PROGRAM SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA DI KOLEJ NEGERI, CHEDANG - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Jan 22, 2016

PROGRAM SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA DI KOLEJ NEGERI, CHEDANG

Bismillahirrahmanirrahim.

Last 2 days aku follow pergi daftarkan adik lelaki aku ke Kolej Negeri Chedang, Seremban.. Under Program Sijil Kemahiran Malaysia. Adik aku baru umur 16 tahun, tapi disebabkan keputusan PT3 dia yang kurang memberangsangkan. Then, mak aku decide untuk hantar dia ke Program ni.

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Program ni boleh singgah ke page mereka, Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).


Dalam 3 minggu juga lah mak aku fikir nak hantar ke tidak. Kalau dari pihak aku sendiri, aku sokong 90% supaya dia join Program ni. Adik aku jenis nakal sikit, boleh kata satu sekolah kenal dia. Jadi, adalah baiknya disebabkan kepopularan dia tu mak hantar dia pergi belajar jauh sikit dari geng dia dekat rumah.

At last, mak aku cakap. "Mak Yakin Nak Masukkan Dia Dalam Program SKM Tu.."

Aku, kalau mak dah cakap macam tu. Takkan nak bantah? Naluri seorang mak tu kan lebih kuat. Tak gitu?





KENAPA AKU SUPPORT DIA JOIN SKM?
1. Dia lelaki. Lelaki tak betah duduk lama kat rumah.
Dia nak bekerja, nak pegang duit sendiri, macam cacing kepanasan kalau dia duduk rumah.

2. Biar dia belajar urus diri sendiri. Belajar berdikari.
Urus baju, makan, masa, tenaga, hidup sendiri dan tanggungjawab dia sebagai seorang hamba Allah.

3. Urus kewangan sendiri. Kalau bab duit, aku memang pantang.
Bukan materialistik tapi berjaga-jaga. Dia muda lagi, aku yakin dia akan SHOCK dalam bank ada duit banyak. And tak reti lagi nak manage. So, aku monitor duit dia dari sini. CIMBCLICKS kan ada. hehe

4. Ada kemahiran yang orang lain tak ada.
At first dia nak ambil KULINARI. Aku memang resists habis-habisan. Kelas memasak boleh belajar sendiri, ambil kelas kat luar. Final decision, dia terima juga kursus Automotif. At least, one fine day dia boleh ada bengkel sendiri. In Shaa Allah.




Haritu ada isu. Yang Kolej ni menipu. Menipu sebab berhutang dan Sijil yang dikeluarkan tidak didaftarkan. Sebelum memviralkan isu menipu ni, mohon cek semula dengan pihak yang berkenaan ya. Berdasarkan maklumat yang Encik Ridwan terangkan 2 hari lepas, program ni di bawah Kementerian Sumber Manusia. Kalau nak double confirm, sila sahkan dengan Kementerian terus..


Setelah mendapat penjelasan, program ini tak menipu. Program ni menumpang saja di Kolej berkenaan. Cawangan Program SKM yang aku masukkan adik aku ni sebenarnya ada di merata tempat antaranya Terengganu, Puchong dan sebagainya. Ia bergantung pada kursus yang diminati..

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi terus Encik Ridwan dia di Facebook Page : Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).


Boleh dulu update availability kursus yang yang didaftarkan untuk adik korang or anak-anak di FB Page mereka ya.



Ada yang nak share pengalaman kat Kolej tu? Sila komen kat bawah ya. Terima kasih.


| Qawiy Ya Qalbi |

8 comments:

  1. saya setuju dengan pihak cik.. saya salah seorang graduan daripada kolej negeri chedang campus.. dan alhamdulillah dah bekerja pun.. hampir 3 tahun di kolej ini saya dapati tidak berlaku apa2 penipuan pon..
    kepada yang blog2 yg cerita negatif tentang kolej saya rasa hnya seorang pelajar yg kurang berpuas hati dengan pihak kolej.. ini merupakan perkara biasa kerana pihak kolej xdapat puaskan hati semua pihak.. so mesti ada pihak yang tidak akan berpuas hati.. tahun ni adik saya pun merupakan salah seorang plajar d kolej ini... KOLEJ NEGERI CHEDANG CAMPUS TERBAIK!!!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh! Senior adik saya lah ni yaa :)

      Yup betul. Perkara biasa. Dek kerana satu nila, rosak susu sebelanga. Jadi, paling penting, selidik dulu. Jangan terus viral dek kerana tak puas hati dgn layanan or other services dari pihak kolej ini... Dan takut boleh jadi kes fitnah. Bukan nak bekap this kolej or what, tapi tak kiralah kat mana-mana kolej pun. Selidik dulu apa-apa pun okay :)

      Delete
  2. Salam, adik awak masih belajar disitu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam. ya, adik sy masih lagi belajar situ :)

      Delete
  3. Salam, adik awak masih belajar disitu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam. ya, adik sy masih lagi belajar situ :)

      Delete
  4. Assalamm, adik saya akan masuk ke kolej itu untuk diploma, banyak sangat bad thought. Terima kasih atas penulisan ini. Awak rasa masuk ke kolej tersebut adalah pilihan terbaik??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam. Adik saya dah habis belajar tapi tak habis sampai tahap 3. Sayang tapi diri sendiri yang tak berminat nak belajar.

      Pendapat saya kolej ini tak ada masalah. Program juga tak ada masalah. Cuma dulu saya ada tanya parents yg daftar kat situ, rupanya lain agen lain harga. Harga kami RM600 masa daftar, ada parents yg keluarkan RM2k utk daftar saja sebab program ini menggunakan agen utk pendaftaran pelajar.

      Kalau soal pelajaran dan pembelajaran, bagi saya tak menjadi masalah asalkan student tu sendiri willing nak belajar dan improve diri sendiri bukan kerana kawan2.. Kalau kerana hal lain, sia2 tanggung hutang berpuluh ribu. ohya, lagi satu since ini bukan gov, so pinjaman guna PTPK (as for me, memang mahal pun. Takpe, anggap je Pelaburan utk pendidikan)

      Sebenarnya banyak lagi tempat lain utk sambung kemahiran. Dan ini salah satunya yg diiktiraf. Pilihan terbaik? Saya tak berani cakap ini yg terbaik sebab adik saya sorg je yg masuk kolej kemahiran. Jadi, tak banyak comparison sy boleh kongsikan.. :)

      Delete

Terima kasih sudi singgah blog Mawar Assufi. Sudi-sudilah tinggalkan satu dua komen. Yang baik datangnya dari Allah, yang kurang datangnya dari diri sendiri (^^,)