Setiap tahun ramai lepasan SPM yang berlumba-lumba ingin memasuki universiti pilihan masing-masing kan? Agak-agaknya ramai tak bloggers yang berumur 18 tahun yang baru nak melangkah ke dunia universiti? TAHNIAH aku ucapkan. Dan harini aku nak kongsikan buat bakal pelajar UiTM yang dah berjaya dapat tawaran masuk Universiti Teknologi MARA, tak kira lah UiTM mana, paling penting dapat sambung belajar.
Buat sesiapa yang bakal mendaftar kat UiTM dan bakal mengikuti kuliah di UiTM lah. Nak tau etika pakaiannya tak? Meh baca jom. Ini REBRANDING dari ENTRY 2011 punya. Korang boleh lah baca di sini yaa :)
SISWA

** Bersih dan kemas
** Tidak memakai perhiasan perempuan termasuk memakai anting-anting, subang atau gelang tangan
** Tidak memakai topi dalam bangunan/blok perpustakaan, akademik, dewan kuliah, dewan makan dan pejabat
** Tali leher/baju batik Malaysia setiap hari ISNIN (Hari Korporat UiTM)
Baju
** Berlengan dan berkolar
** Tidak terlalu besar (over size)
** Tidak bertampung-tampung dan koyak
** Baju jenis masuk ke dalam (tail-cut) hendaklah kemas dan dimasukkan ke dalam seluar
** Tidak mempunyai tulisan perkataan atau gambar yang membawa pengertian liar
Seluar
** Seluar panjang
** Tidak koyak dan bertampal-tampal
** Kaki tidak berserabut dan berbulu-bulu
Kasut
** Kasut hendaklah sempurna
** Tidak memakai selipar atau terompah
Rambut
** Rambut kemas dan diurus rapi
** Tidak panjang (rambut belakang tidak melebihi kolar baju, rambut hadapan tidak melebihi kening dan rambut tepi tidak menutup telinga)-Tidak terbiar hingga boleh menghilangkan identiti seorang lelaki.
** Fesyen rambut tidak melambangkan budaya asing
==========================================================
SISWI

Ciri Umum
** Bersih, kemas, longgar, tidak jarang dan tidak menjolok mata.
** Tidak memakai topi (cap) dalam bangunan / blok perpustakaan, dewan akademik, dewan kuliah, dewan makan dan pejabat.
** Memakai baju kurung setiap hari ISNIN (Hari Korporat UiTM) dan JUMAAT (pelajar bukan Islam digalakkan)
** Hanya dibenarkan memakai sepasang anting-anting atau subang.
Baju
** Baju tidak jarang dan ketat sehingga menampakkan susuk badan
** Bahagian neck line tidak terdedah
** Lengan panjang sampai ke pergelangan tangan
** Labuh sekurang-kurangnya menutup punggung
** Tidak mempunyai tulisan perkataan atau gambar yang membawa pengertian liar
Kain
** Labuh
** Tidak terbelah
** Longgar
** Tidak jarang
Seluar
** Longgar dan tidak menampakkan bentuk badan
** Tidak jarang
** Tidak koyak dan bertampal-tampal
** Dipakai dengan baju longgar dan labuh yang menutup punggung
** Jeans boleh dipakai cuma tidak dibenarkan terlalu ketat
P/S : Hope dapat bantu bakal student UiTM okay!
Untuk persoalan yang diluar jangkaan, jom baca komen kawan-kawan uols kat bawah. Semoga bermanfaat ya semuaaa ^_^

Q & A
Soalan di bawah ni aku summarize kan based on soalan majoriti korang taw. Tapi, kalau tak ada tak boleh tanya ke? Eh tak tak! Boleh je korang usulkan pertanyaan kat bawah ni.
Q : Pakaian masa MDS macamana? Baju semasa riadah?
A : Lelaki pakai kemeja berkolar, bertali leher dan kasut bertutup. Perempuan perlu berbaju kurung biasa, pastikan memakai kasut hitam bertutup dan tidak terlalu tinggi.
Q : Kena pakai baju apa masa pendaftaran?
A : Lelaki pakai kemeja berkolar, bertali leher dan kasut bertutup. Perempuan perlu berbaju kurung biasa, tak perlu baju kurung putih.
Q : Bila perlu pakai baju kurung putih, kain hitam dan tudung putih?
A : Semasa hari terakhir program MDS.
Q : Macamana pakaian ke kelas? Boleh ke pakai jeans, kasut sneakers dan jaket, jubah?
A : Boleh. Isnin (Pakaian formal), selasa - khamis (Pakaian Casual) dan Jumaat (Baju Melayu, Baju Kurung)
Q : Boleh ke pakai selipar ke kelas?
A : Kot ye pun nak sempoi. Takkan la pakai selipar jamban ke kelas. Lecturer tengok pun tak ada selera nak ajar awak tau. Senonoh sikit please. Awak dah dewasa kan?
Q : Macamana nak elak kena tahan dan kena saman dengan polis bantuan?
