HIS plan for us. Islam. Ummah. - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Apr 4, 2015

HIS plan for us. Islam. Ummah.

Assalamualaikum .

The story begin ..

I was on my way home, naik LRT..

Turun tangga.. Nak tunggu lrt. Sambil pegang buku ISLAM : THE MISUNDERSTOOD RELIGION karya DR.DANIAL ZAINAL ABIDIN sebab nak habiskan baca..


Time turun tangga tu dah prasan dah ada org perhati.. Turun-turun tangga je memang kena lalu depan orang yang perhati tadi.. Dia lelaki. Dia sgt berminat tengok buku yg saya pegang tu.. Tapi saya buat biasa saja lah..


Suddenly..

A (lelaki tadi) : Assalamualaikum .
Tapi saya tak berapa dengar sangat.. Then dia repeat ..
" Assalamualaikum .. "

*dalam hati.. "Eh.. Dia Muslim ke?"

B (Me) : Waalaikumussalam .

A : You read that book? About Islam? You're Muslim, right?

B : Yeah.. Alhamdulillah, I'm Muslim.. This book? Ouh, just to gain more knowledge about Islam to help me explain about this religion to the non-Muslims..

A : Ouh.. Haha.. Funny right, Islam is there, but not Muslim..
(*time ni saya tak clear sangat apa dia cakap dan maksudkan)

B : Where are you from?

A : I'm from Palestine.

B : Palestine? Really? Are you Muslim?

A : I was, but then I changed.

B : U changed? Do u mean have converted?

A : Yeah.. Now I'm free.. A free thinker..

B : But why?

A : Hmm.. THERE'S ISLAM.. BUT THERE'S NO MUSLIM IN THIS WORLD..

B : Wait.. What are u trying to say huh?

A : Ouh my god, u didn't understand me..

B : No, no, just confused, do u mean.. THERE'S NO REAL MUSLIM NOWADAYS?

A : Yeah.. Hmm.. Islam is the best religion right.. The real religion, you know right??

B : Yeah.. I know.. And I Believe..

A : Me too, I believed but.. Huh.. There's no Muslim..

Dia nak cakap nya yang dunia sekarang ni TAK WUJUD DAH INSAN YANG BERGELAR MUSLIM.. AGAMA ISLAM ADA, TAPI MUSLIM NYA DAH TAK ADA.

Then.. Saya terus tanya..

B : If u said so, why don't u try to be one? The real Muslim I mean..

A : Huh.. Good question. Hmm.. TO BE THE REAL MUSLIM IN THIS WORLD, IT'S IMPOSSIBLE.. IF YOU WANNA BE THE REAL MUSLIM, YOU CAN'T LIVE HERE, YOU CAN'T LIVE IN THIS WORLD.. EVERYTHING CHANGED SISTER.. THIS WORLD WAS SO CRUEL TO US, THEY CLAIM US AS TERRORISTS..

Saya terdiam.. Terpaku.. 
Terkaku.. Macam-macam benda datang singgah kat otak.. Tapi tak tahu nak cakap apa.. Otak jamed..

Dia smbung lagi..


A : I saved half of Al-Quran in my heart.. My mind.. I'm a HAFIZ also.. I wanna ask you, you pray 5 times a day, right?

B : Yeah, alhamdulillah.

A : We face the Kaabah as our direction for solah.. Where's our FIRST QIBLAH?

B : Masjid Al-Aqsa.. Baitul Maqdis??

A : Yeah, but now it's sold, it's sold, it's sold sister, the jews conquered it..
(*muka dia mcm kecewa sangat)


Tiba-tiba..

A : i'll stop at KLCC.

B : ouh,ok..
(saya proceed baca buku tadi.. Time tu part JESUS, SON OF GOD)

Dia terus tanya..

A : Where's JESUS born?

B : I don't know.. Where?

A : You don't know? But u called yourself Muslim.. He was born at (apa entah nama tmpat dia.. tak clear sangat sebab bising dalam lrt)

B : Where is it??

A : Uhhhhh sisterrrr read more.. Read more.. Then u'll know.. I'm right.. THERE'S NO MUSLIM NOWADAYS..

Saya diam saja.. Cara dia nampak macam nak test saya saja sabenarnya. Hmm.. Sy sambung baca.. LRT smpai kat KLCC.

A : TQ sister, i've got to go, read more..


Saya pun duduk sebab ada tempat kosong.. Then.. terngiang2 kat telinga..


THERE'S ISLAM BUT THERE'S NO MUSLIM..
THERE'S ISLAM BUT THERE'S NO MUSLIM..
THERE'S ISLAM BUT THERE'S NO MUSLIM..

Tengok sekeliling..
Perempuan free hair..
Lelaki pakai subang, rantai..
Perempuan pakai baju ketat-ketat..
Lelaki pakai short pant..

