Qawiy Ya Qalbi. Allah is here (Qalbi) :') - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Jun 30, 2015

Qawiy Ya Qalbi. Allah is here (Qalbi) :')

Hati ini.




Cukup mudah untuk rapuh. Mudah rapuh dengan setiap ujian Kau, Allah.

Sekadar diuji pressure, tension, stress di tempat kerja. Itu sudah tak kuat.
Sekadar diuji dengan kesakitan, itu sudah tak kuat.
Sekadar diuji dengan keadaan sekeliling. Itu juga sudah tak kuat.
Sekadar diuji dengan cabaran menuntut ilmu Allah. Itu sudah tak kuat.
Sekadar diuji dengan kesempitan waktu untuk dunia. Dan untuk akhirat. Itu sudah tak mampu kuat.
Sekadar diuji dengan segala urusan duniawi. Aku sungguh tak kuat.

(Tengok cermin. Reflection diri sendiri) Apa yang aku cari? Aku ini siapa? Aku ini bagaimana? Aku ini apa? Aku ni pinjam saja hak Allah. Segalanya hak Allah. Tapi kenapa berlagak macam aku ni pemilik segala hak itu? Allahu :'(


Ujian ini cukup melekakan kehidupan aku sampai aku sendiri lupa siapa aku atas muka bumi ni. Sampai masa aku rasa aku nak lupakan segalanya yang berlaku dan aku nak mulakan kehidupan baru aku. Tapi, itu hanya fantasi...


Sesungguhya setiap masalah tu Allah timpakan takkan melampaui kemampuan hambaNya. Maka, belajar lah terima setiap dugaan itu dengan sabar. Walau terkadang ia sangat perit :')


Segalanya cukup menguji kekuatan. Hati aku yang rapuh..
Cukup lah sekadar aku menyedapkan hati bahwa hidup ini tak lama. Ia hanya pinjaman. Bila sampai saatnya, tak mampu aku halang pun. Allah pasti ambil juga.

Selalu ingatkan diri. Dialah yang berhak memberi kita sesuatu itu, maka Dia jugalah berhak ke atasnya kembali. Walaupun hati ni tak kuat :'(

Mungkin betul. Ada kifarahnya atas semua ni. Selama ni Dia selalu bagi je apa yang aku ada. Dia tak lokek. Dia selalu curahkan ilmu pada aku. Dia sentiasa bagi aku nikmat tu nikmat ni. Kelebihan tu kelebihan ni.. Aku rasa bila sampai saatnya, aku perlu juga rasa bagaimana duduk di bawah. Bagaimana rasanya jatuh. Bagaimana rasanya kalah. Walaupun hakikatnya hati tak rela. Tak mampu redha. Maka, mahu atau tidak dengan berat hatilah menerima dalam keterpaksaan..


Kerana apa?




Kerana yang hak itu sepatutnya kita kembalikan pada yang berhak. Bukan menjadikan hak Nya sebagai hak kita. Kita ini hanya peminjam. Segalanya hanya meminjam.. Kita tak memiliki apa-apa, Dan kita jugalah sebenarnya yang dimiliki. Oleh Dia..


Assalamualaikum. Wallahua'lam.
Nukilan Sufi @ 300615 - 00.01 pm

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,