TIPS | BENTUK MUKA WANITA DAN GAYA TUDUNG SESUAI

Bismillahirrahmanirrahim

Setiap wanita di muka bumi ni dilahirkan dengan bermacam bentuk dan saiz muka. Percaya atau tidak, setiap wanita muslimah yang memakai tudung mempunyai cara pemakaian tudung yang tersendiri untuk menampilkan diri di khalayak ramai dengan yakin dan berketerampilan.

Kin nak ajak korang semua cek bentuk wajah masing-masing dan tengok bentuk tudung yang macamana yang sesuai dengan korang.





BENTUK OVAL / BUJUR

Personally bagi Kin, wanita yang berwajah bujur adalah sempurna. Pakai tudung macamana sekalipun tetap menarik dan lawa. Nak pakai bawal atau selendang, material tudung apa pun seperti chiffon, satin, cotton atau lain-lain material, still maintain cantik. Dan orang berwajah bujur ni muka dia masuk dengan pelbagai gaya sekalipun. Yang perlu korang pertimbangkan adalah warna tudung tu. Jangan main pilih saja mentang-mentang dah lawa kan. hihi. Please. Pilih warna tudung yang sesuai dengan warna kulit.

Baca juga : Tips pemilihan warna tudung sesuai dengan warna kulit.



BENTUK WAJAH PANJANG

Wanita yang berwajah panjang mempunyai sedikit persamaan dengan wanita berwajah bujur cuma wajah korang agak panjang sedikit. Kalau dari segi pemakaian tudung, korang boleh pakai tudung macam-macam gaya tapi kena pastikan korang sembunyikan bahagian dahi dan ke atas agar tidak terlalu menonjol. Macamana caranya?

TIPS : Pakai anak tudung sebab anak tudung mampu menutup dahi yang agak luas. Pakai selendang yang boleh menutup dahi yang agak memanjang dan tarik tudung dan lebarkan bahagian pipi dan rahang pipi sebab rahang pipi akan buat wajah korang tak terlalu panjang dan sedap mata memandang. Elakkan pakai tudung berawning keras sebab dahi yang agak panjang akan kelihatan.



BENTUK WAJAH BULAT

Ramai mengadu masalah muka terlalu bulat dan pipi terlalu menonjol macam pau. Kin pun berwajah bulat tapi kena pandailah agak-agak masa pakai tudung tu supaya tidak terlalu 'pau' orang kata. Untuk mereka yang berwajah bulat, jangan risau sebab ada cara dia.

Bulat dan lebar : Sesuai pakai tudung awning yang ada lipatan di bahagian bawah rahang pipi dan kelihatan bahagian mata ke dahi sedikit runcing.

Bulat dan kecil : Sesuai pakai tudung yang berinner bentuk ziq zaq atau yang mana-mana bentuk. Sesuai pakai tudung yang melekap di dahi tapi pastikan bahagian dahi diluaskan sedikit supaya tidak nampak terlalu memberat di bahagian pipi dan ke bawah.

TIPS : Jika pakai tudung bawal atau selendang, pastikan di bahagian rahang pipi dan ke bawah dilipatkan sedikit dan bentukkan bujur atau tajamkan bentuk tudung di bahagian dahi agar tidak kelihatan terlalu bulat dari jauh.



BENTUK WAJAH BERSEGI / BERPETAK

Kebiasaanya nak kenal wajah bersegi atau berpetak ni, kita perhatikan bahagian pangkal rahang dan tulang rahang. Kita akan nampak bahagian tu lebih menonjol dan bahagian dagu juga agak rata. Untuk korang yang berwajah berpetak, sila elakkan :

Jika memakai bawal : elakkan menarik tudung ke belakang dan menampilkan keseluruhan bentuk wajah. Tetapi, pakai tudung agak ke depan sedikit dan jangan dilipat.

Jika memakai selendang : elakkan memakai turban yang akan mendedahkan bentuk muka anda. Tetapi, pakailah inner yang menutup dagu supaya bentuk wajah akan kelihatan sedikit bulat.



BENTUK SEGI TIGA

Ciri-ciri wajah yang bersegi adalah memiliki bahagian dagu yang panjang dan jarak pelipis yang agak lebar jika nak dibandingkan dengan pangkal rahang.

Pemilihan gaya pemakaian tudung yang sesuai adalah pakai tudung yang boleh ditarik ke belakang sejauh mungkin dan kalau boleh tudung tersebut ditarik agar bertemu leher supaya bahagian pangkal rahang agak terbuka.

Pemakaian selendang juga tak ada masalah kerana wajah berbentuk segi tiga agak sama dengan yang berwajah bujur. Hanya dibezakan dengan keluasan bahagian pelipis.

TIPS : Elakkan melipat tudung di bahagian bawah tulang rahang tetapi tarik tudung dari bahagian dahi dan ke atas sedikit luas ke belakang bagi menampilkan ilusi bujur.



BENTUK WAJAH HATI

Agak sama dengan bentuk muka bujur. Cuma elakkan memakai anak tudung terlalu ke belakang bagi mengelakkan anak rambut di bahagian dahi terkeluar.

Selendang adalah yang paling sesuai buat korang yang berwajah bentuk hati sebab mampu menampilkan wajah yang lembut dan manis.

TIPS : Digalakkan memakai inner yang mengikut bentuk muka dan ditajamkan sedikit di bahagian dahi. Jika memakai bawal, lipat sedikit di bahagian rahang pipi dan ke bawah.



BENTUK WAJAH DIAMOND

Wajah diamond sesuai bila menggayakan selendang yang mempunyai inner ziq zaq. Kenapa mesti ziq zaq? Sebab wajah bentuk diamond ni dagu dia dah agak tirus atau runcing. Bagi mengelakkan tak balance di bahagian dahi, korang kena pastikan bahagian dahi agak runcing juga.

Pilihan lain adalah dengan memakai tudung berawning dan tarik ke belakang di bahagian bawah rahang pipi supaya wajah akan menjurus kepada bentuk bujur. Kelebihan korang yang berwajah diamond adalah korang mempunyai bahagian pipi dan ke bawah yang cantik sebab wajah akan kelihatan kurus.

TIPS : Pakai sesuatu yang mampu menutup bahagian dahi dan ke atas yang agak melebar.





Baca juga : Kedai Menjual Instant Shawl Online

Semoga Bermanfaat.

TIPS | BENTUK MUKA WANITA DAN GAYA TUDUNG SESUAI TIPS | BENTUK MUKA WANITA DAN GAYA TUDUNG SESUAI Reviewed by Unknown on February 22, 2016 Rating: 5

6 comments:

  1. hai saya datang melawat + follow sini.

    jemput unruk follow blog saya juga :)

    http://fatihah-fadzil.blogspot.my/

    terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Wah macam ni pun ada..untuk yang dahi jendol/luas atau tak ada? hihihi

    ReplyDelete
  3. @ros nordin

    Kalau mcm dahi luas tu tips mcm bujur tu juga .. boleh pakai inner yg menutup dahi tu :) Mesti cantik ni kan ^_^

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,

Mawar Assufi © 2009 - 2017. Powered by Blogger.