Tiba-tiba..
Drop.. by drop.. by drop.. Makin laju..
Betul. Saya tak nampak sesiapa pun yang berperwatakan macam Muslim..

Even me.. Allahu :'(

Rasulullah cakap..
" ALMUSLIM MAN SALIMAL MUSLIM BILISANIHI WAYADIH "
" Muslim itu ialah yang menyelamatkan muslim yang lain menggunakan lidah dan tangannya "
Tapi apa yang saya buat bila nampak saudara seIslam yang lain sedang berjalan ke neraka?
Saya biarkan.. Saya tak selamatkan..

Am I still a Muslim in your eyes ya Allah? Ya Rasulullah??




Rasulullah cakap.. "Muslim itu bukan seorang yang menghina" Berapa ramai antara kita mengaku MUSLIM tapi selalu menghina? Muslim itu mengucap dua kalimah syahadah. Berapa ramai yang betul-betul faham syahadah yang diucapkan?


ASYHADU AN LAA ILAHA ILLALLAH,WA ASYHADU ANNA MUHAMMADAN RASULULLAH?
Muslim itu yang menunaikan solat 5 waktu sehari semalam.
Berapa ramai lagi yang kantoi
solat 5 waktu?
Still berani mengaku MUSLIM..

Berapa ramai yang solatnya di awal waktu?
Berapa ramai yang betul-betul faham apa yang dibaca dalam solat tu?
Part ni pon kita tak lepas..
Apa entah lagi pasal solat-solat yang lain.
SOLAT JAMA', SOLAT QASAR, SOLAT KHAUF, SOLAT WAKTU SAKIT..

Kalau orang tanya. Kita boleh jawab?
Saya pon tak lepas. Bab solat pun sangkut.
Muslim tu yang membayar zakat.
Berapa ramai still tahan harta untukk bayar zakat?
Berapa ramai yang betul-betul faham zakat tu apa?
Berapa ramai yang boleh explain apa tu zakat?
Saya pon tak boleh.
Hmm.. Pasal rukun Islam pon tak lepas..


Muslim tu yang berpuasa pada bulan Ramadhan..
Berapa ramai yang still tak puasa?
Berapa ramai yang dapat capai matlamat puasa (taqwa)?
Berapa ramai boleh explain perihal puasa betul-betul?
Bila orang tanya.. Kita terdiam. Pergi refer ustaz, ustazah..
Mengaku ISLAM.. Rukun Islam tak lepas.

Muslim itu mengerjakan haji bila mampu..
Berapa ramai yang dapat duit mendahulukan vacation ke tempat lain daripada pergi haji?
Berapa ramai tau perihal haji Rasulullah?
Berapa ramai tahu haji ni apa sebenarnya?
Berapa ramai dapat explain pasal haji kalau orang tanya?
Sy pon fail.. Banyak benda tak tahu. 

Kita sibuk menjangkau ilmu-ilmu lain.
ILMU TENTANG RUKUN ISLAM PUN KITA TAK LEPAS..
Dlm al-Quran disebut.. Muslim itu orang yang bertawakkal pada Allah..
Org yg berharap kat Allah..

Berapa ramai yang meletakkan harapan kat manusia?
Berapa ramai yang berharap pencuci muka dapat membersihkan mukanya?
Berapa ramai yang berharap duit dapat membahagiakan hidupnya?

Ramai..



Nak jadi Muslim yang baik pun kita tak lepas.. Apatah lagi nak jadi Mu'min.. MUHSIN?
Allah. Tak tahu bila.
Still ramai lagi yang bermentaliti nak jadi MUSLIM yang biasa-biasa saja.
Kita lupa. Kita kat akhir zaman.. Macam-macam ujian datang.. Iman yang biasa-biasa tak dapat selamatkan kita.



Again.. DUNIA SEKARANG MEMANG KEJAM DENGAN MUSLIM. TAPI INGAT.. BUKAN SENGAJA ALLAH CIPTAKAN KITA KAT ZAMAN NI. KITA MAMPU. SEBAB TU ALLAH IZINKAN KITA HIDUP DI ZAMAN FITNAH NI.


Muslim itu akan muncul..Bila kita sedar yang kita belum lagi the real Muslim..Orang yang sedar itu dia bertindak..Orang yang setakat tahu.. Hanya berdiam diri..Kekuatan bukan ditunggu.. Tapi dicari..Ilmu juga bukan ditunggu.. Tapi dicari..


JANGAN RASA SELAMAT DENGAN IMAN YANG SEKELUMIT
CREDIT : Someone

Assalamualaikum. Wallahua'alam.


HANYA MANUSIA BIASA / KERANA KITA SEMUA HAMBA PENDOSA / IT'S OUR FATE. CHOOSE YOUR PATH



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,