A : Elak pakai pakaian yang menjolok mata, tidak menutup aurat dan tidak mengikut sahsiah rupa diri. Oh lagi satu, tak pakai matric card? Siap-sedialah kena saman. Melayang RM50 kau haha.
Q : Boleh pakai cardigan? Masa kelas dan round uitm?
A : Boleh dan boleh.
Q : Lelaki berambut panjang?
A : Smart lah sikit. Bak kata kawan aku, "Uni ni tempat cari jodoh." Kau tak nak cari jodoh ke?
Q : Free hair dibenarkan?
A : Tak semua UiTM benarkan student free hair.
Q : Boleh ke pelajar berpurdah?
A : Tak dibenarkan. Atas sebab-sebab keselamatan. Kawan akukat luar baru pakai purdah dan dah habis diploma baru fully berpurdah. Islam tu kan memudahkan.
Q : Boleh ke bawa shawl di UiTM?
A : Tergelak akak diknon hihi. Ikan bawal ke, ikan tenggiri ke, ikan merah ke boleh je pakai, janji shawlehah ye diknon hehe.
Q : Boleh ke balik kolej lewat?
A : Ada UiTM yang limit waktu. Contoh lepas 11 malam je, pagar kolej perempuan akan ditutup. Kalau lepas dari tu, pandai-pandai lah kau. Hihi. Boleh slow talk dengan polis bantuan dan bagi lah kau punya sebab musabab yang munasabah.
Dan selebihnya adalah soalan berulang hihi. Kalau rajin silalah baca komen di bawah yaa :)
Baca artikel lain :
- 5 Tips Apa Nak Buat Kalau Keputusan Exam Teruk?!
- Tips Saving Duit Masa Belajar Untuk Pelajar Sepenuh Masa
- Tips Kurangkan Rasa Gemuruh Masa Presentation
uitm dihatiku ;)
ReplyDeleteharuslah dihatikuuu cik namy oii.. hehehe
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteAssalam sis. Nak tanya kasut hitam tu pakai time bila je? Kasut hitam tu mmg kena totally kosong eh? And x blh levih dri berapa inci tingginya?
DeleteYang pasti bukanlah heels adikku sayang. Nak naik turun tangga seriously nak pakai heels. hihi. Boleh je yg tggi 1 inci mcm tu. Masa MDS tu mmg kena pakai kasut tutup hitam. seragam.
DeleteBaju mesti dlm seluar hahaha...kat sekolah rilek2 je baju xmasuk dlm seluar
ReplyDeleteAssalamualaikum sis.. sy nk tanya.. jubah atau dress kita boleh pkai x utk pergi kuliah.. sepanjang mDs tu pakai mcm mana selain baju kurung putih? Trima ksih sis..
ReplyDeleteAssalamualaikum sis.. sy nk tanya.. jubah atau dress kita boleh pkai x utk pergi kuliah.. sepanjang mDs tu pakai mcm mana selain baju kurung putih? Trima ksih sis..
ReplyDelete@Unknown
ReplyDeleteMasa kelas/kuliah boleh je nak pakai Jubah or dress :) Tak da masalah pun.
Yang masa MDS tu pakai Baju kurung saja. Tak semestinya putih. Putih hanya untuk masa last day saja. :)
Boleh pakai purdah x?
ReplyDeleteUiTM Tidak dibenarkan dik.. Sebab tempat akak pernah ada kes, pencerobohan. Maybe kalau buat rayuan di bahagian pelajar mungkin boleh kot dik. Try lah buat surat rayuan. Mungkin ada kelonggaran ke ^^,
DeleteFor someone yg free hair mcm mne ? Is it ok ?
ReplyDeleteBoleh dear :)
DeleteKlau free hair mcm mne ? Is it ok ?
ReplyDeleteBoleh dear. Ada juga yg free hair. Tp, uitm yg dear dapat tu akak xpasti boleh atau tak.
DeleteSis, kalau rambut berwarna? Untuk perempuan.
ReplyDeleteRambut asal ke dear :D Hihi
DeleteSamada dear nak pakai tudung atau warnakan hitam rasanya. Maaf kalau akak salah :)
Salam. Sis nk tanye sikit, klu MDS week tu pakainya macam mane? And slps MDS week, is ok to wear jubah?
ReplyDeleteYess, boleh syg. No problem :)
DeleteSalam. Sis nk tanye sikit, klu MDS week tu pakainya macam mane? And slps MDS week, is ok to wear jubah?
ReplyDeleteYess, boleh syg. No problem :)
DeleteMcm mana dgn kasut ,sis? And baju yg bukan muslim mmg kena lengan pjg juga ke? Baju kalau tak berkolar boleh ke? Rambut boleh lepas tak? Ke kena ikat selalu? Uh hehe sorry banyak soalan.
ReplyDeleteKasut terpulang dear. Sandal boleh, tapi kalau ke kelas, sopan la sikit kan. Takkan nak pakai sandal jepun kutt. hihi
DeleteNon muslim boleh pakai baju lengan pendek. Tapi, much better pakai cardigan, sopan sikit kan :)
Rambut no problem dear :)
Klau utk kos TESL mcm mana pemakaian dy ?
