Cabaran Student Part Time - UiTM Student

Bismillahirrahmanirrahim.

Sambil menaip di keyboard laptop. Sambil mata menjeling homework kat tepi. Alaa, nanti lah. Nanti lah aku buat.


Sampailah besoknya ada kelas. Wakakaa. Malam sebelum kelas terkocoh-kocoh dikocok-kocok baru nak siapkan. Dan malam tu juga baru ingat besok ada tests and quizzes. Haruuuu !


Masa Diploma di UiTM Machang dulu. Aku dah set dalam palotok memang aku nak sambung Bachelor (Hons) in Accounting in FULL TIME. Ditegaskan FULL TIME. Dan ditakdirkan lepas aku habis Diploma. Dapat kerja di KL. Dan teruskann dengan part time study. Haaa, nampak tak dah termakan sumpah sendiri. hahaa .

Ramai sangat tanya kenapa aku buat part time sedangkan aku belum kahwin. Kalau belum ada komitmen nak study full time tu kenapa pun? Soowat? Siapa cakap orang dah kahwin saja boleh further Part Time Study? ^^,




CABARAN STUDENT PART TIME

1. Common problem student part time is kekangan masa. Yang dah kahwin, problem dengan family, husbang, wife, anak-anak, pak mertua, mak mertua and etc. Yang single kekangan masa juga. Kekangan masa nak dating dengan boifrend. haha


2. Penat dan Letih Extravaganza. Just imagine badan dan otak kita boleh digunakan, kalau biasanya 12 hours tapi, kita paksa otak dan badan kita beroperasi for 18 hours sebab nak study for exams, tests, presentations and blabla.


3. Terpaksa bedal saja tests, quizzes and presentation tu. Ini biasa sangat. Sebab bila badan dah letih, so otak tak dapat beroperasi dengan baik. Jawab tests pun seploh kali pasrah redha dah pastu mengeluh sebab tak dapat jawab. Lepas tu redha balik. Terima qada' dan qadar kononnya. kihkih. Lepas tu esok pergi kelas mengomel dekat kawan sebelah. Aku penat la blabla lah. Walhal dua-dua sama penat. So, tak ada solutions. hihi


4. Susah maintain Result. Sebab apa? Once tak ready for tests quizzes semua tu. Ingat boleh cover dalam final exam saja ke? Nak-nak pulak bila test dapat 25 marks je. Lepas tu dapat tahu dari Class Rap atau senang cerita tak ambil tahu awal-awal class dulu, yang Final Exam Marks is 40%. Berlagu tak berlagu menangis tu..


5. Asyik kena PUSH! Ini yang aku hadapi sem ni. Subjek LAW. CASES banyak. Topik banyak. Test tak lagi. Tinggal 3 seminars saja lagi ni. "Madam.. Apa nii." :'( Sempat ke nak cover ni . Sedih lagi. Selalunya ini terjadi pada Part Time Lecturer. So, out from UiTM Lecturer sendiri. Tak pasti la dia tak tengok syllabus or what. Yang pasti Assignments and Case Study yang kami buat tengah-tengah malam sampai pagi buta lepas tu esoknya pergi kerja dengan mata sembab. It repeats for a whole week sampai case study done semata-mata nak kejar due date dia bagi. At last, katanya. Kami tak faham soalan. Then no marks. Huhh?


Madam. Kasihani kami :'(


Well. Sesungguhnya kami redha dengan ketentuan ini. Sobss.. :'(




Selamat Maju Jaya Guys yang Ambil Part Time Study tu .. Tazzabar rasanya nak habiskan study 2 tahun setengah lagi . Harap semuanya berjalan dnegan lancar saja. Tak larat rasanya kalau ada paper kena repeat -_-

| Qawiy Ya Qalbi |


Cabaran Student Part Time - UiTM Student Cabaran Student Part Time - UiTM Student Reviewed by Unknown on November 19, 2015 Rating: 5

6 comments:

  1. teruskan perjuangan ..keep it up dont give up..
    semoga urusan selalu dipermudahkan..:)

    ReplyDelete
  2. @ros nordin

    Allahumma Ameen ... Kak Ros pun tau .. Semoga dipermudahkan juga segala urusan :)

    ReplyDelete
  3. sabar ya? saya faham rasa jd part time students..huhu

    ReplyDelete
  4. respectla student part time!
    memang cita-cita WAJib kuat!
    selamat maju jaya!

    ReplyDelete
  5. @Nabila Syifa

    Sis nabila pun pernah jadi part time student ya? Sepp! hehe

    ReplyDelete
  6. @sofie adie

    Itu WAJIBULGHUNNAH sis.. kihkihh.
    Sis kena try. hikhikk

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,

Mawar Assufi © 2009 - 2017. Powered by Blogger.