5 SEBAB KENAPA BERTUKAR PRODUK MUKA - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Jan 10, 2017

5 SEBAB KENAPA BERTUKAR PRODUK MUKA

Assalamualaikum. Hai!

Kalau ada yang baca dan terasa nak muntah sebab aku share pengalaman aku berkenaan produk muka ni. Muntah saja lah, aku pun tak berminat nak melarang 😚 Entri-entri ni semua saja aku tulis sebagai kenang-kenangan aku, kot-kot lah setahun dua karang muka dah kemahin peloles macam artis korea ke. Manalah tahu. Alaa, kau ni. Nak berangan pun tak boleh 😣


Untuk pengetahuan korang, ada 5 sebab kenapa aku bertukar-tukar produk ni. Bukan suka-suka! Tolonglah fahami keadaan kami yang sedang diuji ini. Huhu


1. Fair & Lovely - 1 tahun pakai namun tiada perubahan. Masa ni Miss J dah mula keluar. Pap! Pap! Pap! Aku decide nak tukar sebab mungkin semakin aku dewasa, hormon aku semakin menggila. Pfft, dewasa gitew.

2. Garnier (Oily) - Aku pakai ni sebab muka aku dah start keluarkan sebum minyak berlebihan. Dan masa tu aku rasa remaja baya aku pakat-pakat suggest try la Garnier, try lah. Aku pula dah lah tengah azam tinggi nak tukar facial wash baru. Lepas tu mudahlah untuk seketol manusia ni terpengaruh dengan kata-kata rakan sebayanya itu. Maka, tergodalah beliau akhirnya. Trylah Garnier untuk kulit muka sensitif. Oily kot rasanya yang warna orange ke kuning entah. At first okay, memang dia buang habis-habisan minyak kat muka ni. Sampai satu tahap aku rasa kering pula muka ni. Sampai bila pakai bedak (masa tu tak reti lagi compact powder. Kalau sejenis yang pemalas macam aku ni memang tepek bedak Johnson baby je kat muka. Perasaan perasan natural beauty masa tu masih menebal lagi). Sampai tahap dah sangat tak selesa muka kering sangat. Try Garnier yang untuk kulit kering pula.

3. Garnier (Dry Skin) - Manusia tak pernah bersyukur dengan apa yang dia ada. 🙈 Aku try ni tak lama. Sebab masa ni saja aku dah rasa tak sesuai. Miss J semakin beranak pinak bercucu cicit dah. Mungkin sebab bila berminyak, lagi mudah virus nak masuk dalam rongga pori-pori yang terbuka luas tu. Plus pori-pori licin pula tu sebab pelincir dia release banyak sangat. Masa ni Miss J masih Miss lagi, dia belum jadi moyang lagi. Kalau moyang, dia ada letak jejak peninggalan dia kan sebagai bukti dia pernah menjajah wajah aku. Yang ni belum lagi. Masa ni tahap stress Level 2 dah mula dah.

4. Safi Balqis - Lebih 6 bulan pakai. Tak ada perubahan. Masa masuk diploma, Miss J jarang datang. Tapi, tak best juga sebab white head dan ruam-ruam kecil mula singgah dan membina tapak di sebahagian dahiku. Memang menguji kesabaran masa ni, tapi mujur aku penyabar orangnya. Tidaklah aku hempuk whitehead ni dengan kuali, ada lah sikit-sikit gatal pergi picit. Macam seronok pula sebab ada keluar whitehead. Banyak pula tu -_-

5. Antara produk lagi yang pernah aku try, Safi Rania Gold (Mak aku pakai, aku pun nak juga. Jimat duit sebab tak payah beli. Kikii. Jimat tak jimat, Safi Rania Gold kauu. Orang kaya je beli ni. Iyalah, anti penuaan kan. Siapa taknak, pakai seminggu je muka dah jadi muda remaja 20 tahun padahal gigi tadak. Hewhew), Clean & Clear & Nuteen. Bila dah fed up, aku mula buat analisis dan bertanya pada kerabat Miss J aku kenapa diorang nak menetap kat situ. Antara sebab yang aku sempat dengar adalah diorang dah lali dengan semua facial wash tu. Sebab produk tu semua ada kandungan kimia dia dan mereka semua tak heran pun.



By the way, aku tak cakap produk yang aku sebut kat atas tak bagus. Semua bagus! Ada kelebihan masing-masing. Yang pasti, tak sesuai untuk kulit muka aku ni. Dengan kulit orang lain okay saja aku tengok. Hm hm..


