Personaliti Melalui Metafizik Tarikh Kelahiran - Vol 1 - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Oct 2, 2015

Personaliti Melalui Metafizik Tarikh Kelahiran - Vol 1

Bismillahirrahmannirrahim .

"Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasi mati."
| Ali-Imran : 185 |

Letakkan diri kita di antara mereka yang esoknya adalah mati baginya. Biarkanlah diri kelihatan HIPOKRIT jika itu adalah kerana AKHIRAT.

Yes, Quote of the day for today
Dalam Facebook sini :D
. Salam Jumaat semua. Salam Saiyyidul Ayyam.


Harini terdetik dalam hati tentang ilmu yang aku dapat semalam. Dengan sis bersemi, Ada Adwa. And ramai lagi.


Thanks to admin. Sudi berkongsi. At first aku tertanya-tanya berbaloi tak course berbayar ni. Zaman moden sekarang. So, alam maya saja. And now, aku rasa berbaloi. In shaa Allah.. Nak tahu apa yang dikongsikan semalam?


HERE WE GO !





ABOUT METAFIZIK .
Related to numbering .

And yesterday kita nak discuss about no plat kenderaan and birthday date.
Nampaknya hanya birthday date saja yang sempat.

Sebelum tu, minta maaf dulu okay. Sebab kemungkinan besar entry ni akan overloaded >_<



Apa yang cikgu kami kongsikan adalah ... Tapi, sebelum tu, jom kira dulu awak-awak semua nombor berapa. Jom tengok sample :



1. Check birthday date kita.
2. Tambah setiap satu angka nombor tu. Macam contoh kat atas adalah 16/09/1990 kan? So, it'll be
      1 + 6 + 0 + 9 + 1 + 9 + 9 + 0 = GOT 8, right?
3. Makesure nombor asas anda adalah dari nombor 1 sehingga 9 sahaja. Diingatkan lagi sekali, 1 - 9 SAHAJA ^^,
4. And then, boleh check di bawah ni information pasai yuolls punya nombor asas berdasarkan birthday date.


Cikgu pesan kalau nak sebut, boleh sebut personaliti berdasarkan metafizik birthday date. Jangan berdasarkan tarikh lahir. Khurafat orang kata. Hahaa. Memang ada beza lah kan cerita diaa >_<



Kalau macam aku, lepas calculate dapat number 6 .. Sis Dolphin said personaliti aku money magnet. Nak tergelak, tapi in fact agak betul jugak tapi still nak nafikan. Lailailaiii

Aku 6 ! Boleh kata memang 99% tepat. Haha !


******************************************************************

PERSONALITI NO 1
My Cekgu said :

Belajar melalui perbuatan, pengalaman, skill.. Kalau masa kecik dulu, dia lebih kepada buat soalan baru dia akan faham. Kalau dalam business, dia kena ada dalam bidang tu. Kena buat dalam bidang tu. Kena rasa. Kita panggil dia orang LOGAM.. Nampak dia macam keras, ganas tapi orang selalu cakap dalam hati ada taman giteuu . Dan secara spesifiknya, dia merupakan seorang yang sangat tegas dan disiplin. Seorang ketua yang luar biasa, tegas dan jaga disiplin. Orang nombor satu ni lebih straight, direct ke hati. So, kat situ orang mungkin akan terasa sikit. And last, personaliti orang ni lebih ego ^^,

PRO: Mempunyai sifat seorang pemimpin, ada daya tarikan yang tinggi daripada jantina yang berlainan, mempunyai kebijaksanaan yang tinggi, berupaya mengkaji dan menganalisis sesuatu perkara dengan mendalam dan spesifik, seorang yang sukakan ilmu pengetahuan dan memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi, seorang yang sangat teliti dalam kebanyakan perkara, memiliki daya kreativiti yang sangat tinggi dan kepekaan yang tinggi.

CADANGAN: Kepekaan dan kreativiti yang dimiliki hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya kerana individu yang memiliki nombor kod asas 1 berpeluang besar memperolehi keuntungan menerusi kreativiti dan kepekaan.

KONTRA: Pentingkan diri sendiri, tidak suka dikritik, susah untuk menerima pandangan atau komen daripada orang lain.

Cadangan: Individu dengan nombor kod asas 1 sesuai bekerja sendiri berbanding bekerja di bawah majikan. Selebriti dan tokoh yang memiliki nombor kod asas 1 termasuklah Arsene Wenger, Tom Hanks dan Hulk Hogan.