ReplyDeleteSama saja dengan kos yg lain. Janji menutup aurat sesuai lah nak pergi menuntut elmu kan. Tak kesah lah kos ape pun :D
DeleteKalau baju lengan pendek untuk perempuan? Lengn pendek tu macam baju sukan sekolah. Bukan yg nmpk ketiak atau ketat
ReplyDeleteAda. Saya pernah nampak. Tapi tak pasti pernah kena tahan dengan pak guard atau tak. If possible, pakai cardigan okay syg. Sedap sikit mata memandang, sopan gitu. kan? :)
DeleteKalau baju lengan pendek untuk perempuan? Lengn pendek tu macam baju sukan sekolah. Bukan yg nmpk ketiak atau ketat
ReplyDeleteAda. Saya pernah nampak. Tapi tak pasti pernah kena tahan dengan pak guard atau tak. If possible, pakai cardigan okay syg. Sedap sikit mata memandang, sopan gitu. kan? :)
DeleteRambut lelaki taleh panjang ke?
ReplyDeleteTak boleh rasanya. Tak pernah pulak jumpa yg rambut panjang so far. hehe
DeleteAssalamualaikum akak.Thank you for your lovely post^^ Just want to confirm(since saya baca banyak sangat jenis post dekat google and pening kepala)Based on the pictures yg akak post tu,siswi boleh pakai baju kurung OR blouse+seluar waktu pergi kuliah ke?Thanks in advance akak:)
ReplyDeleteWa'alaikumussalam. Mesti baca banyak sangat sampai keliru dah. hihi
DeleteRef to your question dik, yes. Baju kurung boleh. blouse & seluar/kain boleh. Even cardigan also allowed. As long as menjaga sahsiah rupa diri dan tutup aurat. :)
kalau uitm shah alam untuk pelajar islam boleh freehair tak?
ReplyDeleteAkak ada nampak yang Muslim free hair juga di Shah Alam dik.
DeleteSorry lah kalu nk tanye..
ReplyDelete1. Kalu uitm dkat puncak alam boleh free hair tak? Ke semue same jer boleh free hair?
2.diploma akaun selalu kt mane?
3.MDS tur jer kan time yg kene pakai tudung?
Terima kasih sudi bertandang :)
Delete1. Saya pernah je nampak yg free hair.
2. Tak tentu. Yang pasti Shah Alam dah takde diploma. Yang saya tahu, di Puncak Alam ada rasanya. Seri Iskandar (Perak), Machang (Kelantan), (Pahang), (Melaka) kalau tak silap saya :)
3. Itu yang diwajibkan. Dan kelas-kelas agama pun kena pakai :)
Salam sis, nak tanya uitm palam ada yang free hair ke? Thank you :)
ReplyDeleteWa'alaikumussalam. Saya ada nampak dekat Palam sana :)
DeleteHi sis . Boleh ke pakai seluar/skirt labuh with blouse masa pergi kuliah?
ReplyDeleteHai Dear. Sure boleh :) Asalkan mengikut sahsiah rupa diri :)
DeleteAsalamualaikum kak, nk tnya psal tudung time masuk kuliah, memang mesti black & white sahaja ke camne? Warna2 lain x boleh? Mesti tudung bawal ke? Shawl boleh tak?
ReplyDeleteAnd masa minngu MDS, penutupan tu kalai pakai shawl plain blackboleh ke? Ke kena bawal hitam jgk? (Hehe maaf bnyk tnya)
Wa'alaikumussalam. Yes, dear. Semua yg adik cakap di atas boleh dipakai. Takde halangan :) Masa MDS tu janji warna hitam plain, bawal ke tenggiri ikan mas ke mana2 boleh. hihi
DeleteAssalamualaikum kak. Nak tanya sikit, seluar jeans dibenarkan tak bagi lelaki? Ke seluar slack sahaja dibenarkan?
ReplyDeleteWa'alaikumussalam. Boleh dik :)
Deletesaya nak tanye...jubah memang tidak dibenrkan pakai ke ketika kelas? ketika bila sahaja jubah dibenarkan pakai??? terima kasih....
ReplyDeleteMasa kuliah, masa program mana2 pun boleh pakai jubah. Takda masalah dik. Asalkan mengikut sahsiah rupa diri :)
Deletejubah boleh pakai x kat uitm..?? semasa kelas?? bila waktu jubah dibenarkan pkai??
ReplyDeleteMasa kuliah, masa program mana2 pun boleh pakai jubah. Takda masalah dik. Asalkan mengikut sahsiah rupa diri :)
Deletesalam sis,untuk last day MDS tu kena pkai bju kurung putih ke or boleh pakai kemeja putih?
ReplyDeleteWa'alaikumussalam. Utk perempuan, baju kurung putih saja. Lelaki kemeja putih. :)
DeleteTime nk daftar masuk kampus kena pkai bju ap??
