IKLAN KERJA SAMBILAN HARIAN DI UITM SUNGAI BULOH - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Mar 9, 2016

IKLAN KERJA SAMBILAN HARIAN DI UITM SUNGAI BULOH


Bismillahirrahmanirrahim.


IKLAN KERJA SAMBILAN HARIAN DI UITM SUNGAI BULOH | Di sini Kin nak share dengan korang kerja kosong yang available di UiTM. Memandangkan Kin pun sekarang kerja di UiTM Sungai Buloh dan hari tu ada dengar ura-ura HR Department nak cari lagi orang baru.

 Untuk sesiapa yang berada berdekatan dengan UiTM Sungai Buloh atau area yang rasa-rasa mampu sampai ke situ, boleh saja nak mohon.


Diorang prefer mereka yang lepasan SPM, yang nak kerja dan belum lagi sambung belajar. Senang cerita sesiapa yang tengah mencari kerja lah. Kalau berdasarkan requirement, dalam agreement menyatakan supaya staff pekerja sambilan harian (PSH) bekerja selama 3 bulan. Tapi, ada saja yang dah sampai setahun lebih.




Fakulti Perubatan di UiTM Kampus Sungai Buloh sedang mencari ramai staf PSH sebenarnya sebab turnover rate tinggi juga sebab ramai yang dapat better offer atau sambung belajar. Tapi, untuk sementara dan nak cari pendapatan buat sementara waktu. Boleh saja kalau nak MOHON.


PEKERJA SAMBILAN HARIAN DI UITM (PSH)

  • Tawaran Jawatan : Pekerja Sambilan Harian (PSH)
  • Tempoh Bekerja : 3 Bulan
  • Kadar Upah : RM54 Sehari


SYARAT PERMOHONAN

  • Pemohon adalah wargagegara Malaysia
  • Lulus SPM dengan Lulus Bahasa Malaysia dan Ujian Lisan atau mana-mana kelayakan yang sama taraf atau lebih dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia



Kalau korang ada saudara mara yang muda-muda tengah nak cari kerja, boleh apply sini. Sebelum tu download dulu Borang Permohonan ni dan hantar ke alamat yang tertera.

Kalau ikutkan tarikh penutupan borang tu, dah lepas dah. Tapi, Kin suggestkan lengkapkan dan hantar borang permohonan tu macam biasa. Sebab Kin tahu diorang memang tengah kurang staf cuma belum re-publish iklan di internet.

Manalah tahu sekarang maybe belum dapat offer tapi diorang kan dah ada simpanan rekod maklumat korang. Rezeki kan, mana kita tahu? hihi


Baca juga artikel :



Semoga Bermanfaat.



4 comments:

  1. kalau yang dekat boleh grab offer job ni...

    ReplyDelete
  2. Salam still ada lg ke keje psh ni?

    ReplyDelete
  3. @zati Sis zati apply saja sebab kekosongan ni dia tak tentu. yang penting resume depa dah dapat. dan bila diperlukan akan dipanggil utk iv :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,