Hidup adalah TAKDIR, bukan PILIHAN - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Sep 13, 2015

Hidup adalah TAKDIR, bukan PILIHAN

Bismillahirrahmanirrahim .

Kenapa hati manusia selalu berbolak balik? Selalu meragukan apa yang dah dipilih.

Menjadi manusia itu tak sempurna. Aku pun. Lagilah manusia yang tak sempurna. Khilaf di mana mana. Kadang hati rasa kesal dengan rasa ni. Tapi, cepat-cepat aku bawa diri aku ke alam nyata.


Ingatkan diri. Allah tu Adil. Dia tak pernah pilih kasih. Takdir aku bukan untuk pilihan ini. Pilihan ini untuk orang lain. Paksa hati untuk redha.



Pedih rasanya memiliki hati yang keras. Ini bukan pilihan. Ini adalah takdir. Dan takdir inilah yang Allah tentukan untuk aku bukan orang lain. Cuma kadang-kadang memiliki hati yang keras cukup membuatkan aku tak kuat. Kadang-kadang merasa lelah. Tapi cepat-cepat istighfar. Ingatkan diri yang Allah itu Maha Adil . Again . And again . Non-stop .



Prinsip hidup yang akhirnya memakan diri. Tapi, aku tak mahu jadikan itu alasan untuk gagal dan jatuh. Apalagi kalah.


Aku yakin rezeki Allah ada di mana-mana. Usaha yang perlu.
Aku yakin jodoh Allah tetapkan untuk aku dah tercatat dekat sana, jujur aku tak berminat nak mencari. Biarkan keadaan seperti biasa, menjalani hidup seperti gadis biasa. Rutin yang biasa. Hidup biasa. Tanpa perlu aku spend time untuk fikir soal hati dan jodoh. Cukup memenatkan.



Biar sejarah dulu mematangkan hidup aku. Aku pasrah andainya tiada jodohku di sini. Aku yakin janji Allah :')



Kerana siapa aku pada orang tuaku lebih penting. Lebih mengatasi segalanya.. #sissedih


Assalamualaikum. Wallahua'alam.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,