Membentuk Diri Dengan Prinsip Menyimpan Wang

Bismillahirrahmanirrahim.

Seronok kan bunyi nya kalau kita dah bebas hutang. No more hutang study, hutang kereta, hutang motor, hutang rumah. Dah lah hutang dah habis bayar, dapat pula nak bagi hadiah duit ke mak bapak kita. Adik-beradik kita tanpa banyak ngongehh. Diorang minta, kita dengan tutup mata, bagi aje.

Heaven sungguh kiranya tu. Heehe

Aku ada terbaca buku nukilan Mohd Zulkifli . Dia banyak sharing tentang macamana nak menyimpan wang secara efektif dan efisyen. boleh kita mulakan?

Makesure ada buku nota dan pen okay. Bila baca dan take note. Baru lah efektif ^^,




7 PRINSIP MENYIMPAN WANG
- Mohd Zulkifli Shafie -


1. 10%
Aku yakin kebanyakan kawan yang singgah di blog aku yang serba daif ni adalah status pekerja kan. Kalau silap pun, student kan? Housewife? Mungkin ada. Tapi, peratusan sedikit.

Kenapa kena kaitkan pekerja, student, housewife dalam masalah ni? Sebab purata kajian mengatakan setiap satu daripada kita pasti akan mengalami masalah untuk disiplinkan diri untuk menyimpan. (Entah kajian mana aku rembat tah.) Dannn.. Kita adalah antara golongan yang asal dapat, habis. Asal dapat, habis. So, bila nak kaya?

Sifu Zulkifli cuma sharing suruh simpan 10% dari pendapatan bulanan aje. Titik.

Ini yang aku buat since belajar dulu. And aku berminat sangat nak share.

--> Untuk yang bekerja, simpan 10% from monthly income.

--> Bagi student pulak, income from loan kan? Fine, LOAN is DEBT. Tapi, dalam konteks sekarang ni kita fokus duit kita datang dari mana tiap bulan. Loan kan? So, anggap LOAN is income kita. Haha . So, student kena buat apportionment total loan tu. Berapa banyak 'income' yang you dapat in a month, then asingkan 10% daripada 'monthly income' tu.

Kenapa kena buat macam tu? Supaya dapat dimanfaatkan untuk gandakan KEKAYAAN melalui bisnes atau pelaburan.

Tapi, tak bagi aku. Kenapa buat macam tu? Sebab sebagai precaution dehydration masa hujung sem. So, be prepared guys. Student Life is The Best Life Experience Ever..



2. JANGAN AMBIL
Next, Jangan ambil! Bila dah asingkan tu Sifu Mohd Zulkifli pesan supaya simpan di tempat yang 'susah' dikeluarkan. Contohnya Tabung Haji (no ATM Card) dan simpanan emas. Emas? (Esok-esok aku cerita)

Pastikan tak disimpan di tempat yang mudah diambil. Sebab kalau tempat tu mudah untuk dikeluarkan, jawab dia.. Sadakallahul A'zim.

Lagi baik buku simpanan tu waris yang pegang. Bila benar-benar terdesak baru minta balik buku tu. Bukan terdesak nak bayar kereta tau ^_^


3. SIMPAN SEKARANG
Kalau tak mampu dengan 10%, jangan risau. Mulakan dengan apa yang anda ada sekarang. SEKARANG! Biar sikit-sikit. Lama-lama jadi bukit, bukan?

Bukan berapa banyak kita nak tengok sebulan dapat berapa, yang penting nak PUPUK TABIAT MENYIMPAN dalam diri kita.

Rasa-rasa kalau gaji RM3,000. Nak simpan RM2,500 sebulan supaya capai target RM30,000 setahun untuk bayar duit muka rumah tapi hutang yang lain bertimbun lebih bagus atau gaji RM3,000, simpan RM500 sebulan tapi dapat bayar hutang yang lain juga supaya hutang yang lain sama-sama langsai. Anda rasa yang mana berbaloi?



4. JANGAN BERTANGGUH
Tak nak cakap yang ni banyak-banyak. Sebab Sifu Mohd Zulkifli kata kalau nak simpan jangan bertangguh. Dapat gaji, asingkan. Dapat income from bisnes cepat asingkan. Jangan tangguh-tangguh. Paling selamat, buat potongan gaji sebelum gaji tu sampai kat tangan kita. Betui dak?