ReplyDeleteBaju yg menutup aurat. SUggested baju kurung :) Lepas daftar dah daftar masuk kolej baru bebas pakai seluar. :)
DeleteHaii akak, sy ada laa juga keliru utk sesi 2017 nie kalau nak pakai baju yg lengan panjang tpi tak ada kolar tak pa kaa? Thanks for your concerns. ;)
ReplyDeleteUtk pendaftaran, For guy better kemeja yg ada kolar. Ikut sahsiah rupa diri :) For ladies baju kurung :) Kalau ke kelas, boleh je pakai tanpa kolar :)
DeleteSalam kak. Masa daftar pakai baju kurung putih kain hitam ke? Tudung warna apa?,
ReplyDeleteWa'alaikumussalam dear. Masa daftar warna bebas janji baju kurung. Masa dah habis, MDS je pakai Kain hitam, baju putih, tudung plain hitam. Supposed masa daftar akan dapat tudung uitm. Warna purple. Tudung tulah pakai masa habis MDS tu. :)
DeleteSalam kak. Masa daftar pakai baju kurung putih kain hitam ke? Tudung warna apa?,
ReplyDeleteWa'alaikumussalam dear. Masa daftar warna bebas janji baju kurung. Masa dah habis, MDS je pakai Kain hitam, baju putih, tudung plain hitam. Supposed masa daftar akan dapat tudung uitm. Warna purple. Tudung tulah pakai masa habis MDS tu. :)
Deletesepanjang mds tu kena pakai baju kurung ke? last day baru pakai yg baju kurung putih tu? and masa mds kena pakai tudung putih je eh?
ReplyDeleteYa janji baju kurung. Tapi warna bebas. Masa last day MDS je pakai Kain hitam, baju putih, tudung plain hitam. Putih pun boleh pakai. Supposed masa daftar akan dapat tudung uitm. Warna purple. Tudung tulah pakai masa habis MDS tu. :)
DeleteSalam sis, banyak saya baca dari blog yang kata kalau tudung waktu MDS kena pakai tudung bawal je :/ kalau tudung jenis shawl/scarf boleh pakai ke?
ReplyDeleteWa'alaikumussalam. Tudung BAWAL je sy tak pasti, tp saya ada nampak student yg pakai shawl masa MDS tu :)
DeleteAssalamualaikum sis saya dip di palam, nak tanya for boys bole pakai flannel (tuck-out/keluar) x? sweater bole? rambut klu paras hidung? sorry byk tanya hahahaha tq :D
ReplyDeleteWa'alaikumussalam. Masa kelas boleh je. Sweater pun boleh. Cuma masa pendaftaran tu kena kemas. bertali leher lagi hihi
DeleteAssalamualaikum kak, kalau kasut kan ada yg kene bertutup. Kalau kasut tinggi kene bertutup jugak ke? Sandal boleh kan pakai pergi class?
ReplyDeleteWa'alaikumusalam. Masa MDS semua kena kasut tutup. Masa nak pi kelas, tak kesahlah nak pakai apa pun. Sandal pun boleh :) Asalkan ikut sahsisah rupa diri.
DeleteAssalam sis, boleh tk pakai skirt lepaa lutut? I mean yg panjangnya smapai lutut? Tapi tutup lutut la. Boleh tak? And kalau nak gi cafe boleh tak pakai seluar setengah yg cecah lutut? And kalau gi cafe kene pakai sandal juga ke? And kalau nak kluar jalan boleh tak pakai baju ketat or skirt (on the way nak kluar tu kan ade polis bantuan, kena tahan ke kalau camtu?) Mohon pencerahan thankyou
ReplyDeleteWa'alaikumusalam. Sandal yes. Boleh dik. Skirt & Seluar setengah tak boleh. Boleh diambil tindakan sebab tak mematuhi sahsiah rupa diri :) Yup kena tahan & Kena denda. kalau kena tangkap lagi, boleh dapat surat warning :) Skirt labuh can :)
Deletesalam sis, nak tanya.. lelaki klau pegi kuliah bleh pkai t shirt berkolar tk ?
ReplyDeleteWa'alaikumussalam. Yes, boleh :)
Deleteassalam kak, kalau pi kuliah boleh ke pakai shirt for girl ?
ReplyDeleteWa'alaikumusalam. Boleh dik. Pakai crdigan also can :)
DeleteMasa pendaftaran pakai baju kurung but free hair boleh?
ReplyDeleteDibenarkan. Tapi bawaklah for spare :)
DeleteHello, sy bukan muslim and most of my clothes have short sleeves and sleeveless. Is it okay to wear the short sleeved clothes? It's not tight. Also, hair dye is not permitted? As in unnatural colour like purple...ah sorry for so many questions, tnya utk yg Shah alam tu...
ReplyDeleteHi dear! Suggested to wear cardigan :)
DeleteYes, hair dye is not permitted especially selain dari hitam dan coklat. So far yg betul-betul saya pernah nampak around UiTM, brown colour ada juga. Tapi saya tak tahu lah that particular person pernah kena saman atau tidak.
