Dia yang aku panggil Sahabat - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Mar 21, 2013

Dia yang aku panggil Sahabat

Assalamualaikum ...

Sahabat itu dia . Sahabat itu mereka . Siapa pun mereka, itu lah namanya Sahabat .. Kami pernah bertelagah pendapat, kami biasa bergaduh, kami selalu merajuk, kami seringkali bermasam muka ..

Itulah ragam berkawan . Bagi aku, kawan dan sahabat istilah yang sama .. Bagi aku, sahabat itu  perencah hidup . Kerana mereka berlainan versi .

Ada versi itu, ada versi ini ... Pelbagai versi manusia .. Dan itulah pelengkapnya bila aku serba kekurangan .. Aku akui memang aku jenis yang ikut kata sendiri tapi at the same time, aku akan berfikir lebih dari biasa sebab kadang-kadang aku rasa pendapat kawan pun ada baiknya ..

Peringatan buat diri sendiri bahawa 'Hidup ini bukan sendiri, hidup ini perlukan peneman .. Dan peneman itu lah sahabat ..'



Bagi aku, inilah kurniaan Allah .. Dan, aku seharusnya bersyukur .. Kerana mereka selalu bantu aku di kala aku rasa tak mampu bangun dari kekalahan, tak mampu bangkit dari kejatuhan . Tak mampu bersabar di saat aku rasa kehilangan .. Sesungguhnya itulah makna sahabat ..

Terima kasih SAHABAT .. Semoga kita kekal bersahabat sampai bila-bila .. Dan dijauhkan daripada segala anasir jahat yang mahu menghancurkan ukhuwwah sejati ini ..

InshaALLAH . Amin .. Assalamualaikum .

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,