Pernah juga aku try kat Klinik Pakar Ting di KL. Produk yang bagus, nurse friendly, doctor pun sama friendly. Sesak dari awal pagi lah. Sebab ramai betul nak jumpa doktor dan ambil ubat kat situ. Huhu. In my opinion, dia memang rawat kulit aku. Kawan aku pun pergi sekali, boleh kata memang berkesanlah produk ni. Cuma harga kalau 1 set tu beratus la juga, plus klinik ni jauh. Kena beli lebih buat stok kalau ikutkan sebenarnya. Dalam 2 bulan macam tu, aku sendiri rasa macam muka pun dah peloles semula. Fenfeeling Dewi Remaja dah pun masa ni. Haha 🙆



Rupanya healing process dia belum pulih sepenuhnya. 3 bulan lepas tu, Miss J singgah balik. Masa tu dah termenyesal. Sebab kalau beli lagi mana nak dapat ratusan ringgit untuk beli 1 set lagi? Hm, sungguh termenyesal saat itu. Diam kan saja. Sebab waktu tu kan dah berduit, so semua benda tak nak dah guna duit parents. So, once duit pun kering, saving tak boleh kacau. Aku pun duduk lah diam-diam mengira Miss J yang singgah mengetuk pintu rumahku. Hmm..



Sampailah aku ternampak 1 produk ni masa Sem 2 Degree which is early in 2016. Haha, produk baru lagi. Tapi kalini bukan hat produk murah-murah biasa beli kat Guardian tu okay. Hihi. Dahlah masa tu tengah study for final exam, nampaklah orang post pasal KARAPOLE SKINCARE ni kat IG, terus review semua testimoni, google semua. Semua bukti kukuh lah aku rasa masa tu. Tengok pula, founder dia cantik peloless! Perasaan masa tu membuak buak betul! Nak macam ni jugak, nak macam ni 😂.

To be honest, testimoni aku sendiri, 9 bulan aku pakai Aqua Soap KS ni. Pecah rekod betul. Skincare paling lama aku pakai dan memberi kesan. 5 bulan pertama memang sesuai sangat. Jerawat pun memang 2 hari kecut dah, hari ke 3 adalah waktu untuk recover tempat jerawat tu duduk. Power Pimples dia memang ohsem! Aku pakai lagi sampai sekarang dengan Bright C dia ni. Rasa segar lepas tepek Bright C ni. Serius rasa fresh, wangi lagi. Tapi, sabun yang aku dah pakai selama 9 bulan tu semakin immune dengan kulit aku pula. Sedih tiba-tiba. Iyalah, dah okay, tiba-tiba dah taknak effective lagi dah.






Jadi, aku pun berusaha sedaya upaya untuk cari alternatif lain untuk selesaikan masalah aku ni. Dan PAPP!! Kawan ofis aku suggest kat aku try satu produk ni. Agak mahal tapi memang berbaloi dengan harganya sebab sangat recommended by doktor pakar. Banyak testimoni luar dan dalam negara dah guna produk ni. Aku yakin ramai je yang dah tahu. Cuma nak tanya ni, siapa yang belum tahu dan nak tahu? 🙋


See you next entri lah yaa. Panjang sangat rasanya entri ni. Hehe



Begitulah alkisahnya kenapa ada orang suka bertukar-tukar produk skincare yang banyak ni. Bukan SUKA tapi kadang-kadang ianya TERPAKSA. Kita pula yang tak ada di situasi orang yang bermasalah tu, please lah jangan condemn sesiapa. It hurts tau. Peace! ✌ Bukan sebab baru sebulan dua pakai lepas tu saja suka-suka hati tukar produk lain sebab ikut trend ke apa. Kau tak tahu betapa struggle nya orang yang bermasalah sejenis aku ni dah usaha sampai berbulan even bertahun tau nak dapat result dengan skincare yang kitorang pakai. Tapi atas sebab tertentu terpaksa juga tukar produk. Jangankan berkorban masa saja, korban tenaga, korban duit pun sakit oii.


Ada orang bernasib baik sebab kulit tak ada masalah. Ada orang kurang bernasib baik, sebab tu kena cuba produk yang pelbagai untuk cuba analisis dan baru tahu which product yang serasi dengan kulit masing-masing. Kalau dah kau muka peloles bak kulit pelam tu, pakai produk 2 seringgit kat pasar malam pun takda masalah, diam-diam saja lah. Jaga kuali sardin sendiri. Sibuk sangat nak gaulkan ikan pari masak asam orang sebelah dah kenapa 😝



Last but not least, banyak kan? Mak dengan adik perempuan aku menjadi saksi pelbagai produk dah aku tepek kat muka aku ni. Ke korang sebenarnya lagi banyak daripada aku? 😏


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,