SWT dengan kenikmatan yang banyak. Ayuh bersama-sama membantu meringankan beban mereka. Jangan sia-siakan peluang untuk memperolehi ganjaran yang besar di bulan yang mulia ini.


"Mereka bertanya tentang apa yang mereka nafkahkan. Jawablah: "Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin." (Al-Baqarah:215)

ASRAMA HALUAN PENYAYANG

Asrama Haluan Penyayang ini merupakan sebuah pusat aktiviti pendidikan dan penginapan bagi anak-anak yatim dan fakir miskin. Selain dari menyempurnakan segala keperluan asas, pendidikan, bimbingan dan motivasi serta latihan akan diberikan agar mereka mampu berdikari, menjadi insan yang memiliki jatidiri, dan boleh dicontohi oleh orang-orang yang senasib dengan mereka.

Asrama tersebut terdiri daripada beberapa buah bangunan yang diwakafkan oleh individu yang prihatin dan penyayang. Namun begitu HALUAN terpaksa bergantung kepada sumbangan masyarakat untuk menampung kos-kos operasi, pengurusan bangunan dan aktiviti-aktiviti pelajar.

Penghuni Asrama Haluan Penyayang adalah pelajar-pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah sebanyak 5 orang & sekolah menengah sebanyak 10 orang. Semua pembiayaan termasuk pendidikan, pembelian pakaian seragam, alat tulis dan pengangkutan diuruskan oleh pihak HALUAN hasil sumbangan orang ramai.


Alhamdulillah, berkat kesungguhan dan komimen yang diberikan oleh kepimpinan HALUAN, usaha ini terus berkembang dengan tertubuhnya Biro HALUAN Palestin. Sehingga ke hari ini, HALUAN Palestin bukan sahaja memberi fokus kepada usaha menyedarkan masyarakat bahkan juga berjaya mengumpul dana melalui sumbangan masyarakat prihatin dan seterusnya melaksanakan projek-projek bantuan kemanusiaan secara terus untuk rakyat Palestin, baik yang tinggal di bumi Palestin sendiri mahupun mereka yang terpaksa melarikan diri dan menumpang hidup di negara-negara luar.



Mantan Pengerusi HALUAN Palestin, Hj. Noorazman Samsudin ketika melawat tapak projek telaga tiub di Gaza, Palestin.




Keadaan di Gaza, Palestin.

Antara aktiviti yang dijalankan oleh Biro HALUAN Palestin adalah:

  • Ceramah dan pameran kesedaran kepada masyarakat, termasuk di masjid, surau, sekolah, pejabat dan tempat-tempat awam.
  • Menerbitkan bahan bacaan menyentuh permasalahan Palestin.
  • Bekerjasama dengan badan-badan kerajaan dan NGO lain yang bekerja atas isu Palestin.
  • Menggerakkan usaha mengumpul dana bantuan dan seterusnya menyalurkan bantuan tersebut kepada rakyat dan pelarian Palestin.
  • Menjalankan projek pembangnunan semula dan juga jangkamasa panjang kepada rakyat dan pelarian Palestin.
Usaha Biro HALUAN Palestin juga telah mendapat pengiktirafan dari kerajaan Malaysia melalui dana pembangunan semula wilayah Gaza di bawah seliaan Wisma Putra.

Buat korang yang nak membuat sumbangan berbentuk wang ringgit boleh membuat sumbangan ke nombor akaun yang aku sertakan. Untuk membuat sumbangan pakaian dan lain-lain, boleh hubungi pengurus di bawah :-


============================================

BAGAIMANA MEMBUAT SUMBANGAN :-

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun berikut :
1) Sumbangan untuk #KempenKecemasanPalestin


Pejabat : 03 7831 5741
Hotline : 019 218 7861 / 013 282 0731
Fax: 03 7846 4146
Emel: palestin@haluan.org.my


2) Sumbangan untuk #AsramaHaluanPenyayang
(Anak-anak yatim dan miskin)



ALAMAT :
Asrama HALUAN Penyayang
Darul Miftah As-Sa'adah

Lot 4213, Jalan Klinik, Kampung Bukit Naga

Seksyen 32, 40460 Shah Alam

Selangor Darul Ehsan


EMEL :
asrama.penyayang@haluan.org.my

HUBUNGI :
Pejabat HALUAN : 03-8926 8892
En. Syahril Ramli (Setiausaha Kerja) (013-398 4550)

FACEBOOK :
Asrama Haluan Penyayang

WEBSITE :
http://www.haluan.org.my


In Shaa Allah. Semoga dengan cara ni dapat mentarbiyahkan diri kita secara tanpa kita sedar.

2 comments:

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,