No. It's okay. Just ask anything :)
time daftar tu kemeja x kesah kaler ap kn? Kasut hitam wajib ke bg lelaki?
ReplyDeleteKemeja tak kesah pun asalkan kemeja berkolar dan lengan panjang. Kasut hitam or coklat tak kesah asalkan ianya kasut tutup.
DeleteSelamat mendaftar dik!
assalam sis. saya tak thu,, MDS tu ape
ReplyDeleteWasalam.. MDS tu minggu destini siswa. Like orientation day la macam tu. Macam Standard 1 dulu.
Deleteassalam sis. saya tak thu,, MDS tu ape
ReplyDeleteHi! I'd like to know if jeans color other than black or blue black boleh pakai ke?
ReplyDeleteHi! Masa kelas boleh pakai. Masa MDS tak boleh :)
DeleteHai, pergi kelas boleh tak pakai kasut tidak bertutup? Tq🤗
ReplyDeleteBoleh je dik :)
DeleteHai, pergi kelas boleh tah pakai kasut tidak bertutup? Tq🤗
ReplyDeleteBoleh je dik :)
DeleteSalam akak. Uitm kedah kena bertudung ke
DeleteHi..nk tanya klau pkai kemeja yg ader line ataupun berkotak bleh ke
ReplyDeleteBoleh je dik :)
DeleteHi..nk tanya klau pkai kemeja yg ader line ataupun berkotak bleh ke
ReplyDeleteBoleh je dik :)
DeleteHi nak tanye klau kemeja jenis ada line atau berkotak bleh ke?
ReplyDeleteBoleh je dik :)
DeleteHai.. Saya nk tye kt uitm shah alam btulke boleh pakai t-shirt je pgi kuliah utk prmpuan? Sbb saya ade tye org laen ade yg kte tak boleh pakai t shirt..
ReplyDeleteBoleh je dik :) tshirt asalkan ikut sahsiah rupa diri. Dan tak menjolok mata sekalian manusia di uitm. hihi
DeleteHujung minggu boleh balik rumah tak? Or kena balik uitm before tgh malam ke apa ke?
ReplyDeleteBoleh yunk. Kalau takde activity weekend (sport day, activity kolej & so on) boleh balik. Kalau rumah dekat lah. akak dulu 7 jam balik rumah. tiket mahal. tak lah balik selalu :)
DeleteKalau balik kolej jangan lepas jam 11. Nanti kena tahan dgn guard. kena mark. haha
Hi sis, bolehke pergi kelas just pkai tshirt x berkolar
ReplyDeleteBoleh takda masalah dik :)
Deletesis,boleh x tyme daftar pakai tshirt lgn panjang and sluar for girls?.
ReplyDeleteHai diyan :) Masa daftar tak dibenarkan pakai tshirt lengan panjang and seluar. Wajib pakai baju kurung :) Kalau tak memang kena balik tukar walaupun dokumen lengkap :)
DeleteSis mmg hr isnin dgn jumaat tu wajib eh pakai baju kurung?
ReplyDeleteMasa pendaftaran ya wajib.
DeleteHari isnin ya kena pakai baju kurung. Utk kelas, jumaat tu certain uitm je pakai baju kurung. Ada yg tak pakai pun tak apa. Janji pakaian mengikut sahsiah rupa diri :)
Sis,hr isnin dgn jumaat tu mmg wajib baju kurung ke eh?if not?hehee
ReplyDeleteMasa pendaftaran ya wajib.
DeleteHari isnin ya kena pakai baju kurung. Utk kelas, jumaat tu certain uitm je pakai baju kurung. Ada yg tak pakai pun tak apa. Janji pakaian mengikut sahsiah rupa diri :)
Hi sis. Nak tanya waktu last MDS tu boleh kah pakai blouse putih + skirt hitam panjang?
ReplyDeleteHai. Boleh :)
DeleteHello there, just became alert to your blog through Google,
ReplyDeleteand found hat it is reallpy informative. I'm goinjg tto watch out for brussels.
I will appreciate if you continue this in future.
Lots off people will be bernefited from your writing.
Cheers!
hi, nak tny kat uitm pasir gudang boleh tak free hair?
ReplyDeletePasir gudang saya tak pasti awak :)
DeleteSaya nak tnya, blh ke pakai tudung selain bawal? Mcm shawl ke?
ReplyDeleteBoleh my dear :)
DeleteHye akak kalau yg perempuan kan kena pakai kasut bertutup.kasut bertutup tu macam kasut sekolah ke mcm kasut jalan tu.maaf tanya soalan mcm ni^.^
ReplyDeleteHai dik.. Tak kesah pun janji tutup. kasut jalan boleh kasut sekolah hitam pun boleh. Acceptable :)
DeleteAssalamualaikum kak,time kuliah tu maknanya x semestinya kena pkai baju kurung eh,law pkai blouse ngn seluar pun blh kan?seluar jeans dibenarkan x?
