Assalamualaikum .
Semalam adalah satu sejarah. Hari ini satu rahmat. Esok adalah satu rahsia.
Perjalanan insan yang tak mampu kita teka bagaimana ceritanya. Insan yang tak punya apa-apa hanya mampu berjalan mengikut langkah kakiny yang tiada penghujung.
Alangkah indahnya sebuah sejarah jika kita punya kuasa mengintai rahsia esok. Kerana ia rahsia lah kita belajar mengerti apa erti kesabaran. Apa erti ketentuan. Apa erti keperluan. Apa erti kejayaan. Apa erti kekalahan. Apa erti kejatuhan. Dan apa itu erti KEHIDUPAN.
Manusia yang leka, ia mencari bagaimana hari esoknya.
Manusia yang peka, ia menghargai setiap apa sejarah hidupnya.
Dia manusia yang patut kita contohi, kerana apa?
Kerana kita bukan sepertinya. Kerana kita leka dengan rahsia takdir milikNya.
Assalamualaikum dan Wallahua'alam.
#akumanusiabiasayangleka
No comments:
Post a Comment
Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Memberi Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)