TIPS | 5 CARA HADAPI BOSS YANG MENYAKITKAN HATI DAN EMOSIONAL - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Feb 21, 2016

TIPS | 5 CARA HADAPI BOSS YANG MENYAKITKAN HATI DAN EMOSIONAL






Bismillahirrahmanirrahim.


Boss tak semestinya kalau anda bekerja di company saja. Boleh saja sesiapa yang menjadi majikan kita dan dia adalah orang atasan kita. Korang pernah hadapi situasi yang memerlukan korang bertindak luar dari kebiasaan? Andai kata boss korang jenis yang menyakitkan hati dan selallu emosional (bagi majikan wanita), bagaimana korang handle situasi semasa korang?

Kin share sikit tips ya. Most of the tips apa yang Kin lakukan sebab pernah experienced juga situasi dengan boss yang begini.



CARA HADAPI BOSS YANG MENYAKITKAN HATI

1. SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF

Ini adalah perkara pertama yang korang kena apply bila berhadapan dnegan boss yang mood tak menentu. Elakkan diri daripada terikut-ikut mood boss, terus optimiskan fikiran dan diri korang. Sebab once diri kita terpengaruh dengan mood 'swing' boss, seharian mood kita pun akan 'swing'.

2. ELAKKAN MENJAWAB ATAU MELAWAN

Selalu bila boss buat statement yang mana memberat pada kesalahan pada diri kita mesti kita nak back up diri kita kan? Nak back up diri sendiri boleh, tapi tengok keadaan. Kalau rasa mood boss masih terkawal, cuba terangkan slowly perkara sebenar. If not, diam dulu. Jangan mencurah air ke api yang marak. Biar kemarahan boss reda dulu, bila dah okay baru slow talk dengan boss. Terangkan perkara sebenar.

3. LUAHKAN PADA ORANG TERDEKAT YANG BOLEH DIPERCAYAI

Kalau rasa tak mampu telan apa yang boss cakapkan tu, luahkan. Jangan simpan dan pendam sebab itu menyakitkan. Biar luah sikit-sikit janji lega. Jangan pendam-pendam sampai satu masa, meletup. Ini bahaya.

4. JANGAN MENGADU PADA ORANG ATASAN MENGENAI BOS KITA

Ada majikan yang boleh terima teguran direct dengan pekerja.
Ada juga majikan yang tak boleh terima teguran daripada pekerja.

Tengok pada keadaan. Ada orang, dia mengadu pada kawan baik boss yang boleh dipercayai untuk sampaikan masalah yang pekerja hadapi. Ada orang yang sampaikan direct bila rasa waktu mengizinkan. Ada orang yang memang tak boleh terima langsung teguran memperbaiki dari pekerja tapi beliau sangat patuh pada arahan bos. Kalau yang jenis macam ni, si pekerja silakanlah untuk ambil risiko untuk beritahu masalah berbangkit itu terus kepada pegawai atasan. Biar mereka yang uruskan semuanya. Itupun seandainya tiada solusi atau tindakan diambil setelah bermesyuarah dengan boss masing-masing okay.

5. JAWAB DENGAN HORMAT DAN SOPAN

Manusia mana yang rasa nak marah dengan kebaikan orang lain? Dalam kes berbangkit ini, kita sebagai pekerja kena hormat boss. Walau macam mana garang sekalipun dia. Jangan sesekali tinggikan suara dan cakap dengan lemah-lembut, sopan dan tak mengguris hati dia.



Sekian sahaja TIPS CARA HADAPI BOSS YANG MENYAKITKAN HATI DAN EMOSIONAL ini. Kin share berdasarkan pengalaman sendiri. Sebenarnya banyak lagi cara yang bagus boleh diapply dalam pekerjaan kalau menghadapi situasi di mana boss korang jenis yang menyakitkan hati korang.

Semoga bermanfaat.


| Qawiy Ya Qalbi |

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,