ReplyDeleteWa'alaikumussalam. Yes. Masa kuliah boleh pakai blouse, skirt, seluar slack. Jeans pakai selain hari isnin dan jumaat. Jumaat baju kurung. Isnin hari formal uitm.
DeleteAssalamualaikum kak,time kuliah tu maknanya x semestinya kena pkai baju kurung eh,law pkai blouse ngn seluar pun blh kan?seluar jeans dibenarkan x?
ReplyDeleteWa'alaikumussalam. Yes. Masa kuliah boleh pakai blouse, skirt, seluar slack. Jeans pakai selain hari isnin dan jumaat. Jumaat baju kurung. Isnin hari formal uitm.
DeleteSalam kak.....just want to know....time bila je kene pakai baju formal....n baju melayu pakai time jumaat n pegi surau ke? Harap akak dapat jawab...😂
ReplyDeleteP.S:Dapat tawaran ke UiTM Rembau
Wa'alaikumussalam. Congrates! Jangan sia-siakan peluang yg orang lain tak dapat ni yaa :)
DeleteJeans pakai selain hari isnin dan jumaat. Jumaat baju kurung @ sahsiah rupa diri. Isnin hari formal uitm. Ye dik, masa hari jumaat dan event2 yg sesuai. hihi
Assalamualaikum kak,hari isnin kene pakai kasut hitam bertutup kan?kasut tu kene kasut kulit ke atau tak kesah asal hitam dan bertutup?
ReplyDeleteWa'alaikumussalam dik.. Tak kesah pun janji tutup. kasut jalan boleh kasut sekolah hitam pun boleh. Acceptable :)
DeleteHai kak.. sy nak tnya.. time nak gi class tu boleh tak pakai skirt paras lutut bgi yg non muslims?
ReplyDeleteTak boleh dik.. Nanti confirm kena tahan dan kena saman dek polis bantuan. At least pakai seluar. or long skirt.
Deletesalam kak, saya nak tanya MDS skrg ni still seminggu lagi ke? saya dgr kalau mcm asasi tesl cuma 1 atau 2 hari je... lepastu kalau baju putih masa MDS tu akak rasa patut beli berapa helai?
ReplyDeleteWa'alaikumussalam. now dah kurang kpd 2 hari je. dulu je seminggu time akak. Baju putih tu akak pakai baju sekolah tu je. Takpayah beli baru.. Jimat hihi. Pakai pun sekali aje.
DeleteAssalamulaikum kak... Tali leher laki warna ap ye??
ReplyDeleteWa'alaikumussalam. First time orang tanya warna tali leher kat akak. hihi. Terpulang pd Saif. Any colours can :)
Deletesalam sis, sy dpt uitm penang. boleh freehair ke? dan masa mds, boleh freehair jugak ke? also, rambut kena ikat atau lepas je? thank you ya :)
ReplyDeleteKak..Mds sekarang ni 2 hari je eh
ReplyDeleteTak kesa diploma or asasi ke?
Assalamualaikum kak.. mds mmg 2 hari je ke?
ReplyDeleteYe dik. Skrg dah 2 hari je. Dulu 1 minggu huhu
DeleteAssalamualaikum.... kak.. mds mmg 2 hari je ke ??
ReplyDeleteAssalamualaikum akak..tumpang tnya...semasa minggu MDS...pelajar perempuan hnya dibenarkn memakai bawal je ke? Kalo sya pakai shawl bole?
ReplyDeleteWa'alaikumussalam. Boleh dear :)
DeleteAssalam sis, bagi perempuan boleh ke pakai baju kemeja dan t-shirt lengan panjang berserta kasut sneakers ke kelas?
ReplyDeleteWa'alaikumussalam boleh dik :)
DeleteTime MDS, kalo aktiviti sukan kne pakai baju putihh ke? Atau T-shirt biase pun bolee?
ReplyDeleteYes. Tshirt putih sahaja..
DeleteSaLam kak. Nk tnye. Mase daftar kne pkai bju kurung biase or bju kurung putih?
ReplyDeletewa'alaikumussalam. Baju kurung biasa saja tak perlu putih. Masa MDS yg baju putih kain hitam.
DeleteWaktu MDS ade aktiviti riadah tk? Kalo ade , waktu riadah tu pakai baju ape?
ReplyDeleteada.. Waktu petang. Baju sukan putih tudung putih dik.
DeleteWaktu MDS ade aktiviti riadah tk? Kalo ade , waktu riadah tu pakai baju ape?
ReplyDeleteada.. Waktu petang. Baju sukan putih tudung putih dik.
DeleteAs salam sis, kena denda ke kalau tak ikut semua rules.. kalau nak pakai casual boleh ke utk kuliah??.. mcm seluar jeans slack, tshirt, kasut sport .. boleh tak..?? Thanxz sis..
ReplyDeleteWa'alaikumussalam. Semua yg kamu cakap tu dibenarkan :) Yes, denda sekiranya tak ikut sahsiah rupa diri (eg : menjolok mata, seluar singkat utk prempuan, tak pakai matric card).