Huraian kod asas 1 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
Anda adalah seorang “leader”. Mempunyai kekuatan diri dan sentiasa berfikiran positif. Teliti dalam melakukan sesuatu perkara.Mempunyai kebolehan dan kebijaksanaan untuk melakukan sesuatu perkara.
Sentiasa berada di hadapan dan selalu menjadi pemimpin dalam sesuatu kumpulan, persatuan dan sebagainya. Boleh berdikari, tegas dan mempunyai cita-cita yang tinggi. Keyakinan diri yang tinggi dan suka bebas.
Ceburilah bidang yang anda minati dan akan membuahkan hasil yang baik kerana kejayaan adalah milik anda. Anda bersungguh-sungguh melakukan sesuatu yang anda minati.
Yang tak bestnya adalah anda tidak mudah jadi pengikut, sebab anda mempunyai sifat ketua dan kepimpinan. Anda dilihat sebagai diktator dan kurang berdiplomasi.
Anda mahukan pengikut/orang sekeliling anda setia dengan anda. Mementingkan diri sendiri dan tidak mudah menerima kritikan.


*******************************************************************

PERSONALITI NO 2
My Cekgu said :


Dia adalah orang visual. Suka and tertarik dengan benda-benda cantik. Dia juga dipanggil orang mata. Bila mata bertemu mata,, jatuh ke hati. Suka juga tengok gambaran, susah nak ingat jalan, suka tengok wayang, tengok TV. Kekuatan spesifik orang nombor 2 ni adalah dari segi marketing power. Kekuatan dari segi suara. Bercakap.

PRO : Seorang yang berkemahiran tinggi dan memiliki personaliti yang menarik. Mudah kelihatan tenang dan selamba dalam kebanyakan keadaan. Peramah. Sangat suka menjaga kebersihan. Rajin. Berfikiran Matang. Baik hati, lembut hati dan suka menjaga kebajikan dan keperluan orang lain. Mudah bergaul dengan golongan yang lebih tua daripadanya. Apabila diberi tugasan, individu dengan nombor kod asas 2 akan berusaha untuk menyempurnakan tugas tersebut dengan sebaik mungkin. Suka memberi sumbangan, berjasa dan berbakti kepada masyarakat. Boleh dianggap sebagai seorang sahabat atau saudara.

KONTRA : Adakalanya kurang berkeyakinan untuk memulakan sesuatu perkara (kurang yakin dengan kebolehan diri, sekiranya kurang maklumat tentang sesuatu perkara yang hendak dilakukan) walaupun pada hakikatnya orang lain melihat dia sebagai seorang yang sememangnya mampu untuk melakukannya. Mendengar nasihat tetapi tidak semestinya mengikut nasihat tersebut (kelihatan seperti seorang yang lurus tetapi sebenarnya degil). Lebih mengutamakan kepentingan orang lain berbanding kepentingan diri sendiri dalam kebanyakan situasi. Suka berkorban untuk orang lain sehingga boleh memudaratkan atau menyusahkan diri sendiri.

Contoh selebriti yang memiliki nombor kod asas 2 ialah Adi Putra (kanak-kanak pintar Malaysia).

Huraian kod asas 2 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
Dua adalah simbol untuk 2 perkara, 2 situasi, 2 benda dan 2 pilihan dimana anda perlu membuat keputusan salah satu daripadanya. Anda mempunyai kebijaksanaan dengan idea yang bernas, tetapi tidak mempercayai kebolehan diri sendiri. Anda adalah ’follower’, pembantu yang bagus, kawan yang ideal, pengikut yang baik dan pekerja yang bagus. Seorang yang penyayang, pemaaf dan lembut hati membuatkan anda adalah teman yang sempurna.

Dua perkara yang membuatkan anda mudah mencapai apa yang anda inginkan adalah dengan cara diplomasi dan kebijaksanaan. Kunci kejayaan anda adalah bekerjasama dengan orang lain yang memberikan anda halatuju dan arahan. Yang tak bestnya adalah anda tidak mempercayai kebolehan sendiri. Sukar untuk membuat keputusan yang muktamad dan mudah ”confuse” untuk membuat keputusan. Disebabkan anda lembut hati, anda tidak tahu mengatakan “tidak” kepada orang lain. Anda juga mudah dipengaruhi oleh orang lain.


*******************************************************************

PERSONALITI NO 3
My Cekgu said :

Dia adalah orang audio. Dengar dari pendengaran. Suka mendengar. Suka orang bercerita. Dengar lagu. Kalau nak tarik hati pelanggan orang nombor 3 ni lebih kepada kita bagi testimoni. Dan orang ke 3 ni lebih kepada yang simple-simple. Dia nak buat cara shortcut je. Orang nombor 3 ni jugak orang yang cepat popular. Dia ni jenis cepat panas cepat sejuk,. Kalau dia tengah panas tu, diamlah. Tapi, bila malam tu dia boleh duduk sama-sama sekali. DIa takde masalah benda tu. Dia ni juga pakar copy paste orang. Dia tengok sesuatu, dia boleh adapt dan buat benda tu. Dan banyak yang saya tengok, banyak speaker adalah orang no 3 ni. Dia pakar copy paste dan pakar closing. Dia jenis aggresif, yes or no nak cepat haritu jugak. Dan juga orang no 3 ni cepat popular.

