SELESA DAN BERBALOI DENGAN ASEANA RESORT LANGKAWI | Bila kita merancang
nak travel atau bercuti, lokasi penginapan tetap menjadi satu isu utama kan? Biasalah
tu, SisKin pun macam tu. Haritu planning dengan kawan baik SisKin nak buat
reunion sebab kawan SisKin dah nak tamatkan zaman bujang. Jadi, perkara
paling penting yang kitorang ambil berat semestinya lokasi penginapan. Pilihan terbaik? Mestilah
selesa, aktiviti yang boleh dijalankan di tempat percutian tu termasuk dengan
pakej-pakej yang ditawarkan dan harga pakej yang ditawarkan mestilah berbaloi
dan berpatutan dengan kami yang masih lagi bergelar pelajar dan ada juga lah yang
dah bekerjaya. Huhu
SisKin tertarik untuk berkongsi dengan korang yang mencari tempat
menginap yang ada ciri-ciri yang SisKin kongsikan tadi. Lokasi selesa,
harga berpatutan lagi. Siapa taknak kan? Kalau ikutkan kita nak pergi bercuti
di Langkawi sebab kat situ memang banyak tempat yang kita boleh book dan
lawati, tapi tak banyak tempat yang selesa walaupun tempat tu murah dan ramai
orang mampu untuk bayar sewa tu. Jadi, ramai antara kita ni asyik fikir mana
hotel atau resort yang berpatutan dan yang penting sekali selesa untuk kita dan
keluarga kita. Sebab kalau kita pergi dengan family, mesti kita nak a whole family kita comfortable enough dan satisfy dengan percutian ni. SisKin jamin korang
mesti akan tersedar dari lamunan yang terhenti lepas SisKin share tentang
satu tempat percutian ni. SisKin dapat tahu pasal hotel ni pun sebab termasuk
dalam list tempat bercuti haritu which is di Pulau Lagenda, Pulau Langkawi.
SisKin jenuhlah juga mencari hotel mana yang okay, tempat yang
selesa dan harga of course cari yang berpatutan. Kita yang plan mestilah kita
nak yang the best untuk dorang kan supaya dorang boleh enjoy percutian ni, tak kesahlah dengan kawan-kawan atau dengan family besar. Ini baru
lah kenangan yang akan diingat sampai bila-bila because we create memory together
to be remembered forever. Cari punya cari, survey punya survey, dan
bandingkan harga booking antara hotel yang ada dalam Langkawi ni. Akhirnya SisKin dapat satu resort yang bagi offer yang sangat-sangat menarik dan tak
dapat disangkal lagi. Aseania Resort & Spa yang menjadi pilihan terakhir SisKin kerana resort ni ada 238 bilik yang dilengkapi dengan furniture yang
mewah dan esklusif. Rasa macam makin tak sabar untuk bercuti di sini. Semoga
perancangan tahun 2017 yang satu ini dapat berjalan dengan lancar.
Yang seronoknya, kalau bawa family bolehlah family korang rasa
dimanjakan dengan hidup gaya kontemporari yang seterusnya dapat merasa suasana
yang menyenangkan.
Mai SisKin share antara bilik-bilik yang ada kat resort ni :
- Bilik Superior
- Deluxe Room
- Super Deluxe Room
- 1 Bedroom Family Suite
- 2 Bedrooms Family Suite
- 3 Bedrooms Family Suite
Dalam setiap bilik tu pula dilengkapi dengan kemudahan asas
seperti peti sejuk mini, televisyen dengan saluran eksklusif untuk berita dan
filem, bilik mandi, penghawa dingin, kemudahan kopi dan teh. Memang best kot
bila SisKin tengok bilik-bilik yang ada bila SisKin dok browse and decide nak book aseania resort
langkawi on Traveloka.
SisKin nak cerita sikit pasal resort ni lepas buat research dan tengok review. Ramai juga yang
sebenarnya belum tahu serba-serbi mengenai resort ini. Kedudukan resort ni
memang sangat strategik sebab terlindung dari bencana yang tak diingini dan
terletak di sepanjang jalan Pantai Tengah, Mukim Kedawang. Aseania Resort ni
merangkumi kawasan seluas 7,519 ekar dan dilengkapi dengan kemudahan mewah dan
kehijauan yang subur. Ia juga terletak hanya 6.5 kilometer dari Lapangan
Terbang Langkawi. Aseania Resort & Spa Langkawi juga yang merupakan teras
bagi kawasan selatan Langkawi, Semenanjung Malaysia. Ia kaya dengan warisan
serta landskap unik adalah persekitaran hidup yang sempurna yang akan buat
korang rasa nak datang sekali lagi. Sebagai tempat perlindungan yang
menyegarkan, Langkawi telah dianugerahkan sebagai status Taman Geo Dunia oleh
UNESCO pada bulan Jun 2007.
