Lukanya Hati Seorang Perempuan Hina - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Mar 21, 2013

Lukanya Hati Seorang Perempuan Hina

Assalamualaikum ..

Aku manusia biasa, aku punya hati, aku punya jiwa .. dan aku punya rasa . Kenapa? Aku pernah membenci, tapi itu dulu. Setelah sekian lama, ya .. aku mampu . Aku mampu merubah diri ini untuk memaafkan dia kerana aku masih muda . Ya, dulu aku muda dan aku leka dengan mainan duniawi, aku alpa dengan keseronokan bersama manusiawi di sana sini .

Dan kini, setelah lama aku berpegang pada janji . Aku kian berubah . Aku menyedari perubahan itu dan semuanya kerana dia. Hanya Allah saja tahu hikmahnya kami dipertemukan . Ini baru permulaan dan beginilah rentetan hubungan kami . Siapa pun dia pada awalnya, hanya sahabat yang tak pernah aku anggap siapa-siapa pun kerana .. ya, kerana dia lelaki. Dan aku serik . Jujurnya, dulu aku pernah rasa benci. Tepat sekali ! Aku benci pada dia bernama lelaki . Kerana mereka semua sama.

Itu dulu .. kerana dia aku kian membuat perubahan dalam posisi hati aku berubah demi dia. Ya Allah, maafkan aku kerana aku terlupa dan terleka dengan bahasa indah itu. Aku pernah menolaknya namun dia datang lagi seperti itu adalah rencana untuk penyatuan kembali. Tapi, nampaknya sangkaanku itu silap . Ternyata silap kerana perhatiannya dan luahannya itu pura semata-mata.



Aku rela dan pasrah. Tapi, kenapa dia hadir dan menyatakan hasratnya ? Hasratnya untuk memperisterikan aku? Mampukah aku menolaknya lagi..? Kenapa tidak? Oh Allah .. Mujur imanku mengatasi nafsuku . Alhamdulillah, aku sedar . Rasa itu sementara .. Cinta itu tak mungkin menjanjikan aku dan dia untuk hidup bersama. Tak! Itu kepuraan dia semata-mata untuk mengaburi kelicikan peribadi dia.

Mungkin pada kasarnya dia berilmu dan tertutup segala jahilnya. Tapi, aku yakin sedalam mana dia sembunyikan penipuan dan kejahatan dia, pasti akan terbongkar segalanya satu hari nanti. Aku yakin Allah pasti membantu mereka yang teraniaya..

Dan kini .. Dia pergi . Dia jauh dari diri aku . Aku tak pernah menyesal walaupun dia pernah wujud dalam doa-doaku suatu masa dulu, dia pernah wujud dalam solat istikharahku dulu .. Tapi, aku yakin inilah petunjuk yang Kau ingin berikan pada aku. Kebenaran itu bukan datang lambat, tapi ia datang tepat pada waktu ia perlu dibenarkan sahaja. Terima kasih ya Allah .. Semoga lelaki itu diberikan pengajaran dan kesedaran kerana sudah berjaya melukakan hati dan menyakiti perasaan seorang perempuan. Dan perempuan itu kini tak mampu lagi memberi rasa hatinya pada mana-mana lelaki. Kerana dia yakin, pasti hal yang sama akan berlaku. Kerana itulah LELAKI ..

Assalamualaikum . Wallahu'alam .

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,