Tips Pemilihan Padanan Pakaian Untuk Wanita Bertubuh Kurus Dan Rendah - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Mar 30, 2016

Tips Pemilihan Padanan Pakaian Untuk Wanita Bertubuh Kurus Dan Rendah

TIPS PADANAN PAKAIAN WANITA BERTUBUH KURUS DAN RENDAH | Runsing selalu bila sampai waktu nak fikir baju apa nak pakai keluar nanti. Baju apa nak sarung untuk function sekian-sekian. Baju apa nak pakai supaya tak nampak rendah sangat sedangkan yang sekarang pun dah cukup rendah. Rumit sangat kan?

Tapi, kali ni aku nak share sikit beberapa tips atau petua yang boleh korang gunakan sebagai panduan harian dalam memilih pakaian.

Selalunya pilihan pakaian yang macamana menjadi pilihan anda?

BERCORAK?
PLAIN?
BERSELUAR?
ATAU BERKAIN?
KAIN KEMBANG?
KAIN KUNCUP?
KAIN KAPAN? Ehh?


Atau yang jenis macamana?


Sangat rumit kan nak memilih padanan pakaian yang sesuai. Jom baca tips yang berguna di bawah :


TIPS WANITA BERTUBUH KURUS DAN RENDAH

1. ELAKKAN BAJU YANG LEBAR DAN 'MENGGELEBEH'
  • Biasanya kalau sudah berbadan kurus, elakkan memakai baju yang over size sebab badan akan kelihatan gemuk dan berjalan tak stabil sebab angin meniup kanan dan kiri. Cukuplah memakai baju yang saiz tidak terlalu lebar. Contoh anda bersaiz S, tiba-tiba pakai saiz XL. Itu melampau. Saiz M saja sudahlah, okay?
2. ELAKKAN PAKAI BAJU YANG LEBIH PINGGUL
  • Badan yang kurus dan ramping biasanya tak ada masalah sangat nak pilih baju. Sebab baju saiz S & M ni merata tempat ada. Tapi akan jadi masalah bila anda bertubuh rendah. Tapi, still nak pakai baju yang menampakkan anda tinggi. Caranya adalah pakai baju tidak lebih dari pinggul. Jika lebih, orang akan nampak punggung anda jauh dan jatuh. Jadi akan kelihatan lebih rendah dari biasa.
  • Cukuplah sekadar baju anda di paras pertengahan punggung. Lebih bagus anda padankan dengan seluar.

3. PAKAI SELUAR
  • Kenapa seluar? Aku selalu perasan sebab aku pun ada kawan jenis kurus dan rendah ni. Bila dia pakai kain, kain dia jenis bukan payung plus mengembang and I'll say "Kenapa pendek sangat ni?" yang membawa maksud kain kembang akan mengembangkan lagi bahagian bawah dan akan nampak lebih mak-mak dan pendek.
  • Aku prefer dia pakai seluar slack or jeans. Sebab seluar dapat menampakkan ilusi tinggi tu.

4. BAJU LABUH DENGAN SELUAR ATAU KAIN?
  • You must prefer Seluar okay. Ya Seluar. If korang jenis muslimah, boleh pakai baju bawah punggung tapi jangan lepas lutut dan makesure pakai seluar bukan kain. Baru ilusi tinggi tu keluar. hihi
5. MATCH COLOUR NOT MIX COLOUR
  • Aku dapat maklumat ni dari Google. Wanita bertubuh kurus dan rendah ni tidak sesuai memakai baju dan seluar yang berwarna kontra. So, korang nak tak nak memang kena pakai baju dan seluar yang warna seakan-akan okay. Contohnya, baju warna hijau, boleh mix and match dengan seluar hijau pekat warna Army.
6. PILIH SELUAR PLAIN BUKAN BERCORAK
  • Kenapa? Seluar panjang yang bercorak akan menyebabkan tubuh pemakai kelihatan lebih pendek dan pendek dan pendek lagi walaupun hakikatnya pemakai mempunyai tinggi 1.69m. Hihi
























Contoh padanan pakaian untuk wanita kurus dan rendah

Baca juga artikel :

2 comments:

  1. Yes right. Tambah 1 lagi, tak nak kelihatan rendah pakai high heel or wedges. ☺ Hihi !

    ReplyDelete
  2. @• Ain Cho'in • hahaha. Ain ni kann . tapi betul la tu. takkan nak tinggi pakai kasut flat je. hehe

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,