Jenis-Jenis Coklat Untuk Homemade Chocolate

Bismillahirrahmanirrahim.

Haritu aku baru saja post serba sedikit tentang Coklat. Klik COKLAT untuk baca. Kenapa mesti aku post tentang Coklat? ^^,

Hihi. Sebab saja nak share. Aku peminat coklat sangat-sangat. Sampaikan aku sanggup jadi agent CHOCOLETTO hanya kerana nak dapat harga kurang dari kalau beli satu-satu. Tapi, yang penting tidaklah aku makan semuanya sorang-sorang. Dah tu mana nak dapat balik modal RM350 aku tu balik? hahaa.

And apa yang penting. Aku dah start balik buat bisnes coklat kecil-kecilan. Sementara tunggu buka sekolah lagi sebulan lebih. Kita terpaksa slow sikit buat coklat. Tapi, masih lagi buat. Bukan stop terus. Banyak lagi ilmu nak kena dengan sifu coklat aku ni.


Ni nak share sedikit tentang jenis-jenis Coklat yang kebiasaannya dijual dan sesuai digunakan untuk buat Homemade Chocolate dan dibuat business.





----------------------------------------------------------------------------------------------------------
JENIS-JENIS COKLAT


Ada dua jenis coklat iaitu COMPOUND dan COUVERTURE. Ada beza? Ya, ada bezanya.

Kebiasaan untuk newbie macam aku and kakak-kakak jiran aku ni, kitorang biasa guna Coklat Compound. So, carilah coklat compound untuk tiga jenis ni iaitu coklat kosong (dark chocolate), coklat susu dan coklat putih. Biasa aku guna coklat susu sebab dia agak creamy dan coklat putih untuk buat design or warna-warna gituu.

BEZA COKLAT COMPOUND & COKLAT COUVERTURE

Dua-dua coklat di atas berbeza dari segi cara nak handle coklat ni, harga, kandungan coklat ni dan rasanya.

Coklat Compound
1. Harga pasaran yang lebih murah
2. Kandungan coklat : Serbuk koko dan lemak koko gantian menggantikan lemak koko asli
3. Pengendaliannya mudah kerana kurang sensitif terhadap suhu
4. Rasanya tidak sehalus coklat couverture dan jika diambil lebih akan terasa muak

Coklat Couverture (Coklat Gred A)
1. Harga pasaran yang lebih mahal kerana kualitinya yang tinggi
2. Kandungan coklat : Massa koko dan lemak koko asli
3. Pengendaliannya agak rumit kerana banyak proses yang perlu dijaga dari segi suhunya
4. Rasanya lebih halus dan tidak mudak muak jika diambil banyak

TAMBAHAN JENIS COKLAT :
1- Coklat Berperisa - Merupakan coklat putih yang telah diperisakan dan diwarnakan seperti perisa oren, pandan, strawberry dan sebagainya

2- Coklat Tanpa Gula - Bahan utama merupanya gula biasa yang digantikan dengan gula tiruan seperti maltitol dan isomalt


Kalau nak cari resipi coklat buatan tangan yang sedap dan menarik boleh lihat DI SINI ^_^




Selamat Mencuba :D

Nak buat HOMEMADE CHOCOLATE dengan mudah? Jom BACA!

APA SPECIAL HOLIDAY TRIP NI?


| Qawiy Ya Qalbi |

Jenis-Jenis Coklat Untuk Homemade Chocolate Jenis-Jenis Coklat Untuk Homemade Chocolate Reviewed by Unknown on December 01, 2015 Rating: 5

9 comments:

  1. Naza tau makan je..Nak buat-buat belum sampai seru lagi.hihihi

    ReplyDelete
  2. Lissa tau makan coklat jaa.. nda tau pula ada macam-macam jenis. hehe nice share :D

    ReplyDelete
  3. @Nazaraman

    Heheee.. Takpe, nanti kalau ada masa , boleh singgah sini tengok resipi coklat,. Wuhuuu :)

    Jimat duit tau buit sendiri. kikikiii

    ReplyDelete
  4. @Melissa Muklis

    Ofcourse banyak jenis.. Rasanya juga lain. Tapi, sya tahu awak paling suka coklat susu... ^_^

    ReplyDelete
  5. @Nazihah@Jiha

    Your feveret ?! Of course my feveret tooooo :) hihi

    ReplyDelete
  6. owh barulah tau ada jenis2 dia juga.ingatkan semua sama je.tq for da info sis :)

    ReplyDelete
  7. @NuRul
    Yup siss.. lain rasanya.. lemak manis lain. hihii

    ReplyDelete
  8. ciktom pun hantu coklat..ciktom prefer dark choc.. :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,

Mawar Assufi © 2009 - 2017. Powered by Blogger.