Follow Us @soratemplates

Apr 12, 2015

Serba sedikit mengenai Kalimat Toyyibah :)

Assalamualaikum.

Harini aku nak share-share sikit tentang tajuk Usrah yang tengah dibincangkan malam ni.

Tajuk mengenai fadhilat zikir iaitu kalimah toyyibah. Untuk pengetahuan, aku belum lagi berubah menjadi version muslimah-muslimah yang sejati yang sudah berniqabah tu. Tak tak. Aku perempuan biasa. Serius aku hanya biasa-biasa seperti perempuan yang lain. Masih lagi belajar. Banyak lagi ilmu untuk dipelajari. Serius tau ni !



Aku masih baru and aku still perlu buat research on this..

Hakikat Kalimah Toyyibah : Laailaha Illallah, Muhammadur Rasulullah.
Kalimah ini terbahagi kepada dua iaitu Kalimah Iman dan Kalimah Amal.
1. Iman iaitu Laailaha Illallah. Maksudnya tiada Tuhan selain Allah.
2. Amal iaitu Muhammadur Rasulullah. Maksudnya Muhammad adalah utusan Allah.

Hazrat Abu Hurairah R.A ada meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sentiasalah memperbaharui iman kamu." Para sahabat bertanya, "Bagaimana kami memperbaharui iman kami, wahai Rasulullah?" Baginda SAW bersabda,"Perbanyakkanlah ucapan "Laailaha Illallah.." [Hadis Riwayat Imam Ahmad]

Keterangannya :
Dalam satu riwayat Baginda SAW bersabda, iman akan lusuh sepertimana pakaian menjadi lusuh. Oleh itu, hendaklah kamu memohon kepada Allah SWT supaya Allah SWT memperbaharui iman kamu."

Maksud iman menjadi lusuh itu ialah dengan kemaksiatan yang dilakukan maka kekuatan iman dan nur iman akan pudar. Selain itu, apabila seseorang hamba melakukan kemaksiatan maka lahirlah dihatinya suatu tanda yang hitam. Sekiranya dia bertaubat dengan sebenar-benar taubat maka tanda yang hitam itu akan lenyap, jika tidak maka tanda hitam itu akan kekal di tempatnya.. Apabila dia melakukan dosa lagi dosa yang kedua maka lahirlah tanda yang kedua dan demikianlah seterusnya sehingga hati menjadi hitam dan berkarat.. Masha Allah :'(


Diterangkan bahawa 4 perkara yang merosakkan hati manusia adalah :
1- Berbahas dengan orang-orang jahil.
2- Melakukan banyak dosa.
3- Banyak bergaul dengan bukan mahram.
4- Sering duduk bersama orang-orang yang mati. Baginda SAW ditanya, "Siapakah yang dimaksudkan dengan orang-orang yang mati itu?"

Jawab baginda SAW, "Setiap orang kaya yang menjadi sombong kerana hartanya."

Assif jiddan kalau ada salah dan silapnya. Setakat itu sahaja. Wallahua'alam.


So, sekadar itu sahaja usrah yang dikongsikan oleh sahabat aku.. Buat perkongsian semua. Aku pun masih belajar. So, kalau ada salah silapnya, mohon tunjuk ajar ya.. In shaa Allah, kita belajar sama-sama eh. Takmo kedekut-kedekut. Heee


Wallahua'alam dan Assalamualaikum.. Okay, tajuk presentation belum dapat lagi ni -_-'

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,