Deleteas salam sis, nak tnye ,pakaian harian di uitm jegka ape ek?isnin sampai jumaat .berkolar?kemeja?tak berkolar?berkasut kulit?
ReplyDeleteWa'alaikumussalam. Asalkan pakaian mengikut sahsiah rupa diri.(eg : tak menjolok mata, seluar tak singkat utk prempuan, pakai matric card).
DeleteIsnin (Formal)
Selasa- khamis (Casual)
Jumaat (baju melayu, baju kurung)
Ini bukan berdasarkan uitm jengka tapi applicable utk semua uitm.
Hye sis, nak tanye ni bukan pasal kuliah tapi untuk hostel. untuk Cadar katil ade rules yg kene ikut ke or tak kesah cadar ape2 pun
ReplyDeleteHI. Tak ada masalah. Suka hati awak je :)
DeleteHye sis, nak tnye bukan pasal kuliah tapi untuk hostel, nak beli cadar ade rules dia ke or x kesah?
ReplyDeletesorry kak nak tanya , kalau hari jumaat bagi lelaki kalau tk pakai baju melayu , kena pakai apa?
ReplyDeleteKemeja panjang. atau tshirt berkolar dan slack.
DeleteSis. MDS utk diploma pun 2 hari ja ka ? Kalau boleh tau, lepas hari MDS tu , masuk kuliah terus ada aktivti lain lagi?
ReplyDeleteDalam 1 week lepas MDS akan mula kelas. Mula daftar subjek dan kelas. Kena aware siapa lecturers semua dan kelasnya.
DeleteAs slm sis,, kalau kasut bertutup tu limit brpa inch tinggi dy? Tkut tebeli kasut yg limpas limit tinggi yg d tetepkn pula
ReplyDeletewa'alaikumussalam.. Yang pasti bukanlah heels adikku sayang. Nak naik turun tangga seriously nak pakai heels. hihi. Boleh je yg tggi 1 inci mcm tu. Masa MDS tu mmg kena pakai kasut tutup hitam. seragam.
Deleteassalam sis. hari last mds kan kena pakai bj kurung putih+kain hitam. kalau pakai bj kurung sekolah+skirt labuh atau blause putih+skirt labuh boleh ke?
ReplyDeleteWa'alaikumussalam. Baju kurung bukan blouse :)
DeleteSalam akak , kalau baju t shirtputih tudung hitam tak boleh ke ?
ReplyDeleteWa'alaikumussalam. Kalau masa kena pakai baju kurung kena pakai bj kurung. kalau masa sukan baju putih tudung hitam boleh :)
DeleteAssalamualaikum,kak. Saye nak tanye sikit, uitm arau,Perlis, boleh ke free hair?
ReplyDeleteWa'alaikumussalam dik. Akak tak pasti Arau macamana :) Maaf ya.
DeleteAssalamualaikum sis tumpang tanya..kalau kasut sukan x kesah eh colour apa apa..
ReplyDeleteWa'alaikumussalam ye dik. Tak kesah :)
DeleteKak,nak tanya pasal mds , saya dapat uitm seri iskandar..saya nak tahu betul ke time mds , pelajar hanya tidur 2/3 jam je? Dan berapa lama mds ni sebenarnya ? Saya risau tak cukup bawa kemeja dgn seluar slack .. tq
ReplyDeleteTahniah! MDS 2 hari je skrang. Dulu seminggu. Bawa cukup2 tau sebab awak memang tak sempat nak basuh pun dlm period tu. Balik kolej lewat, kena bangun subuh awal. Imagine je lah :) hihi
DeleteAssalamualaikum kak. Nak tanya macam mana pemakaian untuk kejuruteraan awam?
ReplyDeleteWa'alaikumussalam. Pakaian ke kelas sama je. Tp uniform spesifik akak kurang pasti :) Boleh cari senior course awak di fb group :)
Deletesalam kak. psl roomate, uitmuitm tetapkn or kite bole pilih roomate sndiri?
ReplyDeleteWa'alaikumussalam. 1st semester takboleh pilih. Siapa cepat, boleh pilih katil. Lambat, amik je katil mana2. Sem seterusnya boleh pilih :)
Deletesalam kak. psl roomate, uitm tetapkn or kite bole pilih roomate sndiri?
ReplyDeleteWa'alaikumussalam. 1st semester takboleh pilih. Siapa cepat, boleh pilih katil. Lambat, amik je katil mana2. Sem seterusnya boleh pilih :)
DeleteAssalamualaikum kak nak tanya bantal memang tidak disediakan ke
ReplyDeleteWa'alaikumussalam. Takda dik. Bantal dan sarung tilam bawa sendiri..
DeleteHi sis nak tanya, boleh tak kalau lelaki pakai baju tshirt lengan panjang dan tak berkolar when go to class selain hari isnin & jumaat ?
ReplyDeleteHi.. Takda masalah. Tapi sebolehnya pakai yg berkolar. Lebih kemas.
