Stop wishing, Start doing - The Business Life

Bismillahirrahmannirrahim .

Sekarang jam 1 pagi, 10 October 2015 ..

Masih lagi di hadapan laptop bertemankan phone yang dari tadi tak berhenti chat dalam group. Haha. Sabar je nehh ^^,


Walhal assignment buat muka belas kesian dah. Pun tuan dia tak heran . Ahahh ! Yang penting blog aku ada update. Haaa, giteww :D




Sambil menaip pagi ni, sambil layan lagu TAUSIYAH CINTA . Hati tersentuh okay. Jom baca sambil dengar lagu tu tau. Betul lah kata Cekgu Daus, aku orang perasaan. Orang nombor 6 ni cepat tersentuh. Jiwang. Over caring (pfftt -_- ) . Paling penting aku suka menaip sambil layan lagu. Feeling bak angg. Sampai taip je boleh ketawa, boleh nangis, boleh marah, boleh geram, boleh mencarut (ini tak -_-) *berpuaka blogger ni kan. huhu


Aku dapat rasa tak ada yang rajin sangat nak drop kat blog aku. So, aku prefer story something yang akan buat aku motivated untuk teruskan sesuatu yang aku dah mulakan ni. Mana tahu satu hari nanti bila dah berjaya, aku boleh baca balik entri ni. Sure tersentuh hati balik. So, nak taip molek-molek.


Permulaan business ni tak ada apa sangat. So far, masuk RM700 jugak modal. Return tak berapa sangat. Tapi, tak apa lah. Selalu ingatkan hati yang sekarang bukan rezeki aku. Rezeki aku belum sampai lagi. Mungkin transit dekat Perak dulu ke kan . Hihi





Kalau nak cakap aku tak sedih?



Siapa kata aku tak sedih?



Dah lah guna duit sendiri. Duit gaji kerja sebagai account assistant saja. Walaupun bunyinya hampir RM2k, tapi masih tak mampu menanggung diri aku sorang ni. Semua orang nampak aku kerja. Berduit. Mampu. Parents dua-dua ada business juga. Tapi, Allah saja yang tahu. Duit yang ada untuk support bayar hutang. Bayar insurans diri sendiri. Bayar PTPTN. Bayar motor. Bayar duit belanja mak walaupun kadang-kadang termissed. Biasa lah tu. Aku? Sebagai anak, mestilah terasa. Bila tak dapat bagi sesuatu kat mak bapak. Walaupun hanya wang ringgit. Tapi, itulah nilainya. Nilai prihatin dan tanggungjawab seorang anak. Even paling sikit aku pernah bagi RM20. Mak still terima. Tapi, part paling sedih bila aku tak ada duit, mak bagi balik duit RM20 tu. Dah lah bagi balik duit kita tu, lepas tu tambah lagi duit dia. Ini lagi sadis ..


Allah. Sedih tau. Sebak tu tak mampu cakap. Memang aku rasa macam 'Macam ni ke balasan seorang anak?' okay, air mata aku dah bertup tup jatuh dah ni :'(



Entah bila agaknya aku mampu berdiri sendiri. Dapat bayar balik jasa diorang walaupun hakikatnya jasa diorang memang takkan terbalas walau sampai hujung nyawa kita mahupun mereka.



Cuma nak saling mengingatkan saja lah. Sehebat mana kerjaya seseorang anak tu di dunia, akhirat nanti dia akan bawak kerjaya sebagai anak kepada orang tua masing-masing juga. Jangan bongkak jangan sombong. Kita titipkan lah sebaik-baik doa untuk parents kita ya .. Nampak doa tu macam remeh kan. Tapi, orang yang betul-betul merasakan doa adalah medium kita berbicara dengan Allah. Allahu :'( Tak mampu aku nak cakap. perasaan dekat dengan Allah sangat terasa. Dan rasa macam Allah dekat sangat .. Rasa macam Dia boleh dengar dan boleh tepuk bahu kita legakan hati kita masa gundah gulana, sayu je hati.




Betullah aku pernah dengar ustazah aku pesan. Kalau sedih, kecewa, sayu, janganlah kita luahkan pada manusia. Carilah Allah. Hanya Allah. Hanya Allah ... Percayalah. Bila kita letakkan sepenuh hati dan jiwa kita pada Dia, terasa seolah-olah setiap masa Dia sentiasa ada kat sebelah kita. Bantu kita :')


Dan satu yang aku nak minta. Kuatkan aku. Fizikal mental, hati aku. Aku pasrah diberi ujian seandainya itu adalah cara aku dekat denganMu.


Semoga aku terus positif, tak mudah kalah, bila jatuh aku akan usaha bangun dan terus istiqamah untuk berhijrah. Lillahi Ta'ala. Allahumma Ameen..





So, kena sentiasa upgrade diri dengan ilmu Allah yang banyak sangat kat dunia ni. Dan terus bangun kalau jatuh. Banyak kali jatuh pun tak apa, menangis sampai kering air mata pun tak apa, duit sampai habis kering dalam tangan pun tak apa. Percayalah, kita usaha, jaga solat, ingat Allah. In shaa Allah, everything will be fine, Heart.



Remember this ! Kalau you tak mulakan dari sekarang. Bila lagi nak mula? Ambil semangat. Start from bottom. You akan rasa macam mana jadi marhaen yang esoknya adalah Jutawan Kerepek Pisang.. ^^,

| Qowiy Ya Qalbi | Allah Yuftah A'laykum |

Stop wishing, Start doing - The Business Life Stop wishing, Start doing - The Business Life Reviewed by Unknown on October 10, 2015 Rating: 5

1 comment:

  1. yess. akak ckap btul. seolah olah Allah ada di sisi. mndgar kluhan kita... kita hamburkan smuanayaa.. mcm bban di dada, brkurang...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,

Mawar Assufi © 2009 - 2017. Powered by Blogger.