TIPS HURU HARAKAN JUALAN DI INSTAGRAM

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Selesai sudah sebulan kelas Aura Insta yang dijalankan masa bulan Jun - Julai baru ni. Banyak sangat rasanya belajar sampai tak terluah rasanya elmu ni ke mana. Tengah susun ayat semoleknya untuk bacaan Agen Dropship NuriAssyaurah.my ni. Nak bagi bahan bacaan untuk diorang study dan praktikkan. Siapa nak tahu beberapa Tips Nak Huru-Harakan Jualan Di Instagram?

Siapa Nak? Nak? Angkat Tangan!

Ohya, Kin rasa ramai rasanya sahabat Kin yang berniaga online ni kan. Jom baca sedikit tips dari Cikgu Insta Kin, Ada Adwa. Makesure awak ada IG untuk business ya. Baru boleh praktikkan tau.






TIPS UNTUK ADAKAN JUALAN WALAUPUN FOLLOWER TAK RAMAI


Mesti ni ramai nak tahu kan? Kalau nak tahu, jom teruskan bacaan.

1)  KENALPASTI TARGETED MARKET
  • Kalau awak nak menjual, makesure yang awak jual tu pada targeted potential customer. Bukan dijual pada market yang luas. Rugi masa, rugi tenaga dan buang duit! Ada baiknya kalau anda kecilkan skop market. Contohnya jika jual tudung, pilih market tudung. Jangan pula jual ubat gout tapi market kelompok remaja 20-an. Sangatlah tak masuk akal. Kena pandai pilih market supaya tidak lagi berhabis segala macam lagi. Bila market lebih spesifik, kita dapat terus fokus untuk selesaikan masalah ramai lagi prospek yang memerlukan produk kita tu.

2) REACH FOLLOWER DAN PROSPEK
  • Agak rumit dan susah bagi mereka yang sepenuh masa bekerja dan tidak mempunyai cukup masa untuk komen dan like gambar follower anda. Tapi, tak ada benda senang dalam dunia ni kan. Semua benda kena usaha. Nak dapat lebih, pastikan anda usaha lebih. Set masa, 5-10 minit setiap hari waktu lunch hour ke untuk beramah mesra dengan follower. Pastikan setiap hari ada tegur-tegur follower. Follower suka tau kalau kita komen di gambar diorang. Mana tahu bila diorang selalu ternampak komen dari kita, Allah buka hati diorang nak masuk kedai kita ke? Siapa tahu?

3) POST SECARA KONSISTEN
  • Cikgu Kin selalu ingatkan ini. Sekarang agak susah untuk Kin update tiap waktu. Tapi, Kin pasti usahakan setiap hari ada 1-2 post. Alhamdulillah. Berkat rajin post 2-3 gambar dalam sehari, ikut waktu di mana Follower kita aktif, Kin dapat buat sale Floral Skirt dari Nuri Assyaurah Islamic sampai RM500 sebelum raya haritu. Lepas raya pun ada customer borong sampai RM520. Hehe. Semua berkat Join Class Aura Insta.
  • Baca ENTRI NI kalau nak tahu bila waktu followers kita aktif.

4) ELAKKAN POST SERING MENJUAL TAPI SELITKAN AYAT MOTIVASI
  • Kurangkan menjual tapi sampaikan manfaat yang bakal prospek dapat daripada produk kita. Ini sifu untuk IG Kin Nuri Assyaurah Dan Nuri Assyaurah Islamic pesan. Kalau tengok daripada ayat Kin di IG Bisnes. Ia lebih kepada bercerita dan sampaikan apa yang patut Kin sampaikan. Apa yang bakal customers nak tengok adalah sesuatu yang sebenarnya lahir dari hati. Samalah macam kalau kita sebagai customer. Tambahan lagi, selitkan ayat motivasi supaya followers rasa positif setiap hari dengan ayat-ayat perkongsian kita. Fikirkan ^^,

5) PASTIKAN SEKALI POS DALAM KUANTITI TERTENTU
  • PENTING! Jangan pos 100 gambar sekaligus. Takut orang bosan, menyampah dan terus unfollow. Dah tu muka kau saja dekat wall dia, geram tak geram. Dibolehkan lah untuk post sekali post gambar dalam kuantiti 2-3 gambar. Selang setengah jam kemudian baru upload gambar baru. Baru fresh! Followers pun tak ada lah nak marah-marah asyik nampak gambar ig kau saja. Hihi.


Untuk anda yang tertarik nak tahu apa Aura Insta yang Kin duk cakap dari tadi? Boleh baca AURA INSTA CLASS yang dah berjaya membuat ramai seller bahagia dengan Sale yang mencanak naik hanya dari INSTAGRAM Saja. Tak percaya? Hihi. Terpulang. Usaha Kin dah berhasil. Anda bila lagi?




Boleh dapatkan detail Aura Insta Class terus dengan Kin.
Whatsapp : +60142366915



Sekian. Silakan Share Jika Bermanfaat.




Baca Juga Artikel : 
TIPS HURU HARAKAN JUALAN DI INSTAGRAM TIPS HURU HARAKAN JUALAN DI INSTAGRAM Reviewed by Unknown on July 24, 2016 Rating: 5

No comments:

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,

Mawar Assufi © 2009 - 2017. Powered by Blogger.