DeleteSalam kak tmpg tanya MDS (pra dip )skrg brp hari n mmg spnjg MDS pkai bju kurung je ke x bole pkai blouse??
ReplyDeleteWa'alaikumussalam. 2 hari rasanya macam Diploma. Sama je. Yes, baju kurung saja. Blouse tak dibenarkan.
DeleteSalam kak....ni nak tau sikit
ReplyDelete1) Kalau riadah....baju sukan x kisah ke warna ape pun?
2) Lelaki time hari jumaat pakai baju ape
3) MDS sekarang masih berdurasi seminggu ke?
4) Mase MDS kene pakai kasut kulit or kasut sukan....sbb katanya MDS kene banyak bergerak....so...katanya pakai kasut sukan....
5) Kalau lelaki baju agak sendat boleh kene saman ke?(Aritu ade buat baju.... bila dah siap agak sendat)
Harap akak dpt jawab....
Wa'alaikumussalam..
Delete1) Riadah masa MDS ke? Baju putih. Kalau riadah waktu dah start belajar takda masalah.
2) Baju melayu boleh. Baju tshirt berkolar boleh.
3) Tak. Dah pendekkan kpd 2 hari saja.
4) Masa MDS pakai kasut kulit (lelaki) Kasut hitam tutup (prempuan) Kasut sukan utk dipakai masa riadah..
5) Lelaki takda masalah. Perempuan mungkin akan disaman jika tak mematuhi sahsiah rupa diri.
:)
assalam akak..nk tnye klau ijazah sarjana muda sains pentadbiran biase kt kampus mne ye?
ReplyDeleteWa'alaikumussalam. Sains pentadbiran akak kurang pasti yang. Boleh cek di google.. Kursus yg ditawarkan di uitm.
DeleteSalam, saya nak tahu, kalau riadah/aktiviti sukan boleh pakai slack ke bagi perempuan? thankyou
ReplyDeleteWa'alaikumussalam. Kena pakai seluar sukan :)
DeleteSalam kak, masa riadah atau aktiviti sukan, boleh ke pakai slack? kalau tak pakai tracksuit takpe kan?
ReplyDeleteWa'alaikumussalam. Kena pakai seluar sukan :)
Deletehai kak. nak tanye sikit.
ReplyDelete1. yg non-muslim masa mds, wajib pakai baju kurung ke?
2. pakai tshirt biasa yg lengan pendek dibenarkan tak?
3. kalau hri isnin tu, kena pakai baju apa?
4. masa ikut mds, boleh bawa luggage ke ? :D
Hello sweetie!
Delete1. Perlu juga pakai baju kurung masa MDS. salah satu keperluan penting.
2. Masa riadah dibenarkan rasanya. This one i'm not so sure memandangkan masa akak dulu semua muslim. eh, ada non muslim. tp dia memang macam muslim. mungkin sebab pakaian dia semua follow yg muslim. hihi
3. kalau ke kelas, pakai baju formal. baju kurung, seluar slack dan blouse boleh. Jangan pakai selipar.
4. Silakan. Luggage nanti kamu simpan dalam bilik. Tak bawa ke mana2 pun masa MDS. MDS bawak badan dan buku nota je.
Kak nak tanya , berpurdah memang tidak dibenarkan masa dlm kelas . Kalau berada di kawasan U pun tkleh ? macam saya ke kantin pakai purdah ke . Macam mana tu ?
ReplyDeleteYes dear. Dalam kelas dalam uitm especially. kalau kantin ada kat luar uitm boleh pakai hehe.
DeleteIni yg akak tahu lah. Sebab dulu pernah jd 1 kes lelaki menceroboh kolej perempuan dengan berpurdah.
Salam sis, saya nak tanya ni saya mempunyai rambut pendek macam lelaki tapi saya perempuan adalah saya ditahan@disaman oleh polis bantuan nanti?
ReplyDeleteAlso, adakah rambut macam itu dibenarkan di uitm Shah alam? Harap akak boleh balas
Cheers 🦄
Wa'alaikumussalam. takde masalah pun prempuan rambut pendek. Boleh. dibenarkan :) Rasanya uitm benarkan je free hair. cuma kelantan tak benarkan. kena pakai tudung kalau tak kena saman.
ReplyDeleteRambut perang kena dye hitam balik ke?
ReplyDeleteRambut perang kena dye hitam balik ke?
ReplyDeleteSalam akk,saya baru dapat tawaran dekat uitm rembau nak tanya masa pendaftarankan kena pakai baju kurung so freehair boleh ke time pendaftaran tu? lagi satu masa pendaftaran boleh pakai kasut pape ke? maaf kalau bnyak tanya
ReplyDeleteSalam akk,saya baru dapat tawaran dekat uitm rembau nak tanya masa pendaftarankan kena pakai baju kurung so freehair boleh ke time pendaftaran tu? lagi satu masa pendaftaran boleh pakai kasut pape ke? maaf kalau bnyak tanya
ReplyDelete