Merindukan. Ini mahabbah seorang insan hina. - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Apr 22, 2015

Merindukan. Ini mahabbah seorang insan hina.

Assalamualaikum.


Kenapa ada satu-satu masanya tengah-tengah sujud masa solat kadang-kadang hati kita rasa sedih? Pilu? Sayu? Apa sebab dia?




Satu perkara bila Allah rindukan hambaNya, dia jentik hati kita untuk mengingati Dia dengan cara macam tu. Kata akak usrah, bila kita solat. Di tengah-tengah solat tu kita menangis, menangis yang bukan sebab kita tahu penyebabnya. Contohnya macam kau menangis sebab boyfriend minta clash. Kawan rampas boyfriend kau. Kawan tikam belakang atau apa-apa. No. Bukan sebab itu. Menangis yang entah tiba-tiba. Menangis yang tak disengajakan and masa tu kita termuhasabah diri.. Itu tandanya Dia rindu kan kita. Rindukan suara kita berbicara dengan Dia. Rindukan kehadiran kita. Rindukan kita. Walaupun Allah cuma cuit hujung hati kita. Tapi, kesan dia ibaratkan sudah tak ada lagi hari esok untuk kita mohon taubat.


Aku tak mampu nak pandai-pandai nasihat orang. Sebab aku tak pandai nasihat orang. Aku tak layak nak nasihat orang kalau aku sendiri hidup bermotivasikan nasihat orang. Tapi, apa salahnya kita share :)

Assalamualaikum. Wallahua'alam.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,