Bukan sesiapa jika ditanya siapa aku padaNya - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Mar 16, 2015

Bukan sesiapa jika ditanya siapa aku padaNya

Assalamualaikum.


Mohon hati terus kuat untuk terus menaip dan bercerita.


Kalau aku nak cakap tentang dosa. Akulah manusia yang paling tak layak cakap tentang dosa. Manusia hina di mata Dia tak layak bercakap soal dunia akhirat. Sungguh tak layak.


Dulu aku selalu leka. Aku alpa. Penuh warna-warni hidup aku. Aku cukup gembira bila orang bercakap yang baik-baik. Cukup suka bila orang menganggap aku yang baik-baik.
Tapi, Allah Maha Adil. Dia perancang segalanya.


Allah jadikan yang baik untuk mereka yang baik. Aku tak cukup layak untuk menerima nikmat Allah paling baik. Dan hati kecil aku terdetik sesuatu. Siapa kau untuk menerima nikmat Allah yang paling baik dan sempurna ini? Siapa kau padaNya? 'Aku bukan hamba Dia kalau aku melanggar perintah Dia.'



Allahu :'(   Sentap segalanya.





Sungguh hati aku rasa pedih sangat bila cakap tentang perintah. Allah lebih tahu apa yang hati aku rasa sekarang ni. Waktu ni. Detik ni.


Hati manusia kita tak mampu ramal. Tapi, satu perkara yang aku belajar dan aku berusaha faham mengenai itu. KALAU KITA JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH. IN SHAA ALLAH, ALLAH TAKKAN TINGGALKAN KITA SENDIRIAN



Mulianya. Kau tak pernah menolak doa hambaMu yang ikhlas berdoa padaMu. Allah, hati rasa malu sungguh kerana pernah lupa pada Kau dan meninggalkan cinta pada Kau dalam erti kata sebenar.



Andainya masih ada peluang untuk aku mencapai redhaMu dalam sisa-sisa hidup aku ni, mohon Kau peganglah hatiku supaya aku tak mudah mencintai hambaMu lebih dari diriMu. Alangkah beruntungnya mereka yang dipilih Allah untuk mencintaiMu lebih awal dan mereka ikhlas terhadapMu.




Assalamualaikum. Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,