Follow Us @soratemplates

Mar 16, 2015

Hina Seorang Pendosa

Assalamualaikum .


Selayaknya aku seorang perempuan yang sombong dengan apa yang aku ada sekarang. Hina sekali sebuah kehidupan aku ini.

Sebuah nikmat yang besar Allah kasi pada aku. Tapi aku selalu leka dan alpa dengan apa yang Dia bagi selama ni.





Kalau pun sekarang aku bahagia. Kalaupun sekarang aku merasakan aku memiliki segalanya. Namun, sudut hati aku selalu mempersoalkan. 'Sampai bila semua ini? Sampai bila semua rasa penipuan ni? Hati kecil aku selalu mengungkap satu perkataan yang buat aku menggeletar rasa nak meraung sepenuh hati.'


Apa yang hati aku selalu cakap?



'DOSA ! Berapa banyak dosa yang kau kumpul dari kau kecil sampai sekarang? Berapa banyak dah dosa yang kau sumbang pada ibu bapa kau selama ni? Berapa banyak dah dosa yang kau hadiahkan pada orang sekeliling kau?'

Sampai bila semua ini? Sampai satu saat nyawa kau di hujung nafas? Sampai satu saat nafas kau tiada lagi hembusannya? Atau mungkinkah sampai saat nyawa kedua orang tua kau diambil Dia?


Allah. Ini memang benar-benar apa yang aku rasakan saat ini. Aku tak mampu lagi bongkak dengan apa yang Kau berikan pada aku. Aku semakin memahami ertinya manusia pendosa. Dan aku manusia pendosa selama ini. Yang tiada hentinya. Akulah pendosa tanpa noktah. Inilah aku.




Selalu hati aku persoalkan. Kenapa aku begini. Kenapa aku bukan seperti orang lain. Kenapa aku tak memiliki sesuatu itu. Dan kenapa ini Kau takdirkan untuk aku. Dan kini, aku faham semua itu. Dan aku tahu apa yang Kau bagi pada aku selama in, memang yang selayaknya buat aku. Syukur Allah. Syukur ya Allah. Aku yang hina di mataMu ini, Kau sedarkan seawal yang mungkin.


Saat ni hati aku terasa kecewa. Kecewa dengan diri sendiri. 22 tahun aku hidup, ini yang aku hadiahkan buat Sang Pencipta aku. Sungguh hinalah seorang insan kerana mereka membelakangkan tangan yang menghulur nikmat pada mereka.




Betapa terasa berdosa . Kosongnya sebuah hati ni . Sungguh rasa tak terkata nak menghitung dosa yang kita lakukan selama ni. Moga diberi petunjuk dan hidayah.


Kerana Dia Maha Kuasa.


Allahu :'(



Assalamualaikum. Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,