Mohon Jangan Menilai Kami Seperti itu

October 17, 2013

Assalamualaikum..

Ini bukan pertama kalinya aku mendapat pujian yang mengatakan bagusnya ambil course accountancy ni berbanding other sourse dan tak lupa juga yang tak suka..

-_-'   -_-'

Yeah. Aku tak pernah salahkan sesiapa atas bidang pengajian yang aku ambil ni. Even kawan-kawan aku cakap 'YES' ini adalah pilihan pertama diorang masa isi UPU. Aku tak. Ini pilihan keempat aku. Walaupun aku tahu peluang amatlah tipis sebab result BIO, CHEMIST and PHYSICS aku teramatlah 'cemerlang'nya. Alhamdulillah, rezeki aku memang dalam course Accountancy.

Nak atau tidak. Paksa atau rela. Mampu atau tidak. Cuba atau lepaskan.

Hanya DUA jawapan itu yang perlu aku pilih. And finally aku cuba untuk redha and choose this course eventhough I might be stress along the ways to achieve THAT ONE DREAM. That's what we called CHALLENGES.

 NO CHALLENGE NO LIFE actually 

>_<


Aku tak pernah terfikir yang aku mampu sampai ke tahap ini. Namun, satu aku fikir. Once aku dah mulakan. Takkan ada satu jalan pun yang akan meloloskan aku dari meneruskan impian yang satu ini.

 IMPIAN HARAPAN KELUARGA 

Hanya itu yang aku fikirkan dan akan aku fikirkan sepanjang 5 tahun pengajian aku sampai ke degree nanti. InshaAllah. Harapnya dapat finish my studies until degree. If Allah wills, I would like to further my study till MASTER. Bi iznillah.. Doakan aku.

USAHA + DOA + TAWAKAL = REDHA (Berjaya atau Tidak)


=_=


Dan disebabkan hal itu, semua kenalan baru aku surely akan tanya.

'Kenapa ambil course tu? Tak takut?' -_-'
Tak ada yang perlu ditakut kecuali pada Allah SWT. Sebab ini semua Dia yang tentukan.

'Kerja awak nanti susah. Tak takut pakwe cabut?'
Buat masa ni nak cabut, cabutlah. Selagi belum bertemu yang sejati selagi itu cabutlah.

'Kalau awak yang perempuan ni pun dah berharta, susahlah lelaki nak dekat.'
Itu gunanya ilmu, kemahiran dan kemampuan yang you guys ada?
Apa guna belajar tapi tak guna sepenuhnya.

'Tak risau kahwin lewat sebab tak ada lelaki sanggup nak tanggung awak?'
Ada jodoh tak ke mana. Satu saja saya nak cakap, NAK SERIBU DAYA TAK NAK SERIBU DALIH.

'Kenapa pilih 28 tahun baru decide nak kahwin? Dah tua karang tak laku.'
Semua orang ada impian. Saya tak suka impian saya terkongkong bila dah ada komitmen.

'Carilah suami yang faham impian awak.'
Awak suruh saya memilih lah ni? Sebab tu saya target 28 tahun. Awak tahu sebabnya.

Bukan satu masalah kalau aku target kahwin lewat. Walaupun depan mata, cerita kanan kiri cakap pasal nikah awal and dah terbukti keberkesanannya. Aku tak nafikan ia berlaku sangat pantas dan tup-tup dah dapat baby and depa bahagia sampai laa ni. Aku tak nafikan kebenaran itu semua. Tapi, aku tak rasa aku mampu terima ia secara logik untuk hidup aku sendiri.

Susah nak aplikasikan dalam hidup aku yang uols datang betul-betul ikhlas. Biarlah sampai bila-bila kita jadi kawan. Kawan yang sangat baik. Kalau aku suka kat seseorang tu pun, aku akan pastikan aku dan dia hanya kawan sampai bila-bila. Biarlah sampai bila-bila pun hanya Allah yang faham setiap sudut hati dan perasaan aku. Biarlah dia kawan yang mudah datang dan mudah pergi. Kalau betul-betul ikhlas dan nak aku ikhlas terima kehadiran dia, dia mesti faham situasi hidup aku and tak desak aku. Dan setia dengan aku sampai bila-bila kerana itu yang aku panggil SAHABAT SEJATI ADALAH DIA YANG SANGGUP TEMANI AKU SAMPAI KE AKHIRAT.. Bukan susah dicari, senang dilupa.


:')   :')   :')   :')   :')

Aku mencari IKHLAS itu bukan sekadar ENJOY semata. If so, carilah orang lain yang boleh sama-sama berkongsi enjoy dengan uols. Aku nak jumpa dengan yang betul-betul ikhlas dengan baik dan buruknya sisi hidup aku. Then, barulah aku akan betul-betul terima diri kau untuk hadir menyempurnakan kepingan rencana hidup aku yang tak lengkap since 19 tahun lepas.

MELODY : Mungkin aku akan dikatakan memilih. Teruskan.. Teruskan melabel aku dengan bermacam jenis sikap yang menggambarkan aku pada mata kau. Asalakan kau puas, aku relakan. Hanya yang betul-betul sejati dan mampu menerima baik dan buruknya aku akan mengerti KENAPA AKU MELAKUKAN SEMUA INI.

:')

Assalamualaikum dan Wallahua'lam.

You Might Also Like

2 comments

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

TOP COMMENTATORS ♥

Broaden News





Blog Archive