Kita hamba yang mampu tetapi hati masih ego

Assalamualaikum.


Manusia tak pernah terlepas dari kesilapan kan? Dan kita punya hak untuk memperelokkan balik diri kita. Walaupun selalu susah dan selalu banyak halangan. Susah nak dekat dengan Dia, sangat susah. Sebab diri masih lagi belum sedia. Sebab hati belum tergerak.


Siapa aku? Untuk cakap pasal dunia akhirat. Dosa pahala?

...................


Bukan sesiapa. Cuma manusia biasa yang penuh noda dan dosa. Khilaf. Tak termampu untuk aku manusia biasa ini untuk menyucikan dosa dulu. Selalu terkandas tengah jalan.





Someone told me "Dia tahu semua pasal hidup kita. Dia yang rancang semua cerita dalam hidup kita. Yang baik semua dari Dia, yang buruk datangnya dari kemahuan diri kita sendiri. Kita tahu kita siapa pada Dia, tapi kita tak pernah usaha nak balas apa Dia kasi kita.. Kita manusia bongkak dik.. Kita manusia yang sombong bodoh hakikatnya."

Allahu :'( Ini sentap.



Selama ni rasa diri lengkap semuanya. Selama ni rasa diri tak kurang apa-apa. Sedangkan lengkap semuanya adalah ujian. Tak kurang apa-apa benar-benar ujian. Mahu sesuatu yang aku nak, ujian jugak. Buang semua yang aku taknak, itu ujian. Dia saja nak duga hati kita. Dan selama ni, aku memang manusia yang leka. Hina.




Assalamualaikum. Wallahua'alam.

Kita hamba yang mampu tetapi hati masih ego Kita hamba yang mampu tetapi hati masih ego Reviewed by Unknown on March 26, 2015 Rating: 5

No comments:

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,

Mawar Assufi © 2009 - 2017. Powered by Blogger.