PRO : Dikatakan sebagai seorang individu yang serba boleh. Seorang yang idealistik, aktif dan berpandangan jauh. Tahu dan faham keperluan diri. Mampu membezakan antara perkara buruk dengan perkara baik. Berkebolehan dalam bidang yang diceburi. Berpotensi untuk hidup mewah sekiranya berusaha bersungguh-sungguh. Mudah menyatakan pandangan terhadap sesuatu perkara (suka memberi komen).

KONTRA :Bersikap terlalu agresif, bukan seorang yang penyabar dan boleh jadi seorang yang mudah melenting atau panas baran. Suka mengambil mudah sesuatu perkara dan tidak tegas. Boleh jadi seorang yang nakal dan bermulut laser. Perlu berhati-hati dengan perkataan yang digunakan semasa bercakap kerana individu dengan nombor kod asas 3 boleh menyakiti hati orang lain dan seterusnya merenggangkan perhubungan dengan orang lain.

Selebriti yang mempunyai nombor 3 termasuklah Wayne Rooney, Christiano Ronaldo dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Huraian kod asas 3 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
Anda dikaitkan dengan karektor “serba boleh (all-rounder)”. Nombor tiga adalah nombor segitiga, iaitu simbol kepada manusia yang mempunyai anggota badan, jiwa dan roh. jadi, anda lebih kepada kerohanian, kekuatan pegangan adat kekeluargaan, peraturan turun temurun atau agamanya. Anda dilihat sebagai agresif, kreatif, mudah bersosial, mudah mesra, pandai berjenaka, ceria selalu dan mudah bergaul. Juga, kebolehan berfikir dengan baik.


Mempunyai kelebihan lisan/bercakap, yang boleh digunakan dalam bidang penulisan, percakapan dan lakonan. Mudah mengekspresi pandangan dan perasaan anda terhadap sesuatu. Yang tak bestnya, anda jarang dapat menghabiskan atau menyudahkan sesuatu perkara/projek. Juga anda suka cakap lepas tanpa berfikir dan boleh menyebabkan orang lain terganggu.



*******************************************************************

PERSONALITI NO 4
My Cekgu said :


Orang digital. Sangat detail dalam sesuatu perkara. Orang kalau jual barang dengan dia, dia nak pegang barang tu, akan start tanya, tanya dan tanya. Tetapi secara spesifiknya, kita panggil orang ni adalah pemikir yang hebat. Dia, kalau bercakap banyak idea. Kadang-kadang cepat merajuk. Dia adalah seorang yang pengajar yang baik. Tetapi, kelemahan dia. Dia nak bila dia mengajar tu, dia nak orang faham macam mana dia faham lah. Kalau silap cakap dengan dia, dia akan mula tak percaya dnegan kita. Tapi, bila dia dah betul-betul percaya dengan kita, dia pulak yang akan bantu kita promote dekat kawan-kawan dia.

PRO : Suka mempelajari sesuatu perkara, bekerja dengan tekun, tabah dan memiliki strategi dalam melakukan satu-satu perkara. Memiliki jiwa seni dan biasanya boleh berjaya dalam peperiksaan. Seseorang yang boleh dipercayai dan boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat. Mudah bersimpati dengan orang lain dan memiliki karisma. Peramah. Suka mengembara dan mencari kebahagiaan dalam hidup. Apabila gagal, akan mudah bangkit semula.

KONTRA : Suka memendamkan perasaan. Tidak mudah meluahkan rasa tidak puas hati dalam sesuatu perkara. Terlalu mengutamakan perkara-perkara remeh dan berfikiran sempit, tidak berpandangan luas. Mudah mengalami masalah dalam perhubungan dan rumah tangga.

Selebriti yang memiliki nombor kod asas 4 termasuklah Bill Gates, Alex Ferguson dan Margaret Thatcher.

Huraian kod asas 4 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
Analisa Umum: Individu bernombor 4 adalah seorang yang mahu membina sesuatu berdasarkan logik dan asas yang kukuh. Nombor ini juga menggambarkan “Perancangan”. Tidak suka membuat sesuatu dengan sambil lewa. Mengambil berat kepada butiran terperinci. Anda juga tekun bekerja, mampu bersabar, bekerja keras dalam sesuatu tugasan, sangat peka dan tradisional.

