Persediaan Menghadapi Speaking Test MUET. So, Goodluck ! - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Jul 7, 2013

Persediaan Menghadapi Speaking Test MUET. So, Goodluck !

Assalamualaikum .

Dan selamat pagi . Sebab dah pukul 1 pagi masih setia menelaah fesbuk dan membuat research di dewan google. Oh ya, entri ni dah basi rasanya sebab dah lama berkepam dalam peti sejuk . Apa basi dalam peti sejuk pulak ? HAHAA




Aku bukan lah hebat tara mana lah nak dibandingkan dengan yang expert speaking kat luar sana kan. Ntah ntah dengan kau pun aku boleh kalah kalau cakap bab speaking ni . Tapi, disebabkan speaking test yang aku dah pergi last week okay-okay saja waima seriously aku boleh cakap speaking test aku gila disaster, tapi nak sedapkan hati. Not bad lah aku speaking. Wah speaking very well !

Aku bukan hebat sangat nak bagi tips speaking ni. Sebab bab speaking ni pandai-pandai korang lah nak hidup. Aku tak boleh tolong lebih melainkan kau sendiri yang usaha.

Percaya atau tak, aku and roommate aku hanya practice just in 2 days only. Apa nak jadi, jadi lah. Nampak macam tak berapa serius kan? Tapi, jujur dalam hati. Aku serius weh masa practice. Cuma takat gelak-gelakkan member salah pronounciation, grammar hancuss tu tade hal lah. HAHAA. Sebab aku pun kategori jamban terbalik jugak :D

PERSEDIAANNYA :

1- VOCAB : kalau yang ni serius aku tak boleh tolong banyak instead kau sendiri yang rajin belek kamus and check word yang ada same meaning so that masa speaking nanti tak adalah nampak sangat yang kau repeat point.

2- UNDERSTAND : Okay, yang ni once kau dah dapat soalan tu. Baca dengan teliti soalan dalam box kecil tu. Jangan miss satu word pun. Kau miss, gerenti menyesal! Bila examiners tanya kau, kau tanya saja apa yang kau tak faham. Word dia double meaning ke, maksud dia ke. Anything, jangan malu jangan segan.

3- CLEAR : Jangan biarkan apa pun mengganggu konsentrasi kau. Bila kau dah faham soalan yang diberikan dengan jelas. Insha Allah kau ada peluang untuk elaborate point dengan hemah dan jayanya and once again. Try not to repeat the explanation. Itu gunanya tahu word yang same meaning untuk apa-apa word pun.

4- GREET : Masa test, kau tak kenal siapa examiners kau. So, untuk meninggalkan first impression yang baik terhadap examiners and bangkitkan mood that examiners. Try to be more friendly. Tak payah bagitahu nama, just ucap selamat pagi or Assalamualaikum maybe. And SENYUM!

5- SENSIBLE : Please Please and Please . Jangan tamak masa discussion. Please help candidate yang satu kumpulan dengan kau. Lagi-lagi yang passive tu. After semua candidates dah mulakan discussion, try usulkan pertanyaan pada dia. Bagi chance pada dia untuk bercakap sebab dia tak mampu untuk mencelah. NGEEE. Aku haritu group member aku tak adelah passive mana. Aku start and aku conclude. Sorang candidate tu dia kurang active sikit tapi bila dia cakap, memang agak smooth jugak lah cuma nampak gagap sebab nervous amat-amat. She's UiTM student jugak :D

6- DRESS UP : Rasanya tak perlulah kot dress-up mengalahkan lady gaga. Cukuplah sekadar baju yang sopan dan sedap mata memandang.

7- JUST DO IT : Tak sempat fikir apa pun la masa exam tu. Kau belasah je apa yang kau mampu. Janji kau tunjukkan yang kau mampu buat.

INGAT! EXAM tu bukan tempat untuk kau compete dengan candidates lain, siapa lagi bagus or what. Tapi, exam tu untuk kau test diri kau. Kau mampu atau tak. Err, peringatan untuk aku sendiri juga. GOODLUCK !

Tiga paper lagi belum settle on this 20th July. Not prepare yet! Omaiii . Doakan aku dapat buat yang terbaik. HAHAA And now! Time to sleep..

Wallahu'alam and Assalamualaikum .

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,