Sedar

Assalamualaikum.

Mungkin inilah yang mahu ditunjukkan. Aku sedikit demi sedikit. Mula aku sedar, aku manusia yang terlalu perfectionist. Sedang tak ada manusia biasa yang perfect dalam dunia ni. :'(



Alhamdulillah, tahun demi tahun. Aku sedar yang kita ni sama rata. Tak lebih tak kurang. Beza kita taqwa masing-masing pada Tuhan kita. Manusia makin dewasa, matang itu of course akan munculkan diri. Cuma lambat atau cepat saja.


Satu benda aku belajar dan aku masih terus belajar dan akan terus belajar. In shaa Allah. Belajar untuk mempraktikkannya. Walaupun kadang-kadang susah sangat. To be honest, hati selalu menolak tak mahu berubah. Tapi fikiran tetap menolak rasa hati tu. Bayangkan dua energy itu menolak satu sama lain. Akhir sekali, tak ada penyelesaian..


And kehidupan aku seperti sedia kala. Masih di takuk lama. Yang penuh dosa dan leka.


Kita susah nak bergerak ke tempat baru sebab kita dah rasa kita ada dalam zon selesa. Sedangkan sebenarnya tak. Ini baru permulaan sebuah cabaran.



Perkara baru aku cuba belajar sejak beberapa tahun lepas. Dan diam lebih menjadikan diri kita lebih disiplin sebenarnya tanpa kita sedar. In shaa Allah, Dia akan permudahkan. Cuma belajar lebih kuat sikit je daripada biasa.





Belajarlah menjadi yang baik sebelum mencari yang baik :')




Mohon terus kuat wahai hati-hati semua okay ^_^


Assalamualaikum. Wallahua'alam.

Sedar Sedar Reviewed by Unknown on March 26, 2015 Rating: 5

No comments:

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,

Mawar Assufi © 2009 - 2017. Powered by Blogger.