Suka kepada perkara yang mempunyai sistem, logik dan praktikal. Anda juga boleh fokus dalam sesuatu walaupun orang lain sudah hilang tumpuan. Anda adalah seorang yang loyal (setia) dan konservatif. Yang tak bestnya, anda suka simpan sendiri, berfikiran sempit, cemburu, amat degil dan suka menggunakan cara sendiri tanpa menghiraukan pandangan orang lain. Terlalu menitik beratkan perkara-perkara remeh sehingga tidak melihat secara keseluruhan sesuatu perkara. Individu bernombor empat ini perlu mengambil kira pandangan orang lain dan berterus terang dalam sesuatu perkara itu.


*******************************************************************

PERSONALITI NO 5
My Cekgu said :


Orang nombor 5 ni special sikit. Di mana kalau cikgu pergi sekolah, dalam 500 orang, adalah 3,4 orang je kat situ.. Tapi, orang nombor 5 ni talented betul, sangat power. Dia boleh jadis esiapa sahaja. Boleh jadi orang visual, orang audio. Tengok kepada karakter dia kat dalam tu macamana. Tetapi, orang no 5 ni macam ni. Belajr ni faham, belajar tu faham, semua dia faham. Sampai bila dia belajar semua tu dia faham, sampai satu masa dia tak fokus. Itu lah masalahnya. Kelebihan orang no 5 ni, bila dia mintak kerja, ambiklah dia bekerja. Sebab apa? Sebab kalau kerja 10 orang, dia boleh buat sorang, tapi yang tak bestnya bila dia balik. Dia stress.. HAHA. Tapi takpelah. Dia bagus dari segi admin, financial. Tetapi, orang no 5 ni sangat degil, bila nak sesuatu tu dia nak jugak. Tapi orang jenis ni fleksible :)

PRO : Memliki sikap kepimpinan yang kuat. Suka mengambil risiko. Suka mencuba perkara-perkara baru. Boleh memimpin dan ada karisma. Selalunya akan memegang jawatan tinggi. Sangat rajin dan selalu fokus terhadap kejayaan masa depan jika beliau berkeinginan untuk mencapai kejayaan tersebut. Berfikiran realistik, tegas, berkesedaran tinggi dan tidak suka berangan-angan. Tidak mudah melakukan satu-satu perkara yang sama, perlukan kepelbagaian dan mudah asyik dengan satu-satu perkara yang dilakukan.

KONTRA : Keras kepala, tidak boleh dihalang sekiranya ingin melakukan sesuatu perkara. Mudah cerewet biarpun dengan hal-hal kecil. Tidak mudah bertenang dan sentiasa sibuk bekerja. Kurang teliti dalam menyempurnakan satu-satu kerja.

Contoh selebriti yang memiliki nombor kod asas 5 termasuklah Britney Spears, Ronaldo, Abraham Lincoln dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Huraian kod asas 5 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
Individu ini mempunyai tenaga dan semangat yang amat kuat. Sentiasa mahukan perubahan yang berterusan. Suka mencuba perkara baru dan melakukan perubahan mengikut cara yang luar dari kebiasaan. Amat bangga dengan kebebasan dan sentiasa teruja dalam melakukan sesuatu perkara. Sangat rajin dan akan mencapai kejayaan di kemudian hari. Sentiasa sibuk mencari sesuatu kerana merasakan dunia ini adalah sekolah. Individu ini juga memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap pengalaman yang diterima.

Berkarisma, boleh memimpin dan selalu menjadi “centre of attraction”. Tak suka berangan-angan. Tetapi, anda juga adalah yang suka “boasting” atau “jual minyak”. Anda juga seorang yang degil, keras kepala, emosional dan pemarah. Anda juga mempunyai perasaan tidak tenteram, tidak puas hati serta perasaan terlampau inginkan perubahan yang berterusan dan tidak tetap dalam melakukan sesuatu. Individu nombor “5″ ini sepatutnya lebih relaks, tidak cerewet dalam isu-isu kecil, melihat sesuatu dengan teliti serta menimbangtara semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sebarang keputusan. Dengan cara ini, individu ini akan menjadi seorang yang dihormati oleh semua orang.


*******************************************************************


Kenapa sampai 5 saja? Chill laaa . ^^,

Meh tengok sini .. Meh..
JOM LIKE SINI ^^,
JOM FOLLOW SINI :D


Aduhh, kan dah makan masa aku nak study ni >_<
Okay, last last ! Volume 2 sikit je lagi .. Then, kita bukak buku LAW okay  x_x

| Qawiy Ya Qalbi | Allah Yuftah A'laykum |

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,