Hidup tak selalu indah, Langit tak selalu cerah

Assalamualaikum.

Apa perasaan kau? Sekarang? Aku?



Kalaulah aku jenis seorang yang suka cerita. Kan best.

How do you feel when you are fighting with your parents? With your OWN parents?



How do you feel when your parents said "Dulu kau tak macam ni.." Allah. Aku tak tahu apa patut aku cakap. Sekarang. Malam satu rejab ni memang betul-betul buat hidup aku betul-betul rasa yang kesal itu wujud. Kekesalan itu ada. Bulan ni bulan pengampunan. Entah Dia sudi atau tak terima insaf aku yang keras hati ni.


To be honest. Semua orang nampak aku lembut. Aku soft-spoken. Silencer. What else? Nice. Budak baik.


In fact, Allah je tahu betapa keras hati aku. Betapa kasar aku sebenarnya. Betapa aku garang dengan lelaki. Betapa hati aku tak boleh terima perbuatan pertama seseorang tu pada aku. Dendam seorang aku. Benci aku. Degil seorang aku apatah lagi.




Memang betul. Kadang-kadang menangis itu perlu. Perempuan kuat mana pun sure dia menangis. Kalau pun tak selalu nangis, tapi once dia nangis. Dia akan nangis sungguh-sungguh. Aku tak cakap aku perempuan yang kuat, sebab aku tahu aku tak kuat melainkan ada saat tertentu Allah jadikan aku kuat.


Tapi, perempuan kan. Hati sekeras mana sure ada rasa tersentuh.



Aku.




Serius aku rasa nak nangis. Sekarang. Tapi apakan daya. Allah rancang kehidupan aku macam ni. Apa yang patut aku buat is redha, redha and redha. Hanya itu yang aku mampu. Dan juga mohon doa semoga hati aku kuat lebih kuat dari biasa.



Assalamualaikum. Wallahua'alam..

Hidup tak selalu indah, Langit tak selalu cerah Hidup tak selalu indah, Langit tak selalu cerah Reviewed by Unknown on April 19, 2015 Rating: 5

No comments:

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,

Mawar Assufi © 2009 - 2017. Powered by Blogger.