So, untuk tips yang ni. Aku pun apply juga. Sebab bagi orang yang boros macam aku dan aku pun sedar kelemahan diri tu. Masa masih bekerja dulu, tepat 28 hb lepas dapat gaji terus bayar hutang tu hutang ni. Travel lah jauh sikit sampai KL Sentral nak bayar hutang PTPTN, bayar hutang motor, bayar Insurans, bayar petrol (sebab menumpang kawan pergi kerja. Hihi.) Terus bayar Unifi, hadiah ke parents. Belanja barang dapur, hulur ler sikitsikit. Ada duit, hulur. Tak ada, diam sudah (kikiih).



5. DANA KECEMASAN
Letak matlamat simpanan 3 bulan sebagai dana kecemasan. Sebaik-baiknya 6 bulan.. Dana kecemasan berfungsi sebagai 'tabungan' kalau hilang pekerjaan atau hal-hal kecemasan.

Sifu Mohd Zulkifli pesan lagi, kalau nak bebas masalah kewangan, pastikan sasarkan simpanan seKURANG-KURANGnya RM1.2 juta. Nilai tersebut katanya mampu menjana pendapatan tahunan yang cukup untuk tidak perlu bekerja sepanjang hayat, in shaa Allah.
(Aku ragu-ragu ni, beliau bergurau atau serius -_-')

Yang ni aku tak buat. Sebab berhenti dengann keadaan tak berapa nak stabil. Tapi, aku pasrah. Sifu energy aku cakap 'Once keputusan tu you dah pilih. Jangan salahkan takdir. Just go with the flow. Allah sentiasa ada..' So, now. Secara rasminya aku unemployed ya..

Mohon jasa baik anda semua untuk Like :) 

1. Mencari Tudung Labuh Wanita yang Trendy ?

2. Pakaian muslimah, kanak-kanak, lelaki dewasa yang mengikut Syariah ?

3. Produk Kesihatan dan Kecantikan ?

4. Makanan KEGEMARAN anda di sini ^_^


FAST ACT FAST RESULT ! Saya menanti anda ^_^


6. TERUS MELABUR
Bila dapat untung daripada simpanan. Dividend. Kata Sifu Mohd Zulkifli, sila sila lah laburkan semula untuk mendapatkan hasilnya. Kalau dapat dividen tu, labur lagi supaya wang akan berganda. Kalau dibelanjakan tiap kali dapat dividen, nilai pokok sebenarnya susut setiap tahun dimakan inflasi. Katanya, ilai RM100,000 hari ini tidak sama kuasa belinya pada 10 tahun akan datang.

Yang ni tak pasti nak try ke dak? Huhu

7. AMBIL TAKAFUL
Haaa.... Yang ni dah cuba. Dan tengah merangkak balik nak membayarnya di zaman kegawatan ni.

Dipesan oleh Sifu Mohd Zulkifli bahawa, jangan jadikan takaful atau insurans sebagai tempat untuk menyimpan wang, tetapi ambil yang betul-betul untuk melindungi pampasan atau musibah seperti kematian, hilang upaya, kos rawatan hospital dan penyakit kronik.

Kata beliau. Simpanan dan takaful adalah dua instrumen yang berbeza. Kita perlu adakan simpanan atas banyak tujuan yang tidak dapat dilindungi oleh takaful. Contohnya, simpanan dana kecemasan (kereta rosak, hilang harta, kerja dan sebagainya), simpanan untuk bisnes, pelaburan dan sebagainya.





Mudah-mudahan perkongsian ini dapat membantu ramai pihak. Renung-renungkan dan selamat beramal.. Hihii


| Qawiy Ya Qalbi |

Membentuk Diri Dengan Prinsip Menyimpan Wang Membentuk Diri Dengan Prinsip Menyimpan Wang Reviewed by Unknown on October 29, 2015 Rating: 5

4 comments:

  1. tips yg bagus utk take note...tq...

    ReplyDelete
  2. Salam Jumaat..yang penting..niat dan kesungguhan..in sha Allah.

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,

Mawar Assufi © 2009 - 2017. Powered by Blogger.