Sebaik-baik Wanita !! [Special Buat Hawa]

Assalamualaikum ..

Selamat pagi si kacak si cantek si manis si ayu siamang.. opss! terlalut pulak den.. Buat mereka yang bergelar dara atau perawan atau gadis atau mak dara mungkin .. Spesyel entry buat kamukamu yang bergelar seorang perempuan..

Di pagi Ahad yang indah nan mulia ini, aku terasa terpanggil untuk berkongsi sesuatu dengan uolls.. Dengan keadaan terkejar-kejar tolong ayahanda masak di dapur, aku still bersemangat nak share pasal :

SECANTIK-CANTIK WANITA, SEBAIK-BAIK WANITA ADALAH WANITA YANG MURAH MAHARNYA..

Sebenarnya ayat yang sepatutnya aku nak tulis cuma SEBAIK-BAIK WANITA terus melalut-lalut sampai murah maharnya pulak. Ni gara-gara perbahasan antara aku dengan senior kat uitm hari tu.. Tiba-tiba rasa sampai seru nak kongsi hal ni dengan uolls..

INFO BUAT PARA HAWA + MUSLIMAH :

## Beza Hawa dan Muslimah, HAWA buat semua perempuan but MUSLIMAH buat wanita islam..

Wanita solehah adalah wanita yang baik akhlaknya, yang menurut segala perintah Allah SWT tanpa rungutan dan penyesalan yang zahir mahupun batin.

1- TIDAK BANYAK MEMANDANG PARA ADAM
"Wanita paling cantik adalah wanita yang baik akhlaknya, baik rupa parasnya (fizikal), mencintai suaminya dan tidak banyak memandang pada lelaki lain." kata Imam Ghazali.

2- MURAH MAHARNYA
"Emas kahwin wanita yang menepati ciri-ciri wanita solehah adalah murah dan ringan." Sabda Nabi SAW, "Wanita yang terbaik ialah wanita yang termurah maharnya dan tercantik wajahnya." [H.R. Ibnu Hibban]

3- MELAHIRKAN ANAK
Mengahwini wanita yang ramai melahirkan anak digalakkan sebagaimana sabda Nabi SAW; "Hendaklah kamu mengahwini wanita yang melahirkan anak dan yang mencintai suaminya." [H.R Abu Daud dan An-Nisa'i]. "Kalau wanita itu belum diketahui keadaannya, maka hendaklah diperhatikan dari segi kesihatan dan kemudaannya. Kerana bila dua sifat itu ada, biasanya wanita itu boleh melahirkan ramai anak."

4- DIKAHWINI GADIS @ PERAWAN
Nabi menggalakkan umatnya agar terlebih dahulu mengahwini gadis atau perawan. Nabi SAW pernah bersabda kepada Jabir, di mana Jabir mengahwini seorang janda. "Mengapa engkau tidak mengahwini seorang gadis, supaya engkau bergurau senda dengan dia dan dia bergurau senda dengan engkau."

5- WANITA YANG BERADAB DAN BERBUDAYA
Wanita itu hendaklah yang berbudaya ataupun berpegang kuat pada tradisi adat yang benar kerana ia akan mendidik anak-anaknya dengan cara yang benar. "Kalau ia sendiri tidak beradab dan berbudaya, nescaya tidak akan pandai mendidik anak-anaknya."

6- JAUHI PERKAHWINAN DENGAN KERABAT YANG DEKAT
Rasulullah SAW pernah menganjurkan agar tidak mengahwini keluarga terdekat kerana ia demikian akan mengurangkan nafsu syahwat. Nabi SAW bersabda, "Janganlah engkau mengahwini kerabat yang dekat, kerana anakmu nanti akan menjadi kurus. Syahwat itu akan bangkit dengan memandangmu dan menyentuh. Sedangkan kekuatan syahwat itu ada apabila ia memandang sesuatu yang berlainan dari yang biasa dia nampak. Adapun dari kerabat dekat, yang ia biasanya nampak, ia akan melemahkan perasaan dan syahwat."



PENA COMEL N.N : So, buat semua readers, maaf kalau ada tersalah bicara tersalah info ke apa. sebab ni pun hasil carian dalam pertanyaan tentang islam.. PICIT SINI.. Buat info uolls saja okey !

Selamat merubah diri ke arah kebaikan ye uolls.. Ada apa-apa persoalan muleh saja tanya kat Ustaz Zarifi yee... Wallahualam. =)
Sebaik-baik Wanita !! [Special Buat Hawa] Sebaik-baik Wanita !! [Special Buat Hawa] Reviewed by Unknown on May 20, 2012 Rating: 5

4 comments:

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,

Mawar Assufi © 2009 - 2017. Powered by Blogger.