Pengenalan Ringkas Mengenai Coklat

Bismillahirrahmannirrahim.

Assalamualaikum dan Salam 1 Jiwa 1 Malaysia. Siapa peminat CHOCOLATEI'm sure no one can reject chocolate. haha! My friend spesis tak makan coklat. So, dia tak tergolong dalam range reader entri ni. hihi



Sedikit pengetahuan mengenai coklat ni untuk kita-kita peminat tegar chocolate sampai hujung nafas. #Ehh? ^^

Coklat dengan kandungan koko (biji coklat) yang lebih dari 70% memiliki manfaat untuk kesihatan,    - Kaya dengan kandungan antioksidan iaitu fenol dan flavonoid
   - Antioksidan di dalam coklat mampu membunuh radikal bebas dalam tubuh
   - Banyaknya kandungan antioksidan di dalam coklat adalah 3 kali lebih tinggi daripada teh hijau, minuman yang selama ini sering dianggap sebagai sumber antioksidan.

Melalui pembacaan aku, dikatakan antioksidan yang wujud dapat menjadikan coklat sebagai salah satu minuman kesihatan. So, aku syak no wonder lah sekarang ni kawan-kawan aku dah jadi trend minum Hot Chocolate pagi-pagi. Okay, faham dah sekarang. Faham -_-

KELEBIHAN LAIN COKLAT :
1. Mampu mengurangkan kandungan kolesterol jahat (haha) dalam badan
2. Mengurangkan risiko terkena serangan jantung
3. Mengelakkan dari wujud risiko kenser dalam tubuh
4. Mengelakkan strok dan darah tinggi

Coklat juga mengandung beberapa vitamin yang berguna bagi tubuh seperti vitamin A, vitamin B1, vitamin C, vitamin D, dan vitamin E. Selain itu, coklat juga mengandung zat mahu pun nutrisi yang penting untuk tubuh seperti zat besi, kalium dan kalsium. Kakao/koko sendiri merupakan sumber magnesium semulajadi tertinggi. Jika seseorang kekurangan magnesium, masalah-masalah seperti hipertensi, penyakit jantung, diabetes, sakit persendian dan masalah bulanan wanita iaitu pra menstruasi (PMS) mudah berlaku.

Dengan memakan coklat ia mampu menambah kandungan magnesium dalam pengambilan nutrien harian yang menyebabkan meningkatnya kadar progesteron pada wanita. Perkara ini dapat mengurangkan kesan negatif daripada PMS.

MAKAN COKLAT DEMI KECANTIKAN
Manfaat lain dari coklat adalah untuk kecantikan, kerana antioksidan dan katekin yang ada di dalamnya dapat mencegah penuaan awal, maka tidak hairan sekarang wujudnya skrub badan berasaskan coklat bertujuan untuk menjaga kecantikan kulit.

JENIS COKLAT PALING SIHAT
Macamana kita nak bezakan coklat yang ada kat pasaran tu adalah coklat yang paling sihat? Kurang sihat? Atau sedang-sedang? Sebenarnya, banyak jenis coklat yang terdapat di pasaran. Ada yang harganya mahal, ada juga yang harganya murah.

Apakah perbezaannya?

1- Dark Chocolate/Plain Chocolate/Black Chocolate (Coklat Asli)
DARK CHOCOLATE memiliki kandungan biji coklat (kakao) yang paling tinggi iaitu sekurang-kurangnya 70% mengandungi kakao. Dark chocolate memiliki kandungan kakao atau biji cokelat terbanyak, tanpa banyak gula dan tanpa lemak tepu atau minyak sayur terhidrogenasi (HVO).


2- White Chocolate (Coklat Putih)
WHITE CHOCOLATE atau Coklat Putih mengandungi 20% kandungan cocoa butter atau lemak sayuran tanpa sebarang koko asli, sisanya adalah gula, susu dan vanila. Kandungan gula inilah yang dapat memberikan kesan negatif, seperti kerosakan gigi dan penyakit diabetes.

Untuk yang ni, cikgu pakar coklat aku cakap lebih banyak gula dalam ni . So, sebab tu dia putih and creamy. Kesahihan tu Wallahu'alam. Sebab aku pun bukan researcher coklat-coklat ni. Tahu pakai saja nak buat jualan. So far, tak ada pula customer aku buat report ke apa sebab makan WHITE CHOCOLATE aku tu. hihi


3- Milk Chocolate (Coklat Susu)
MILK CHOCOLATE atau Coklat Susu merupakan campuran kakao dengan susu dan ditambah gula. Kandungan koko ialah hanya 20%-25%. Coklat jenis ini juga sangat digemari kerana rasanya yang enak dan lazat.



Sekian sahaja sedikit perkongsian berkenaan tentang coklat untuk hari ini. Sekarang tengah menuntut ilmu lebih lagi mengenai coklat ni. Banyak juga resipi coklat yang aku belum try. Banyak sangat cikgu bagi. Nanti aku update okay. Excited nak share ni .. Nanti kita try buat coklat macam kat bawah ni yaaa. Menggoda iman betul lah. Haihh .



| Qawiy Ya Qalbi |

Pengenalan Ringkas Mengenai Coklat Pengenalan Ringkas Mengenai Coklat Reviewed by Unknown on November 20, 2015 Rating: 5

No comments:

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,

Mawar Assufi © 2009 - 2017. Powered by Blogger.