Allah Bagi Channel Baru

Bismillahirrahmanirrahim.


Alhamdulillah .
Allah buka lagi satu jalan untuk aku luaskan minat berniaga. Selain daripada Nuri Assyaurah Gallery & Nuri Assyaurah Islamic. Allah bantu aku lagi melalui satu jalan baru.. Semoga dipermudahkan. Doakan yaa ^^,

Semoga semua yang aku lakukan diberikan keberkatan. Dipermudahkan jalan. Impian aku sangat besar dan aku percaya semua orang kat dunia ni ada impian masing-masing. Kita ni saja, usaha atau tak nak capai impian tu?



Ohya. Setakat ni korang dah ada PLAN? Plan Sepanjang 5 Tahun?

Kalau belum ada. Mulakan dari sekarang. Mula Create, Fikirkan Strategi, Cari Inisiatif. Praktik dan Usaha. Usaha Usaha Usaha. Dan kita Tawakal Tawakal Tawakal dan Tawakal pada Allah.


Jangan lupa doa tau masa nak submit doa pada Dia..




Jangan doa "Mohon bagi aku kaya."

Tapi, mohonlah doa "Mohon berikan aku kekuatan dan kemampuan dari segi emosi, fizikal dan mental dalam meniti ujianMu demi mencapai impianku. Semoga diberikan kekayaan dunia dan akhirat supaya aku dapat menambahnilai hidup orang lain juga." Allahumma Ameen.


Jangan pernah penat nak submit doa yang panjang-panjang kalau kita betul-betul berniatkan sesuatu itu dari Allah. Ingat! Jangan pernah penat tau!





Doakan perniagaan aku yang baru ni mendapat sambutan ya. Nanti dah okay, aku share di sini.. Doakan segalanya dipermudahkan ya :D



Hasbunallah Wanikmal Wakil Wanikmal Maula Wanikman Nasir ..
"Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung."

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan. Engkau menjadikan kesukaran itu mudah sekiranya Engkau kehendaki."


| Qawiy Ya Qalbi |

Allah Bagi Channel Baru Allah Bagi Channel Baru Reviewed by Unknown on January 11, 2016 Rating: 5

No comments:

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,

Mawar Assufi © 2009 - 2017. Powered by Blogger.