Tips Pemilihan Tudung Yang Sesuai Dengan Warna Kulit - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Mar 4, 2016

Tips Pemilihan Tudung Yang Sesuai Dengan Warna Kulit

TIPS PEMILIHAN TUDUNG YANG SESUAI DENGAN WARNA KULIT | Selalu tak alami masalah susah nak pilih tudung untuk dipakai setiap hari sebab tak kena dengan warna kulit? Mesti hari-hari asyik fikir tudung ni tak sesuai, tudung ni warna garang sangat, tudung tu banyak corak, tudung tu masalah lah, tudung ni tak bolehlah dan lain-lain.

Complicated kan perempuan ni.

Aku nak share sedikit elmu yang aku tahu mengenai tudung ni walaupun aku bukanlah fashionista. Saja sharing sebab aku jenis suka cuba sesuatu yang baru walaupun kadang-kadang sesuatu yang baru tu tak sesuai dengan aku. Janji selesa, semua settle.


WARNA KULIT VS WARNA TUDUNG

1. KULIT WARNA KUNING LANGSAT
  • Elakkan memakai warna tudung yang agak kekuningan mahupun kelangsatan. hihi. Maksud aku elakkan tudung berwarna oren, coklat, kuning, krim dan mustard.
  • Tapi digalakkan memakai warna pastel yang berlawanan dengan warna kulit korang. Contohnya warna pink, soft purple, soft blue, aqua blue dan hijau daun pisang muda.
2. KULIT WARNA SAWO MATANG
  • Kebanyakan orang Asia atau warga Malaysia memiliki warna kulit sawo matang berbanding warna kuning langsat. Ini warna kulit sedang-sedang saja.
  • Pemilihan warna tudung yang sesuai adalah warna yang tidak terlalu garang atau menonjol seperti warna krim, biru gelap dan hitam.
  • Elakkan memilih warna merah, kuning dan warna yang boleh menenggelamkan penampilan seseorang seperti hijau askar.
3. KULIT WARNA GELAP
  • Elakkan memakai tudung yang berwarna terang seperti merah, kuning dan hijau daun pisang. Elakkan juga memakai warna putih susu sebab akan nampak sangat kontra dengan warna kulit.
  • Kin suggest pakai warna tudung yang sedang-sedang dengan warna kulit tetapi bukan sama warna dengan warna kulit okay. Contohnya warna krim pekat, nude brown dan warna pastel.
4. KULIT WARNA PUTIH PUCAT
  • Orang berkulit putih ni sesuai pakai tudung warna macam-macam tak kira lah warna gelap mahupun terang. Terutamanya tudung yang berwarna gelap supaya dapat menonjolkan diri si pemakai.
  • Kalau boleh, disarankan elakkan pakai tudung warna cerah-cerah sangat macam warna putih, pastel dan warna yang cair-cair sebab muka akan nampak agak pucat. Bagi aku untuk yang berwajah putih better contra colour. Baru marvellous!



Baca juga :



4 comments:

  1. kulit saya kaler langsat, huhu..tp selalu pakai tudung hitam..hehe

    ReplyDelete
  2. Hi Kin. :) Ain kulit sawo matang kot. Hihi ! Suka pakai colour yang buruk. Memang feveret. Orang kate colour pastel kan? Ker lain erk ngn colour buruk buruk niy? Hehehe !

    ReplyDelete
  3. @Diya Hanun Okay la tu .. Cuma jangan pakai warna sama warna kulit. tu je :) Hitam match sesuai dengan semua . hehe

    ReplyDelete
  4. @• Ain Cho'in • Amboiiihh,, kaler buruk? Apakahh? hehe.. Kaler buruk xpernah dengar la pulak. hehe.

    btw, maybe sama kot. warna yang lembut tapi sbenarnya dia ada warna. eh, apa daaa kin merepek nii. hehe

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,