Tips Tangani Customer Yang Sedang Marah - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Nov 13, 2015

Tips Tangani Customer Yang Sedang Marah

Bismillahirrahmanirrahim.



Tertanya-tanya tips handle customer yang tengah marah tu? Sharing di sini adalah idea dari otak kecil aku. Segala kekurangan mohon dimaafkan ya. Kalau ada nak tambah boleh juga share di komen okay.

Alhamdulillah. Dah hampir 5 bulan aku mulakan perniagaan aku ni.

JOM KLIK SINISINI & SINI ... Support lah kawan-kawan okay :)

Tapi, yang aku betul-betul serius dan fokus dengan bisnes baru masuk 2 bulan. Sangat fresh kan. Tapi, still nak share juga tips untuk yang newbie macam aku. Nanti kalau dah lama sikit, ada banyak experience aku akan update dalam entry ni saja.


1. Walau apa pun jadi, mulakan segalanya dengan Al-Fatihah. Kenapa Al-Fatihah ni penting? Sebab melalui Al-Fatihah ini, kita dapat merasa dekat dengan Allah SWT dan melaluinya kita berdoa supaya Dia lembutkan hati customer yang tengah marah tu. Mohon Allah lekatkan hati dia untuk bersabar dengan dugaan yang menyebabkan dia marah tu.
Kenapa sampai boleh marah? Actually banyak sebab dia. Nanti next entri aku akan share.
 *****
2. Kita sebagai seller atau peniaga. Jangan bila customer hilang sabar, kita pun nak hilang sabar juga. No No No ! Itu mengundang padah. Sebaiknya kita pesan pada diri supaya sentiasa bersabar dengan ujian Allah yang satu ini. Berniaga memang semua orang akan nampak mudah tapi cabaran dia terlalu banyak. Peniaga sendiri kena kuat.  
 *****
3. Dugaan dengan ragam customer lah. Dengan supplier lah. Dengan diri kita sendiri lah. Dengan risiko ruginya lah. Too many nak cakap pun. Yang lebih berjaya mungkin lebih tahu macamana cara nak handle STRESS BILA RUGI LEBIH DARI UNTUNG. Jadi, nak tak nak kena bersabar dan hadapi segalanya dengan hati yang tenang dan positif
Ingatlah, bahawa "Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar."
 ***** 
4. Do the best. Selagi boleh layan baik. Layan baik. Kalau tak boleh, still. Kita layan saja baik-baik. Kalau ternyata memang kita salah, jangan lari dari masalah. Mengaku kesilapan diri lebih baik dari menyalahkan orang lain. Kalau pun salah dia, kalau dia nak juga salahkan kita. Kita minta maaf secara baik. Kalau ada bukti, SCREENSHOT dan send kat dia. Kalau tak mahu mengaku juga. Let it go. Telan saja. Kita minta maaf saja, tak ada ruginya meminta maaf dan memaafkan. Bukan ke sikap Rasulullah suka memaafkan? ^^, Biarlah di mata dia kita nampak kalah. Padahal secara halusnya kita dah menang. kehkehh *sinis
 *****
5. Beri free gift atau refund. Kalau dah silap kita tu. Bawa-bawalah sedapkan hati customer. Contoh kalau ada barang yang dia order tak sampai sekali dengan parcel dia terima. Minta maaf dulu dan berjanji untuk menghantar barangan yang tertinggal tu, jangan lupa letak free gift sekali ke. Supaya tak ada lah berkarat kemarahan dia tu. 
 *****





Mana tahu akan datang dia akan order lagi dengan kita sebab dia teringat yang kita selalu layan dia baik-baik walaupun pernah berlaku kesilapan teknikal kecil. Silap-silap hari bulan kamcing siapp.. Jadi BFF lagi. Who knows?


So, jangan sombong kalau dalam business ni. Pusing pusing, manusia tu juga kau jumpa.




Sekian,

Coretan #SisBilis #akinassufi



| Qawiy Ya Qalbi |

6 comments:

  1. bagusw tips2 ni..blh amalkan..btw semoga berjaya berbisnes,smoga murah rezeki :)

    ReplyDelete
  2. Bagus info nie, terima kasih kerana sudi kongsi info sis... =D

    ReplyDelete
  3. thanks for the tips,, berguna..hehe

    ReplyDelete
  4. @Farra N

    Allahumma Ameen... In Shaa Allah farra pun boleh try business .. hehe

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,