Teka Teki Benda UK - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Jan 10, 2016

Teka Teki Benda UK

Bismillahirrahmanirrahim.

Dah lama sebenarnya tak update blog. Tengok kat Chatbox ada Ucing singgah. Ingatkan dah due dah. Rupanya belum lagi. kihkih.

Nak join teka tak? Jom tengok .


http://ucingkadayan.blogspot.com/2016/01/teka-teki-benda-uk.html

 Teka Apa Yang Ada Dalam Kotak Berwarna Merah Tersebut.?

"Nama Binatang Tapi Tidak Berkaki,
Berjalan Apabila Tunjuk Arahan,
Walau Badannya Bermacam Warna,
Disebaliknya Hanya Berwarna Putih.
Bila Diguna pasti Di Depan Mata"

1) Follow Blog Uk Atau Google +
2) Buat Tajuk Post Teka Teki Benda Uk
3) Copy Semua Coding yang telah disediakan di Box dan Paste ke dalam ruangan html dan publish.
4) Tinggalkan Url Post Dan Jawapan Anda ke Ruangan Komen ini.

Blogger yang menjawab dengan betul akan di masukan ke dalam Bloglist Uk.Tarikh Tutup 13-1-2016.

Aku harap 'Binatang tu adalah aku nak teka MOUSE @ Tetikus.' Nama Binatang Tapi Tidak Berkaki, aku rasa MOUSE. Berjalan Apabila Tunjuk Arahan, aku rasa ni pun MOUSE. Walau Badannya Bermacam Warna, aku syak ni MOUSE juga. Sebab MOUSE kat kedai banyak warna. Warna pelangi saja aku belum jumpa. Disebaliknya Hanya Berwarna Putih. Yang ni aku RAGU-RAGU. Kenapa di sebaliknya warna PUTIH? Adakah sebab tools dalam tu putih. Atau sebenarnya yang putih adalah SCREEN PADA PC? Bila Diguna pasti Di Depan Mata. SAH! Icon ARROW dalam PC!

So, jawapan aku SEMUA DI ATAS. kekekee :D

Mohon diterima. Kepala pun tengah pening dengan Elmu LAW yang tunggu masa untuk dihambur dan dimuntahkan dalam dewan exam next week. hehee



| Qawiy Ya Qalbi |

2 comments:

  1. hehehe.harap-harap awak tak pening untuk jawab exam nanti.Hi terima kasih Teka Benda Uk nantikan jawapan nya selepas tamat segmen ini ;)

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,