Aseania Resort & Spa Langkawi ini juga dianggap sebagai salah
satu yang paling menonjol di Langkawi sebab resort ni juga mempunyai masakan yang
cukup lazat. Rata-rata pelanggan berpuas hati dengan servis dan kualiti makanan
yang disediakan. Wow! Makanan sedap! Ni yang SisKin rasa nak book terus ni 😍 Korang
boleh pilih pelbagai pilihan restoran dan bar dari Laguna Restaurant, untuk
Pool Bar dan Pool Side Terrace. Resort ni memang menawarkan pengalaman
makan yang terbaik, korang akan dilayan dengan makanan sedap dan pada masa yang
sama dilengkapi dengan pemandangan sungguh-sungguh cantik macam orang utara cakap
terbaik gila baq hang. Haaa gitew!
Selain daripada bahagia penginapan dan makanan, resort
ni juga ada Taman Tema Air Mini yang menempatkan kolam renang terpanjang di
Malaysia, dengan ukuran 154,4 meter dalam saiz. Di sini, korang boleh menyelam
ke dalam kolam yang penuh keseronokan, ada juga kolam yang berombak tu, kolam
cendawan, air terjun, Jakuzi dan juga slaid air. Kalau kena pada gaya, SisKin yakin memang korang tak boleh lupa lah lepas korang dapat rasa semua pengalaman
manis ini.
Istimewa untuk mereka yang gemar ke spa untuk mengurut, Aseania
resort juga ada spa iaitu Sari Dewi Spa. Kat sini korang akan berasa nafas
baru, badan-badan dan bahu korang akan rasa ringan selepas sesi urut yang
santai. SisKin kalau jadi ke sini, memang ini lah yang SisKin nak try!
Aseana Resort juga ada menawarkan bilik-bilik persidangan & mesyuarat untuk memenuhi setiap permintaan mereka yang membuat business trip di
hotel ini. Khas juga pada mereka yang gemar membawa pulang cenderamata untuk
dihadiahkan kepada sahabat-sahabat, teman sekerja mahupun saudara mara,
terdapat sebuah kedai cenderamata yang terletak di tengah-tengah resort ni. Malah, yang best lagi Aseania Resort juga menyediakan perkhidmatan island hopping. Jadi korang
tak perlu susah-susah nak cari ejen luar. Ada juga servis snorkeling. Kalau tak
snorkeling kat Langkawi ni memang benda yang boleh cakap rugi jugak la sebab
kehidupan laut di Langkawi antara salah satu yang tercantik kat Malaysia ni.
Korang boleh cuba memancing dan bagi burung helang makan. Tu antara aktiviti
yang best sebab korang dapat tengok helang depan-depan mata korang, tak kan tak mau kot kannn? Hihi
Bestnya la haii. SisKin rasa kalau berpeluang, esok juga nak fly ke sana. Jadi, ni la serba sikit perkhidmatan yang Aseania Resort & Spa boleh offer kat korang kalau korang teringin nak stay kat sana. So, cepat-cepat la book oii! ☺ Lagi-lagi sekarang harga tengah murah.
Bestnya la haii. SisKin rasa kalau berpeluang, esok juga nak fly ke sana. Jadi, ni la serba sikit perkhidmatan yang Aseania Resort & Spa boleh offer kat korang kalau korang teringin nak stay kat sana. So, cepat-cepat la book oii! ☺ Lagi-lagi sekarang harga tengah murah.
Nak book murah kena book cepat. Nak tahu lebih lanjut sila layari : Aseania Resort Langkawi .
Wow..
ReplyDeleteBestnya..nanti next honeymoon nak pergi langkawi lagi la..
Boleh still kat aseania resort..
Harga pun berpatutan
Ikhlas Dari
Along Misuari
Seriously harga memang berpatutuan :)
DeleteSaya pun suka menginap kat aseania ni. Setakat ni dah 2 kali menginap sana. Pernah pi chelet kecik2 sekitar situ, kurang selesa.
ReplyDeleteKadang-kadang yg murah sangat buat kita serba tak selesa dan kurang puas hati kan. Nama pun nakbercuti dan berehat, mestilah choose the best one :)
Deletebestnya... kolam dia tu.. wah harus tak berjalan nanti.. dok dalam kolam je..hahah
ReplyDeletePun boleh. tengok-tengok anak tu kak. hhihi
DeleteTu laa tgk pool dia sure Syafi suka Sgt ni
ReplyDeletePool dia nampak best sebab luas kan :)
DeleteMenariknya Aseana Resort nie. Migha dah lama betul tak ke labgkawi. Nanti boleh la stay dekat sana kalau plan nak ke langkawi lagi
ReplyDeleteHaaa, nanti bila ke Langkawi lagi, boleh try kan :)
DeleteWah!
ReplyDeleteKaklong ni dah lama sangat nak pi Langkawi, padahal Kaklong duk Penang je pun.
Target nak pi hujung tahun ni.
Bole la tenpah hotel ni nanti. Sedap giler tengok kolam tu. Nak berendam lama2.
Yay!