TRIP #3 SANTUARI IKAN SUNGAI CHILLING WATERFALL - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Nov 28, 2016

TRIP #3 SANTUARI IKAN SUNGAI CHILLING WATERFALL

SANTUARI IKAN SUNGAI CHILLING WATERFALL | Harini Isnin. Hari yang paling bersemangat kan dalam hidup korang. Me too! Aku nak share story pasal jungle trekking last month. Hah kau! Last month okay. Haha. Tak berkesempatan sangat. Asyik men-delay delay and asyik kepam dalam draf jee. Kesian draf ni, kita kasi publish juga harini. Haha

Sebenarnya plan tak sampai pun seminggu. Kitorang memang, selalunya plan last minit je yang jadi. Kalau plan seminggu dua tiga awal, haram jadah cerita dia. Haha

Plan asal sebenarnya nak hiking, sebab aku ada lapang sikit weekend 6 Nov 2016 baru ni. Rindu namatey nak HIKING lagi! Tapi tak ramai dapat join. Nak sangat naik Bukit Tabur oii. Tapi, mungkin belum rezeki lagi. So, plan macam-macam tempat, nak canopy walk kat Bukit Nenas lah, FRIM lah. Dan paling best, plan asal nak dating berdua dengan bestfriend lepastu, Allah izinkan ramai join. Ajak-punya ajak, dapatlah 3 orang mangsa. Kekekee. Dan 2 hari sebelum Ahad tu, baru dapat decide. Nak junglee trekking naik ke Sungai Chilling Waterfall. Sungai Chilling ni lokasi dia di Hulu Langat, berdekatan dengan pekan Kuala Kubu Baru. Boleh tahan jauh !


So, here we go ! 💪

SANTUARI IKAN SUNGAI CHILLING WATERFALL


Pintu masuk. Dekat Sg. Chilling ni best and aku ada nak share some information dengan korang sikit ni.


BAYARAN MASUK RM1
Masa nak masuk tu kena bayar RM1 seorang. Lepas tu, setiap makanan yang kita bawa kena report di pondok keselamatan situ. Berapa banyak plastik kau bawa, sudu, tupperware, air mineral yang beli kat kedai (air botol sendiri dia tak kira), air minuman manis, roti, biskut dan apa benda lah kau nak bawa. Bayar deposit satu barang RM2 rasanya, simpan resit tu. Balik karang korang boleh claim balik duit tu dan tunjuk bukti barang yang kau bawa masuk, ada dengan kau masa balik.

Diorang cuma taknak plastik atau barangan lain bersepah kat atas sana. Itu saja. Korang pun kena lah prihatin, jangan sesuka hati nak membuang sampah merata-rata. Ini hutan bersama, bukan bilik kau.


Untuk ibu bapa yang bawa anak kecil tu, tak nak bawa sampai ke atas pun takpa. Kat bawah ni pun boleh untuk mandi-manda. Lebih selamat!

Okay, let's start our journey!


Amboi, lenggang je makcik-makcik ni. Haha.

Macam biasa lah kalau nak jungle trekking or hiking or nak masuk hutan ni, air wajib bawa! Kat atas takda restoran or R & R taw. Aku memang dari zaman study dulu, beg galas memang tak boleh pisah. Rasa macam tak kena kalau masuk hutan lenggang saja. At least beg hiking letak air pun boleh. Haha. Mengada tak sis!



Nak sampai waterfall tu kena lalu 6 halangan air sungai yang menderu menderas menderai. Ehh?

Aku banyak kali tak dapat balancekan badan. Haha! Orang gemok acah-acah kurus memang macam ni. Berlagak haih! Datang dalam team, gerak pun wajib dalam team taw. My team is very awesome!


Paling tak boleh move on sekali adalah VIEW sekeliling dia. Cantik ya hamatt. Sebab hijau je keliling. Macam duduk dalam hutan. Eh, dah memang hutan pun. Ngeee :D

Okay, aku belanja gambar waterfall Sungai Chilling ni okay! Memang best, sejuk amat-amat plus ikan kat atas ni memang besar-besar belaka. Yang air sungai belah bawah sikit tu saiz kecil sedikit. Yang atas sekali ni memang besar demok-demok gila.





Makcik-makcik mencuci kain sambil bergosip


Aku dah jejak sini for the first time. Kalau ada rezeki, boleh datang sini lagi dengan husband pula nanti. Takpun, nak paksa dia naik Bukit Tabur sekali. Haha! 💪





Beberapa cut perjalanan semasa balik

Pengalaman best! Sahabat sekolah rendah, sahabat sekolah menengah, sahabat masa kerja. Alhamdulillah, Ya Allah Ya Razzaq. Next time maybe, sahabat diploma? Mana tahu kan. Ameen.

Waktu nak isi perut lepas kepenatan

SINGGAH FOODCOURT KUALA KUBU BHARU


Masa on the way balik, lapar sangat singgah kat satu tempat ni. Tak pasti nama restoran tu Tapi, restoran ni rasanya ada signboard besar Kuala Kubu Baru kott! Lupa nak ambil gambar. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Lalalalaa. Sedap betul nasi ayam berempah dia. Cuma satu, acar dia Kin rasa kurang lah. Haha. Nak banyak nak banyak!

So, dah kenyang? Balik rumah lah. Alhamdulillah selesai ke akhirnya juga plan last minute kami tu. Alhamdulillah. Thanks buat korang yang sudi join. Next time jangan segan silu join lagi taw taw . Pesanan terakhir ni, jangan lupa bawa duit extra okay, hahah.

Cendol Seksyen 4 Kota Damansara

Balik, dating lagi. Kalini dekat tempat bersejarah kami. Haha. Laksa dengan Cendol di Seksyen 4, Kota Damansara. Tak pernah mengecewakan! Rindu nak makan ni dengan Team Nurplatinum pakai baju sekolah lagi. Rindu! 6 tahun dah. How fast time flies, bro!

Last. Next Wishlist please :)


Baca juga artikel :

2 comments:

  1. hi,saya datang singgah dah follow sini.. cantik blog ni :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,